hai assalammualaikum

Nadia Johari Dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia - Untuk kali kedua masuk siaran dalam televisyen. Syukur alhamdulillah. Sokongan daripada suami, keluarga dan rakan semua. Ni semua rezeki daripada anak. Kali ni nad masuk dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.


Ada nad bagitau sebelum ni, nad ada shooting untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia sebelum ni kan. Hah, siaran dah keluarpost hari Sabtu lepas pada 22.4.2017 jam 8 pagi. Waktu tu nad ada photoshoot pulak, jadi mintak family tolong rekodkan. Terima kasih dekat anak buah yang tolong rekodkan..hehehe..


Korang boleh tengok full video dekat atas tu..hehehe..


Kali ni nad tak ditemuramah, nad jadi model sahaja memperagakan baju Feedmilk. Baju Feedmilk ni baju ibu yang menyusukan anak. Baju Feedmilk #selamberselak memudahkan ibu untuk menyusukan anak, mereka tak kira di mana sahaja.


Macam nad, masih nyusukan Fariza, masalah utama semestinya baju. Kalau sebelum ni pakai baju tshirt, mudahla selak-selak, tapi nampak aurat badan kan. Lepas tu pakai baju nursing jenis zip dan button. Memang susah sebab kadang dia stuck, terkena dekat pipi anak..Lepas tu ada kawan perkenalkan baju Feedmilk ni. Sejak tu nad suka dengan baju Feedmilk ni. Sebab dia selak je, takde zip takde button. Korang boleh baca SINI. Nad pernah buat, entry berkenaan baju Feedmilk ni.

Baju Feedmik ni memang cantik. Untuk mereka yang tak menyusukan anak, pun boleh pakai.. Designnya dari yang lain. Masa nad memperagakan baju ni, nad pun dah jatuh hati..haishh..hehehe..tengah simpan duit nak beli baju Feedmilk ni.

Ada seorang ibu dah ada 40 helai baju Feedmilk. Fuh, hebat betul..siap dia bawak datang butik..hehehe..


Terima kasih staff Feedmilk zakiyyah, sebab percaya dekat nad dan beri peluang untuk memperagakan baju Feedmilk.Terima kasih wartawan dan jurukamera Selamat Pagi Malaysia TV1..
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. wah.. bestnya kakk.. kejap lg busyra tngok ye video tu.. :)

    ReplyDelete
  2. wah..bestnya..okey, nnti nak tgk video nad kat SPM ni..kat ofis, line siput..kena tgk kat rumah...laju...

    ReplyDelete
  3. Cantiknya ko dik nadia! Lawa makeup...baju lawa...tahniah dik! SPM TV1 tu..wowww bangga hakak!

    ReplyDelete
  4. tahniah akak masuk tv wah bestnya masuk tv adik nak masuk juga

    ReplyDelete
  5. Tahniah NAD, lupa pula nak ambil sign autograph Kay photoshoot tempoh hari...hehwhw

    ReplyDelete
  6. hehe, tahniah nad! retis kbba ni..XD

    ReplyDelete
  7. Tahniah Nad.. bagus ada baju macam nie kan :)

    ReplyDelete
  8. Tahniahhhh..da jdi retis pasni uolls

    ReplyDelete
  9. Perghh nampak ayu kuar TV .. hehehe .. syabas .. lepas ni mungkin rezeki lebih baik lagi, in Sha Allah.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2