MARI MENULIS DAN MEMBACA

in , by Nadia Johari, 19:27:00
hai assalammualaikum

Mari Menulis Dan Membaca

Nad mula biasakan Fariza dengan pen dan kertas masa pergi satu event ni. Biasalah nak bagi anak diam, tak bising masa event, mestila kena ada cara dia. Cara nad dengan bagi dia kertas dan pen. Budak memang seronok bila dapat benda baru. Macam tu juga dengan Fariza. Khusyuk dia menulis sampai habis event..hahha.


Pegang pensel pun elok je. Tak yah diajar, bagi pensel atau pen, dia memang dah pegang pandai. Cara pegang tu dekat hujung-hujung. Lepas tu, setiap kali ada masa dekat rumah, atau pergi keluar makan, bagi Fariza pen dan kertas.


Kalau dekat luar makan, mr mafia bagi samsung tab dia. Sebab samsung tab dia ada pensel elektronik tu. Buka note dekat samsung, nanti dia conteng-contengla.


Bila ajar sambil menulis sambil baring, sekali ajar, esok-esok dah pandai..hahhaa..cepat betul dia ingat.


Sekarang Fariza 1 tahun 6 bulan, alhamdulillah, dia mudah nak belajar. Mr mafia pulak belikan dia buku. Walaupun kadang-kadang nad bising, kecik lagi belikan buku buat apa kan..Terpaksa juga la ajar dia membaca, dah daddy dia belikan. Mana tau dia cepat tangkap.

Lagipun buku yang dibeli mr mafia, buku berwarna. Budak kan suka warna-warna ni. Bila kita tunjuk dia pun tengok jela..hehhe.


Lepas tu, bila main sorang-sorang dia layan buku tu sambil ikut macam mana nak ajar dia. Walaupun takde sebutan..hehhee..tengokla video tu..comel je.


A post shared by Nadia Johari (@nadiasamjohari) on


Kebanyakan masa dia dengan main, menulis dan membaca. Bukan taknak bagi gadget, bagi, tapi taknak dia terlalu gilerkan gadget.

SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2