Lipstik, Lipglow, Kecantikan, Makeup, Cadeau Beauty.

hai assalammualaikum

" Cantiknya lipstik Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ni"..itulah kata pertama bila lipstik ni sampai di tangan. Kali pertama nampak lipstik yang unik dan cantik ni. Selalunya lipstik kita nampak, cuma warna sahaja, tapi kali ni, lipstik yang nad dapat berlainan sekali. Masa dapat lipstik ni, terus nad buka dan tengok. Amazing sangat weii!..macam tak percaya, ada bunga dalam lipstik. Macam mana dia masukkan bunga tu dalam lipstik ni, sampai nad perhati dalam-dalam, betul ke bunga..hahaha..Nad tak rabun lagi, betul ada bunga dalam gincu..hehee. Ni la keunikan lipstik yang dikeluarkan Cadeau Beauty.

Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow


Ada banyak jenis lipstik Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ni kalau korang nak tau. Jenis-jenis bunga yang digunakan ialah
1) Chamomilla Recutita – Chamomile,
2) Hibiscus Sabdariffa – Roselle Hibiscus,
3) Calendula Officinalis – English Marigold/Calendula,
4) Rosa Damascena – Damask Rose,
5) Bellis Perennis – Common Daisy,
6) Magnolia Kobus – Kobushi Magnolia,
7) Lilium Tigrinum – Tiger Lily,
8) Lavandula Angustifolia – Lavender
9) Rosa Rugosa – Beach Rose




Tengok packaging dia pun dah lawa. Kotak warna putih, dengan lukisan bunga. walaupun simple, masih nampak cantik. Itu cuma kotak luar, bila buka je, nampak keemasan gincu tu. Fuh..memang nampak exclusive sangat lipstik ni. Lipstik nad dapat kod GL04 Viridiflora.


Nampak tulisan Limited Edition, yup!! produk ni sangat limited dan segala penjagaan untuk lipstik ni dijaga dengan rapi. Lagi satu, lipstik ni merupakan handmade atau produk buatan tangan dari Korea. lagilah bertambah wow!!!..patutla limited..kira nad ni orang bertuahla ye..hehee.


Tersangatla cantik lipstik Cadeau ni. Jernih macam jeli, rasa nak makan je..hehe. Bau dia dahla wangi. nampak je gincu ni jernih, tiada warna, tapi jangan tak caya bila disapu dekat bibir, terus bibir bertukar warna kepinkan. Macam gincu magik pulak kan..hehehe..Dekat lipstik ni juga ada taburan keemasan yang korang boleh nampak. Sebab tu bibir nad nampak shining gitu.


Bibir nad memang ada masalah hitam sedikit, nanti nak cari petua cara hilangkan bibir hitam tu..huhuhu. Tapi bila apply lipglow Cadeau Pure Flower Extract ni, tetap cantik.


Mula terfikir juga, kalau pakai gincu ni sampaila ke bunga tu..apa akan jadi ye..hehee. Tapi sayang nak apply hari-hari kan..dahla limited..cepat habis kang..haaha. Harga untuk satu gincu RM 95.00 tapi kalau korang beli sekotak harganya RM350.00 dengan dalamnya ada empat gincu. Korang mesti suka jugak kan bila tengok lipstik ni..Masa purchase tu jangan lupa guna CODE NADIA11..akan dapat free gift..cantik sangat weii..kalau korang nak boleh layari
website: https://www.cadeau-beauty.com/
Facebook : https://www.facebook.com/CadeauBeauty/
Instagram : https://www.instagram.com/cadeau_beauty/




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Wahh..cam magic dah nampak gincu ni..cantik kaler di..

    ReplyDelete
  2. Huishhh, lain dari yang lain lipstik ni... ada bunga..

    ReplyDelete
  3. uniknyaaaaa lawa gak nad pakai tu...

    ReplyDelete
  4. comelnya lipstik ni..teringin nak try jugak la..

    ReplyDelete
  5. Nice colour. Done blogwalking and follow ur blog.

    Regards,
    penselduabee.com

    ReplyDelete