RESEPI IKAN MERAH MASAK CILI SERAI

in , by Nadia Johari, 10:43:00
hai assalammualaikum

Setiap hari fikir nak masak apa. Sampai pening dah..hahaha. Tula rutin surirumah setiap hari. Suami pulak, memang nak makan masakan isteri je. Sebab boleh jimat gitu. Nad ni masak benda sama pun boring juga. Jadi kita pun jadi kreatif la sikit. Dalam memasak pun kena kreatif supaya tak bosan..hehehe.

Haritu dah tak tau nak masak apa. Nampak bahan, okla kita guna ni dan itu. Hah akhirnya jadilah masakan Ikan Merah Masak Cili Serai..hahaha..nama pun main hentam je.

Ikan Merah Masak Cili Serai

Santapan tengahari

Hah!! Ni la rupa dia. Haritu pun ada ikan sahaja. Rupa dia macam masak cili api biasa tu, tapi nad cuma tambah serai dengab daun limau purut..tau-tau jela bau serai dengan daun limau purut, harum semerbak. Makanan pun jadi sedap. Maka dengan bahan-bahan yang simple, jadilah Ikan merah masak cili serai.

Bahan-bahan
- ikan
- bawang merah
- bawang putih
- cili api
- cili merah besar
- serai
- daun limau purut
- garam
- air

Cara membuatnya
- Blendkan ke semua bahan di atas iaitu bawang merah, bawang putih, cili api, cili besar merah, serai dan daun limau purut.
- Goreng ikan sehingga garing dan letak ditepi
- Masak bahan diblender tadi sehingga naik bau.
- Letak garam dan perasa
- Letak air sedikit untuk dapatkan kuah. Jangan banyak, sikit je.
- Lepas mendidih, masukkan ikan goreng dan gaul sekata.
- Gaul sekejap je. Dah siap..

Selamat mencuba
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Baru je masak resepi ni semalam ..tapi CCL gantikan guna ayam.. sedap..tambah-tambah bila tumis tue...baunyaaaaa telan air liur dulu lahh

    ReplyDelete
  2. huishh rindu pula nak masak2.. nanti boleh try buat resepi ni.. thanks share

    ReplyDelete
  3. Blend sekali ye daun limau purut dan serai? Mesti lagi wangi macam tu. Tengok pun dah terliur

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaa. busyra suka kalau pedas2 ni. hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2