hai assalammualaikum

Gathering Raya 2016 KBBA Di Jenderam Hilir - Raya dah habis, tapi masih nak cerita pasal raya lagi..hahaha. Tapi rasa macam masih rasa kemeriahan raya tu. Sebab tu tulis..hehee..Event Gathering Raya KBBA ni dibuat pada 30 Julai 2016 Di Jenderam Hilir. Masa ni dah mintak izin suami untuk pergi, sebab suami terpaksa kerja waktu tu. Jadi nad tumpang dengan Mimin. Satu kereta sekali dengan ayuejean, yatt (sepupu mimin) dan jean ( bf ayuejean ). Lokasi di Ummiza Cafe Jenderam Hilir.






Pertama kali jejak di Ummiza Cafe ni. Kedai biasa je bersebelahan dengan jalan raya. Sampai je dekat sana, ramai blogger yang dah sampai. Majlis bermula pukul 10 pagi. Kat situ nampakla yang bujang, mak bapak, anak semua lawa, hensem dengan baju raya. Mula la meriah tempat tu kami buatnya..hehee..Macam ni KBBA bila dah berjumpa. Macam biasala bergambar itu mesti..hehee..






Makanan dekat sini pun semua sedap-sedap je. Nad makan manan yang boleh je sebab jaga Si Gendut Fariza ni. Kadang dia nak dengan orang, kadang dia taknak. Ikut mood diala. Macam-macam menu ada, dari mee, kambing grill, laksa, dessert dan nasi. Dan paling "rare" burger warna warni. Pergh memang bersinar mata. Nasib takda warna biru, kalau tak semua warna biru nad rembat..hehee..Kambing bergolek-golek pun ada.

Thanks semua yg menjayakan Gathering Raya ‪#‎KBBA9‬ hari ni... Thanks semua penaja yg sentiasa support aktiviti kbba...
************************************
Penaja Lokasi & Makanan UMMIZA CAFE
Penaja Burger SECONDITEM BURGER BANTING
Minuman Rasmi Oleh YEO'S MALAYSIA
Penaja Hamper Utama
COSMODERM
TIGERUS
FATA BESTARI HOLDING
Terima Kasih Rakan Penaja
@ummizacafe
@yeosmalaysia
@cosmoderm
@dr.tigermilk
@fatabestari
@seconditemburgerbanting



Gathering Raya KBBA ni bukan sahaja makan-makan, tapi ada juga game yang dibuat. Jadi takda la duduk borak bergambar je kan. Game yang dibuat ialah, karaoke, makan burger, baju tercantik untuk orang dewasa dan kanak-kanak dan cabutan bertuah. Haritu nad tak bertuah langsung..hehee..Tapi takpela enjoy dengan majlis haritu.


Majlis tamat sekitar jam 2 petang. Terima kasih kepada penaja yang menaja event Gathering Raya KBBA ni. Semoga raya tahun depan boleh dibuat lagi..hehee.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours