hai assalammualaikum

Sebut pasal berlari, mesti korang fikir penat, otot sakit, buang masa. Kalau korang nak tau, berlari merupakan salah satu aktiviti yang mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Aktiviti berlari seeloknya dilakukan pada waktu pagi, tapi kalau tak sempat tu, balik dari kerja, boleh juga buat. Sebelum kerja tu, lepas bangun, boleh berlari sekejap. Dengan berlari sahaja, korang akan dapat banyak manfaat untuk meningkatkan kesihatan tubuh.


Manfaat Buat Aktiviti Berlari 

Ni la antara manfaat Ketika buat aktiviti berlari.

1) Meningkatkan Sistem Kekebalan Pada Tubuh. 
- Berlari menjadi salah satu aktiviti yang dapat membantu tubuh kita daripada diserang pelbagai penyakit. Bila badan sihat, kita pun mampu melaksanakan kerja seharian setiap hari, sepanajng masa dengan lancar dan bersemangat tinggi.Selama ini, penyakit seperti diabetes, strok, kanser payudara, serangan jantung serta tekanan darah tinggi menjadi penyakit yang di takuti oleh semua orang. Berlari bermanfaat besar untuk mencegah pelbagai penyakit tersebut.
   
2) Mampu Menurunkan Berat Badan Secara Efektif. 
- Bagi anda yang bermasalah dengan berat badan, maka aktiviti berlari akan sangat membantu untuk menurunkan berat badan secara semulajadi.
   
3) Bermanfaat Meningkatkan Rasa Percaya Diri anda. 
- Berlari ternyata tidak hanya menyihatkan tubuh seseorang, tetapi dapat memberi keyakinan dan rasa percaya diri dalam pelbagai situasi dan tempat di mana anda berada.
   
4) Membantu meringankan Stres Pada fikiran anda. 
- Beban hidup yang berat serta pekerjaan yang boleh menyebabkan timbulnya tekanan pada diri semua orang. Berlari membantu mengeluarkan tenaga yang berlebihan didalam tubuh serta hormon stres itu sendiri.
   
5) Mencegah pereputan tulang. 
- Dengan melakukan aktiviti berlari secara teratur dapat membantu meningkatkan kepadatan dan kekuatan tulang. Sehingga sangat berkesan untuk mencegah osteoporosis atau pereputan tulang pada tubuh anda.
   
6) Meningkatkan Tenaga Pada Tubuh Secara optimum. 
- Anggapan bahawa berlari di pagi hari akan membuat seseorang mudah letih di tempat kerja adalah salah besar. Ini kerana, aktiviti berlari yang dilakukan pada pagi hari akan mampu meningkatkan tenaga tambahan dan membuat semangat bekerja seseorang lebih tinggi.

Jadi,buatla aktiviti berlari. Buat jangan over, sampai penat sangat, buat sebab nak sihat.Main kejar-kejar dengan anak pun dah kira berlari..hahaa.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours