hai assalammualaikum

Di Sebalik Tabir Shooting Untuk Rancangan Nona TV3 Ahad Ni - Tak tau nak mula dari mana. Taip sikit, padam, taip sikit padam. Sambil menaip sambil senyum...nasib tak gelak kuat, kang anak tengok mommy dia ni dah kenapa gelak sorang-sorang..hahaa..Tengok tajuk pun korang mesti tau kan sebab apa?? Yup selalu tengok rakan masuk suratkhabar, masuk tv, bestnyaa!!!..Bila la time nad nak masuk pulak kan..hahhaha..padahal kita sedar, penulisan kita dekat blog biasa je, siapa la nak baca kan...Dapat masuk suratkhabar muka sipi-sipi pun dah suka,ada entry dekat SINI, inikan pulak muka full kita..hahaa..Tapi tak sangka, ada orang besar memerhati blog kita walaupun cerita tu, cerita suka-suka je..

Masa tu Shury, wartawan nona TV3 massage nad dekat Instagram. Ye!! nad selalu cek message dekat instagram, kot ada job ke ape. Tapi bila terpandang massage ni terkejut giler...Nasib tak jadi gila. Masa dapat tu, terjerit sikit " argghh " sambil senyum..hahaa..Lepas tu terus bagitau suami. Masa tu pulak, nad baru je tukar template blog. huhuhu..Masa tu pulak baru lepas harijadi nad. Shury masage pada 21 July. Tapi lepas dia massage dekat instagram, nad dah bagi no contact semua, lama juga la dia senyap. Ingat tak jadi. Lepas tu 17 Ogos baru dia whatsup nad dan bagitau nak interview. Nad ingat nak interview just cakap je, rupanya dia kata untuk masuk TV3 Rancangan Nona. Tak sangka rezeki dapat masuk tv terus..TV3 pulak tu..Dia dapat tau pasal nad sebab dia baca blog nad berkenaan gembiranya berat badan naik 40kg.


Nad ada post dekat facebook berkenaan nad dapat tawaran untuk shooting dalam rancangan Nona TV3. Terima kasih korang yang ucap..Ni rezeki daripada Fariza, mommy dia tumpang je..hehehe..

Dia cakap " boleh tak shooting hari Jumaat ". Masa tu nad dah gelabah, jantung dah laju, neves sangat. Yela pertama kali nak shooting kot. Takde pengalaman. Ye orang nama Nadia Johari ni memang gugup bila bercakap depan kamera. Taula suara kita bukan lunak, sedap pun. Suara macam kanak-kanak. Malu weyy!!..Tapi takpela, tu tolak tepi, ni kan pengalaman. Sekurang-kurangnya banggakan mak dan ayah , bahawasanya anak dia ni masuk TV.. hahaha..






Masa sampai ni, macam-macam fikir, apa yang nak dicakapnya, macam mana kalau asyik cut je..eh dah macam shooting berlakon pulak..ahhaa.. Nasib baik ni bukan live, mau pengsan kalau live..kohkoh..Tapi nasib baik Shury dengan Krew lain membantu. Takde gugup sangat. Shury kata buat santai je, macam bercakap biasa. Kalau korang nak tau, ni takda skrip ok " NO Skrip "..mau tak gelabah. Spontan, sukati kau nak cakap ape. Masa tu dok fikir ayat apa nak tanya, tapi banyak yang membantu..fuhh lega..

Mintak tips yang berpengalaman, abang Ben cakap buat biasa je. Kak Julia cakap buat kamera macam kawan, dah memang berkawan dah sekarang..hahaha..Tengkubutang pula cakap senyum je selalu, habis senyum dah nad..hehehe..hilang gelisah tu.

Pengalaman shooting ni..hehhee..memang mengujakan. Nad baru tau yang shooting ni kena buat banyak scene. Cuba bayangkan, bila satu scene sebenarnya dia nak tunjuk dekat Pakar Kaunseling Pemakanan tu sahaja, tapi kau dah cerita bagai nak rak, dah selamba, dah terbaik kau buat, tapi sebenarnya part kau tu tak dimasukkan pun. Kena buat scene lain pulak untuk part kau sahaja, masa tu apa kau cakap mulanya dah tak ingat..Kucar kacir dah..hahaha..Ya Allah macam tu rupanya. Tapi tu la pengalaman berharga tau..






Disebabkan dia baca blog berkenaan berat badan nad, jadi scene makan tu kena ada. Part ni kitaorang buat hari lain sebab Shury ada jadual yang tak dapat dielakkan. Part ni memang nad kena cakap seorang la. Tiba-tiba dah biasa bercakap depan kamera, bukan main lancar lagi nad cakap..hahaa..Part makan lagi best...kihkihkih..Part ni akan mucul muka Fariza dengan Mr mafia..hahaa..laki den ni cakap je taknak tunjuk muka, tapi masuk tv nak pulak..hahahaa..


Oh mana nad makan ni, nad ada buat entry dekat SINI. Cubala,sedapp...Terima kasih Shury dan Krew lain, bantu nad. Terima kasih korang yang support nad. Bolehla tengok Rancangan Nona TV3 Ahad ni ye.pukul 2 petang..jangan lupa..malu pula kita nak tengok muak sendiri dalam tv..hahaha..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

15 comments so far,Add yours

  1. wah tahniah 😄 ni mmg menjadi pengalaman ni

    ReplyDelete
  2. Ok..nk tggu esok depan tv..nak tgk scene Nad..hehe

    ReplyDelete
  3. Congrats nad.. Nanti nak tengok hiii

    ReplyDelete
  4. Tahniah nad.. Tumpang gembira. Seronoknya. Peluang berada dlm tv3 tu.. Mana tahu, lpas ni ada rezeki lain kan.

    ReplyDelete
  5. wah..dah retis ni..malu arr nak kawan..hihi

    ReplyDelete
  6. wah bestnya... Tahniah kak nad :)

    ReplyDelete
  7. tahniah nad..
    ari ni ke next week ni..
    kalau ari ni terlepas lah.
    slallu dok dpn tv. ari ni kuaq plakk

    ReplyDelete
  8. makin famouslah dah keluar TV tahniah NAd.

    ReplyDelete
  9. semalam kan,tertengok la nona,sebb jarang juga la tgk,tiba2 nampak muka si fariza. pelik juga,eih..macam kenal je bukan si fariza ke tu.. hahahaha..terus melekat depan tv tengok scene seterusnya.. hahaha
    btw,tahniah ada peluang utk timba pengalaman baru.. hehe

    ReplyDelete
  10. Hehe.. Nak tengok nad gak. Kat mana nak tengok siaran ulangan. Hari tu koje.. X dapat nengok.. Huhu

    ReplyDelete
  11. Hehe.. Nak tengok nad gak. Kat mana nak tengok siaran ulangan. Hari tu koje.. X dapat nengok.. Huhu

    ReplyDelete