hai assalammualaikum


Kenapa berat Badan Baby Tak Naik - Haritu check up Fariza macam biasa. Melihat kepada badan dia yang pejal, dan pipi yang padat tu, nad fikir naikla kot berat dia. Hari-hari nad dukung dia, jadi nad tau macam mana lenguhnya tangan ni. Boleh agak berat dia macam bertambah. Tapi bila timbang haritu, beratnya sama macam bulan lepas. Dah kenapa ye??

Berat dia sebelum ni 6.4kg, haritu timbang masih 6.4kg. Tapi di keadaan yang stabil iaitu di atas garisan kuning. Panjang die pulak meningkat ke 66kg. Nad pun terkejut tengok berat dia. Kenapa masih sama?? Sedangkan dia kuat menyusu. Fariza masih menyusu badan. Makan pun dia ok. Selalu nad bagi 2 kali sehari. Lepas tu bagi nyusu badan memang kerap la. Dia punya berak, kencing ok je.

Jadi nad terfikir, apa sebab dia dah semakin aktif jadi beri kesan kepada berat dia? Yela dia pun dah mula merayau sana sini, dah mula duduk. Jadi nad pun cakap dengan nurse..
Nad; "kenapa ye nurse badan dia tak naik?"..
Nurse pun cakap "puan bagi makan berapa kali"..
Nad cakapla "dua kali, kadang termiss gak dua kali".
Nurse pun cakap " puan bagi 3 kali sehari pulak. 3 kali tu bagi bubur nasi je. Campur la sayur, daging, ikan buat kurma.."

Sejak nurse cakap macam tu, terus nad buat 3 kali sehari..hahaa..Susu badan jangan cakap, memang kerap nad bagi. Harap-harap check up kali ni terus naik..Oh haritu nurse cakap terus cucuk setahun. Dia skip 10 bulan..kenapa erk??
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Dia mak dia la badan tak naik-naik kurus keding huhuhu

    ReplyDelete
  2. Dia mak dia la badan tak naik-naik kurus keding huhuhu

    ReplyDelete
  3. kalau baby menyusu badan graf dia lain sikit. lgpun budak2 bila dah boleh merangkak, berjalan badan akan susah nak naik banyak.banyak dh tenaga digunakan. rasanya skrg cucuk mmg 1thn & 18bln jadualnya.

    ReplyDelete
  4. Anak sy pon mcm tu gak masa 6m dgn 7m kekal je berat Dia..hehe.pdhl org sll tego ckp bambam..

    Mmg cucuk skrg 9m then terus tgu dia setahun Bru ad cucuk lg..10 Dan 11Bulan xde appt.

    ReplyDelete