hai assalammualaikum

Haritu masa nak balik ke Kuala Lumpur, nad ajak mr mafia singgah ke Aeon Shah Alam. Ni pertama kali nad jejak Aeon Shah Alam. Nak tengok apa yang menarik dekat Aeon Shah Alam ni. Dah alang-alang kan, mr mafia pun ok je, sebab dia pun tak pernah datang sini. Jadinya sebelum balik Kuala Lumpur singgahla sebentar Aeon Shah Alam. Dekat je, di Seksyen 13 berdekatan dengan Tesco Extra.

Apa Yang Menarik Di Aeon Shah Alam

Masa masuk-masuk, macam biasalah, rupa dia macam shopping complex lain. Kedai pertama sekali nad nampak ialah kedai makeup. Boleh pulak ternampak kedai Sephora..hahaa. Dah la tengah kemaruk dengan barang makeup, Tengok dekat situ, macam-macam jenis makeup ada. Aduh, tergugat iman kita. Nafsu betul..tapi nasib baik boleh kawal, tak masuk kedai, terus jalan je..hahaha.

suka sangat nampak patung macam ni..mesti terus lari, sayang-sayang

kawan Fariza dri Jepun..hehe

Lepas tu jalan-jalan lagi, ada pulak perhiasan dekat Jepun. Ada pokok pink tu, ada patung. Bila tengok, oo kebanyakan dekat situ, restoran Jepun. Patutla ada perhiasan Jepun dekat sini. APa lagi Fariza bergambarla. Sambil layan gamabr, mr mafia pergi beli aiskrim dekat Kedai Jepun sebelah je.

Aiskrim Jepun, Vanila campur Teh Jepun

Kedai aiskrim Jepun

Tu kedai Jepun dia, tapi lupa apa ntah nama kedai tu. Aiskrim ni ada dua layer, perisa vanila dicampur dengan teh hijau jepun. Sedap jugala rasa dia. Dah aiskrim mestila sedap kan..hehee.

Fariza makan aiskrim

ummmpphh Sedapnyaa..

Tengok aje Fariza ni, makan aiskrim. Suka la dia. Lepas habis makan aiskrim, kitaorang jalan-jalan lagi dalam tu. Ada kedai kecantikan, perhiasan rumah. Pastu ada kedai Daison. Masukla apa lagi kan. Pantang nampak kedai Daiso. Ingat nak beli barang, tengok duit balik, alahai..takpela..lain kali beli..hahaa..Duit nak diguna untuk lain. Nad tak ambil gambar kedai-kedai, sebab sibuk layan karenah si kecik tu.

Suruh bergambar, dibuat ape la tu..

Lepas tu ada pulak art dekat dinding..hahaa..konon nak suruh Fariza macam jalan dekat situ, tapi ntah jadi apa gambar ni..hahaa.

Mainan kesukaan dia, terjerit-jerit bila nampak

Bila dia jumpa mainan dia, terjerit-jerit dah dia. Mana dia..mana..hehee..silalah cari..

Snow World

Bosan dah fariza layan mommy..hahaa

Lepas tu jalan lagi, nampak pulak tempat snow ni. Apa lagi bergamabr la dengan anak dara ni. Tapi dia sibuk nak jalan..haishh..Dapatla beberapa keping gambar.


Bila keluar dari tempat tu, korang tau, dia bolehnya nampak mainan. Dah tau dah dengan mainan. Yela, warna pun menarik perhatian. Masa tu kitaorang jalan dulu..hahaha..

Dekat dalam sini pun ade macam Food Court. Tapi nad tak ambil gambar, just ambil Fariza ni je, main dekat mainan yang ada dalam Food Court. Kat Food Court pun ada kedai macam-macam. Yang popular orang selalu pergi nad tengok, tu Ice Bucket. Nad teringin rasa gak, tapi takpe lain kali ada. Ada juga kedai makanan menarik lain dekat situ, boleh dicuba untuk hari lain. Harini kita sinngah sebentar, jalan-jalan cuci mata sahaja dulu..hehe. Decoration tempat makanan ni pun menarik.

Dah itu jela yang sempat diterjah. Lain kali akan datang Aeon Shah Alam semula.




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. AEON Shah ALam hari tu IQ singgah kejap je, tu pun masa nak raya tahun lepas, masa Arwah Suami IQ ada lagi, lepas tu xprgi2 dah

    ReplyDelete
  2. Best best nanti nak try ke sana lah.

    ReplyDelete
  3. Waa seronoknya tgk fariza..dah besar dah anak dara Nad .. waa makan aiskrim tak ajak anty lya ya fariza..comelnyer dia..

    ReplyDelete
  4. Bila la dapat singgah Aeon baru ni...

    ReplyDelete
  5. Kata nyer sini ada deko 4 musim ekk?
    Aida da lama x singgah shah alam.

    ReplyDelete