hai assalammualaikum

Carrie Junior Kini Dalam Pek Isian Semula, Mudah Guna - Macam tau-tau je set mandian Fariza dah nak habis..heehe. Terima kasih Carrie Junior hantar barang mandian untuk Fariza. Barang mandian Fariza memang tak pernah campur dengan orang dewasa. Nak jaga kulit anak, mestilah pilih barang sesuai dengan dia kan. Banyak jenama mandian nad dah guna, untuk Carrie Junior ni, kali pertama nad pakai. Apa lagi, tak sabar budak comel Fariza nak mandi dengan Carrie Junior dia..hehe.

Pek Isian Semula Carrie Junior Mudah Diguna Dan Menjimatkan

Seperti yang kita tau, Carrie Junior telah mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi selama lebih daripada 20 tahun, Sebagai jenama yang percayai dengan inovasi, Carrie Junior sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.

Pek Fleksi Carrie Junior, Mudah Digunakan Dan Menjimatkan

Kalau sebelum ni dalam bentuk botol, kini, Carrie Junior menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih. Kalau bab-bab jimat ni memang suka la kan. Lagi-lagi aklau bentul pek isian semula ni. Memang jimat dengan harga yang berpatutan. Yela beli pek isian ni, lepas tu guna je botol apa-apa untuk guna. Tak pun, guna je dalam pek isian semula ni.

Tak Sabar Dia Nak Mandi dengan Carrie Junior

Mana satu nak buka dulu..heehhee..

Selain itu, pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan Carrie Junior Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

Wangi betul Carrie Junior ni. Suka nad dengan bau dia. Badan Fariza pun harum je selalu. Nampaknya lepas ni pakai Carrie Junior jele..hehee..Carrie Junior Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.

Harga Pek isian semula Carrie Junior ( 500 g )

Carrie Junior Baby Bath

Baby Bath : RM8.90* (Semenanjung)
                  :RM 9.30* (Sabah & Sarawak)


Carrie Junior Baby Hair And Body Wash

Hair and Body Wash ; RM9.90* in (Semenanjung)
                                 : RM 10.40* (Sabah & Sarawak)

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Wangi betul Carrie Junior ni

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia. *Harga termasuk GST.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Yeahhh .. lepas ni fariza mandi pakai carrie junior

    ReplyDelete
  2. Dah ada dlm bentuk pack ye..jimat...suka carrie junior nie..snb bau dia wangi...

    ReplyDelete
  3. Sabun carrie junior memang wangi. �� ��

    ReplyDelete
  4. lepas ni beli yang isian semula je..botol dah banyak buang..heheh

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2