Makanan Jepun, Makanan Jepun Di ISetan Lot 10, The Tokyo restaurant Makanan Jepun.

hai assalammualaikum

Haritu lepas melihat pameran keretapi Shinkansen Di Japan Store, nad terus pergi makan. Nad pergi ke makanan Jepun di tingkat 4. Sebenarnya masa naik ke tingkat apa, ada decoration yang menarik sangat. Ada tanglung besar, dengan hiasan merah-merah. Memang betul rasa di tempat makanan di Japan.

Makanan Jepun The Tokyo Restaurant Isetan Lot 10

Perut pun dah lapar sangat, macam-macam restaurant ada dekat tingkat 4 ni. Restaurant yang nad pilih ialah The Tokyo Restaurant. Tak pernah kan makan dekat situ, jadi kita cubala. Suasananya tenang je, dan bersih. Tengah-tengah tu dapur. 

The Tokyo restaurant Makanan Japan Tingkat 4

Dapur di tengah-tengah.

Apa yang nad order waktu tu, makanan untuk nad dengan Fariza. Tapi gambar makanan Fariza nad tak ambil. Makanan dia nasi, dengan kari manis, tak pedas. Hah ni tengok makanan nad jela..hehee.

Green Salad
Nak makanan sihat, ada je dekat sini..hehee. Kotla nak makan salah je

Tokyo Shushi Plate. Macam-macam shushi ada
Minestron. Ni sup. Dalamnya ada sayuran. Sup nya sedap juga.



Dessert Riz au Lait
Hahaha, nama pun pelik, tapi sebenarnya dia adalah nasi bubur dengan manisan. Yang bulat-bulat tu popcorn. yang ni Fariza suka sangat. Dia asyik nganga je. manis di aboleh tahan juga la.

Fariza dengan bento dia. Mommy makan dengan tenang bila ada colouring tu

Tempat duduk dekat sini luas. Bawak satu keluarga pun ok. nak bagi anak diam, anak colouring untuk mereka..hehee. Tengok Fariza khusyuk je dengan barang tu.

Swafoto dulula.

Alahai, anak dara ni, kami berdua je.
Kalau korang nak cuba, bolehlah datang ke  The Tokyo Restaurant Isetan The Japan Store Lot 10 ni di tingkat 4.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Peminat makanan Jepun ke? Saya jenis susah nak masuk makanan baru... tak sesuai jadi pengacara JJCM... hehe

    ReplyDelete
  2. Sihatnya makanan dia. Bagus betul orang jepun ni kan.

    ReplyDelete
  3. dah boleh buat kawan ye Nad, cik Fariza omey tu... lama dah kak ana tak ke Isetan ni..:)

    ReplyDelete
  4. Sukanya dengan makanan Jepun. Sushi dia nampak tempting sangat :)

    ReplyDelete
  5. Nampak macam sedap. Boleh ajak husband pergi lepas ni. ��

    ReplyDelete