hai assalammualaikum

Lontong Wajib ada di Hari Raya - Tak kisahlah Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji, bila dah namanya raya, menu ni wajib mesti ada. Kalau takda, macam rasa tak raya pulak. Antara menu wajib ada mestilah lontong, kuah sambal kacang, sayur lodeh dan ayam kicap.


Ni la lontong. Lontong ni diperbuat daripada beras, lepas tu dibungkus dengan daun pisang dan diikat. Lepas tu direbusla selama 4 jam atau 6 jam paling maksimum. Air yang direbus jangan bagi kurang, kena selalu tengok , sebab kalau kurang air takut tak masak lontong tu. Lontong ni warna hijau sebab dibalut dengan daun pisang. Kalau masak elok, memang cantik lontong, tak lembik. Nak makan pun menyelerakan..hehee.


Lontong Wajib ada di Hari Raya


Lontong ni selalu dimakan dengan kuah kacang, sayur lodeh dan ayam kicap. Kenyang itu sudah semestinya..Lontong ni sekarang nak makan bila-bila pun boleh..sarapan pagi pun boleh..dah ada dekat kedai..




Lagi satu menu, khas untuk mr mafia. Mr mafia biasa makan rendang, kitaorang keluarga pula jarang makan rendang dan buat rendang. Jadi, nad la yang masak rendang ni khas untuk dia.

Semua makanan ni dah habis. Jadi kita start makan daging korban pula..hehehe..selamat menjamu selera.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Tak pernah try makan dengan masak kicap.biasa nya makan dengan rendang dan kuah kacang je.

    ReplyDelete
  2. Ooo.. ni ke lontong..
    kaklong ingatkan satu set hidangan tu namanya lontong..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2