hai assalammualaikum

Suami Menjadi Terlebih Manja - Sebelum berkahwin, semestinya lelaki menunjukkan sikap manjanya dengan ibunya. Apabila sudah berkahwin, isterila tempat dia bermanja. Lelaki inginkan perhatian daripada seorang isteri. Memang semua lelaki ni manja, tapi dikatakan lelaki yang semakin usia akan lebih manja. Betul ke?? Nad tak taula kan, tapi tengok lelaki nad sendiri, memang manja dia mengalahkan budak kecik..hahaha..


Contohnya,  mr mafia mesti akan demam, atau tak sihat bila nad balik kampung. Nad akan duduk selama seminggu atau dua minggu dekat kampung. Mr Mafia akan balik Kuala Lumpur sebab urusan kerja. makan minum memang dia akan makan dekat luar la walaupun sebenarnya dia hebat memasak..hehee. Bila dah malasnya, tak cukup  masanya memang kedai la dicarinya. Lepas tu nanti mesti dapat whatsup, tak sihat la, tangan luka kena tu la, kena ni la..mesti ye!!..hahaa..banyak kali dah. Kalau ditinggalkan mesti ada je benda tak patut berlaku, dia berlaku..haishh.. Adakah sebab sikap manjanya, jadi macam tu??

Yela sebelum kawin, mak semua uruskan. Lepas kawin isterila kena uruskan. Kalau boleh nak rasa masakan isteri setiap hari. Nak dilayan isteri setiap hari. Bila barang terlupa letak mana, isteri yang ingatkan. Bila dia sakit, time dengan ibunya mestilah takde manja sangat sebab dia fikir dah besar kot. Tapi bila dengan isteri, mestilah nak bermanja. Nak isteri jaga. Nak dilayan seperti anak kecil. Lagi satu lelaki ni susah nak pergi klinik. Sebab tu bila sakit, manjanya terlebih. Nak dibelai selalu..


Inilah kekuatan yang ada pada wanita, yang sangat berguna untuk mereka pula merawat, membelai dan memanjakan anak-anak yang sakit. Ini berbeza dengan wanita, wanita berupaya menangani diri mereka sendiri tatkala terkena flu atau sakit ringan. Memang nampak kan perbezaannya. Tapi sebenarnya, isteri pun nak dimanjai..huh!!!..Sentuhan suami pun beri ketenangan kepada isteri ok.

Tapi si isteri pun ada kerja dia sendiri. Bila nampak isteri sibuk sikit, kasihanilah mereka. Isteri nampak je sibuk, tapi nak jaga keluarga tu nombor satu tau!!. Isteri selalu pastikan keluarga sihat, selamat.

Memang, kita selalunya akan dihadapkan dengan pelbagai perbezaan. Wanita yang lemah lembut sifatnya, gebu gebom pula kulitnya, dalam keadaan tertentu dikurniakan tuhan kekuatan semula jadi yang tidak mudah untuk difahami oleh lelaki! Manakala lelaki yang gagah perkasa fizikalnya, ada ketika menjadi sangat manja. Itulah perbezaan-perbezaan yang kita perlu fahami dalam hidup berpasangan kerana lelaki dan wanita sememangnya dijadikan dengan seribu satu ketidaksamaan. Dan jurang ketidaksamaan itu bukan untuk diperbesarkan sebaliknya untuk sama-sama difahami, dihadami dan dihayati sebagai pasak tugu cinta yang akan kekal teguh hingga ke syurga.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. kalo mcm saye suami isteri, saye plak terlebih mnja kalo dia outstation.. haha..

    ReplyDelete
  2. Manjalah suami sebelum dia dok Bermanja dgn yg lain... Hehe...

    ReplyDelete
  3. Untung dapat suami yang manja.

    ReplyDelete