hai assalammualaikum

Indahnya Dunia Bersama Mereka - Minggu ni nad balik kampung sebab mr mafia outstation tiga hari. Fariza pun dah rindu dengan sepupu dia. Bukan main suka bila dah sampai kampung. Yela dekat kl keseorangan..hehehe..asal bangun tido, terus paksa suruh keluar bilik. Tak sabar, nak main.

Kadang, kesian dia dekat kl takda siapa-siapa.  Balik kampung adela riuhnya. Tengok gelagat anak buah, tengok gelagat Fariza dengan sepupu dia. Layan budak ni best, kalau kita pandai. Takkan ade rasa rimas atau penat.

Biasalah, kadang ada benda kita tak puas hati, geram dengan budak-budak ni. Lumrah budak selalu akan melakukan sesuatu untuk ambil perhatian kita. Bila ada mereka, bahagia hidup kita, jangan fikir mereka ni menyusahkan. Tegur mana yang salah. Tinggikan suara, tapi bukan dalam nada yang rasa menyampah. Tinggikan suara untuk mengajar.


Indahnya dunia bersama mereka ni. Bila dah tidur mcam ni, memang rasa lega kan. Dalam masa yang sama, tersenyum sebab mereka bersama, bermain bersama..kejap lagi bangun..pung pang..pung pang..hahahha..tapi itulah keseronokannya..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. Wahhh ramainya! Hehe syed tak reti la nak layan budak2 kecik. Tak tahu macam mana nak kawen ni nanti.

    ReplyDelete
  2. HAAA!! part tido ramai-ramai tuh...memang boleh rasa perasaan lega Nadia tuh. Haishhh...sunyi kejap rumah. Time tuh la kita pun busy nak buat keje1 lain kan. Nanti tuh kalau dah bangun...haa...habislaaaaa...HAHAH!

    ReplyDelete