hai assalammualaikum

Tak Sedar Pukul 3 pagi - Harini tiba-tiba rajin nak mengelap peti ais tu ha. Jadinya pukul 8 malam, bersihkan la peti ais tu. Lepas bersihkan puas hati masak pulak. Buat lauk, masak nasi, masak air..Anak pun tidur lena waktu tu..memang bagi peluang mommy dia nak mengemas..peti ais je pun..hahaha..

Siap masak semua, mandi pulak kasi bersih badan yang dah bau busuk ni. Fuh lega bila dapat mandi. Segar semuanya. Nasib baik mr mafia dah balik kerja, boleh tengokkan Fariza..hehehe.. sebab Fariza pun dah terbangun.


Lepas tu makan pulak. Dah kenyang layan Fariza pulak. Layan la dia main permainan dia. Sampai nak online pun tak bagi..Layan punya layan, kejap nangis, kejap nak merayau. Bagi nyusu, susu lepas tu cabut, lepas tu main balik. Lepas tu nangis lagi..bagi susu, cakap sorang-sorang, main lagi..


Last sekali nangis, kita biarkan jap, baru angkat, bagi susu, lepas tu tidur lena dah..sebab dah tau kalau dia nangis lama dan teriak kuat memang sah nak tidur dah. Dia lena je kita tengok jam, hah!! Dah hampir pukul 3 pagi..sampai tak sedar kau..patutla mata ni pun macam nak pejam dah..

Sejak jadi surirumah ni, ssmua buat tak sedar..hahaha..tarikh pun kadang tak ingat...adehlaa..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Asslmkm nad..
    bila dah buat kerja umah ni mmng kadang masa berlalu pun tak sedar.
    kadang rasa macam kerja banyak lagi tak siap. tup2 dah lewat malam. hehe

    ReplyDelete
  2. kena beli jam besar tepek kt dinding ni...hihi

    ReplyDelete
  3. kejap je masa berlalu duduk rumah ni,kan?

    ReplyDelete