hai assalammualaikum

Super Spontan Superstar 2016 Memang Havoc - Program realiti Super Spontan Superstar bermula harini. Siang lagi dah siap-siap rekod sebab takut tertinggal. Jadi bolehla tengok semula nanti. Super Spontan program realiti yang mempunyai banyak game. Dari dulu sampai sekarang, memang layan Super Spontan ni, walaupun kadang-kadang ada part yang tak berapa nak lawak, kita layankan jela..hehee.. Tapi untuk Super Spontan kali ni, macam best pulak. Tapi ni baru episod pertama, banyak lagi episod oii..Kali ni ramai pulak pelakon yang masuk, termasuk sekali ada pelawak Zuki dan Jamal. Penyanyi pun masuk sekali..hehe..


PROGRAM : SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016
EPISOD : 10 Minggu
HARI / MASA : Jumaat, 10.00 malam
SIARAN : Astro Warna 132 & Mustika HD 134

Program realiti Super Spontan kembali dengan musim terbarunya, menampilkan 16 peserta terdiri daripada para selebriti dan pelawak popular tanahair. 16 selebriti ini akan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Harimau Hipster dan Monyet Mafia. Tauke ketuai Harimau Hipster manakala Johan ketuai Monyet mafia.

SENARAI PESERTA SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016







HARIMAU HIPSTER1. Tauke
2. Abam Bocey
3. Syuk Joras
4. Fad Bocey
5. Zulin Aziz
6. Ozlynn
7. Jamal
8. Waris





MONYET MAFIA
1. Johan Raja Lawak
2. Achey
3. Ali Puteh
4. Amyza Adnan
5. Kamal Adli
6. Julia Ziegler
7. Altimet
8. Zuki
 
Pengacara masih lagi sama iaitu Ac Mizal bagi meriuhkan lagi suasana..hehee..memang best kalau Dato Ac jadi host, sebab dia pun kelakar. Ingatkan si Amir Raja Lawak dah takda, rupanya ada lagi..hehee..Takpela, die tanya soalan yang panas walaupun time dia kadang orang "Booo"..

Lainnya kali ni, ada tetamu jemputan setiap minggu menemani Afdlin Shauki sebagai komentor tetap..malam tadi Awie..minggu depan kita tengok pulak siapa..hehee..Malam ni best sikit..harap-harap malam seterusnya pun best..huhu..baru syok nak tengok.. 
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2