MASUK UBAT BONTOT KURANGKAN DEMAM PANAS

in , by Nadia Johari, 17:40:00
hai assalammualaikum

Masuk Ubat Bontot - Masuk empat hari dia demam. Alahaii, balik kampung ingat bercuti, tapi kena jangkit demam pulak. Panas dia kejap ada kejap takda. Tu biasa, yang penting kena pantau panas dia. Semalam, tiba-tiba badan panas, dia merengek je. Bawakla pergi klinik.


Cek punya cek, yup doktor cakap badan panas. Selsema, tekak ada luka sikit. Yang lain semua ok. Lepas tu, doktor suruh baringkan dia. Ku fikirkan nak kena cucuk, rupanya dia bagi masuk ubat bontot. Pertama kali Fariza demam teruk macam ni sampai kena bagi ubat batuk. Selama ni, dia demam biasa je. Demam nak ubah perangai la ni.


Dan nad, pertama kali nampak ubat bontot ni. Selama ni tak pernah dapat atau simpan dekat rumah. Ada baca mak-mak bubuh ubat bontot bila anak demam. Ubat bontot untuk kurangkan demam panas dari melarat. Langkah berjaga-jaga.

Ubat bontot ni sesuai diambil untuk demam yang suhunya agak tinggi contohnya 38°Celcius ke atas. Kalau suhu kurang, ambil ubat demam biasa je. Macam nurse klinik nad pergi tu pesan, kalau nak bagi ubat bontot jangan bagi ubat demam sekali. Tunggu 6 jam baru boleh bagi ubat demma kalau dah masukkan ubat bontot.

Nampaknya nad kena belajar cara nak masukkan ubat bontot ni.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2