hai assalammualaikum

Terus Merangkak Sesampai Di Kampung - Sampai je kampung, Fariza tunjuk skill dia duduk dan berdiri sendiri depan nenek dengan makcik dia . Time dia duduk, dia nak bergerak, tiba-tiba dia terus merangkak. Dekat kampung juga dia nak merangkak. Mungkin tikar dekat kampung kasar, tu mudah nak merangkak, lantai dekat rumah KL licin sikit.


Nad ingat, Fariza ni dah tak merangkak, nak juga dia merangkak..jadi semua step-step dah dilakukan..bagus Fariza...

Seronok pulak tengok dia dah pandai merangkak. Hah!! Tinggal tunggu nak berjalan jela. Lepas ni macam-macam la dia akan capai, dia panjat..fuh..memang kena suap sedia la.

Setiap budak lain-lain cara. Ada yang tak merangkak, ada yang terus berjalan. Yang penting budak tu sihat. Nad ada terbaca dekat majalah pa&ma bahawa merangkak sangat memberi manfaat kepada bayi. Apa manfaat tu?? Meh baca..
1) menguatkan oto-otot leher, tangan dan kaki.
2) pergerakan yang berulang kali akan membenarkan otak mengawal kognitif di mana ianya sangat bagus untuk penumpuan dan memori.
3)  menguatkan otot kiri dan kanan kerana kerap mengerakkan kaki dan tangan di kiri dan kanan.
4) membangunkan penglihatan kerana semasa merangkak, bayi akan melihat jauh ke depan.



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. yeayyyyyy good job fariza jap lagi main kejar2 lak ngan mummy hahahhaha

    ReplyDelete
  2. chayokkk...pasni boleh lari sama-sama

    ReplyDelete