Pameran pengantin, Malaysia wedding festival, wedding, perkahwinan, pakej kahwin, pakej perkahwinan, perkhidmatan kahwin, wedding planner, butik pengantin, photographer wedding, videographer wedding.

hai assalammualaikum

Mengimbau kembali saat memliih butik pengantin di pameran pengantin

Teringat dulu, masa nad nak kawin, Masa tu memang dah last minit persiapan, nak pergi kedai butik memang tak sempat. Nak fikir cenderahati memang tak dapat buat sebab sibuk dengan kerja semua. Jadinya pilihan yang ada, pergi ke Pameran Pengantin, iaitu Malaysia Wedding Festival. Seingat nad, masa nad pergi MEFA, dibuat di SACC Mall Shah Alam. Dekat Malaysia Wedding Festival (MEFA) ni la nad dapatkan butik pengantin, dan cenderahati. Sebab masa ni, diaorang akan promote harga murah berbanding biasa. Masa tu memang lega, semua dah setel..hehee.

MEFA di SACC Shah Alam Mei ni

Malaysia Wedding Festival ( MEFA ) Di SACC Shah Alam

Memang setiap tahun Malaysia Wedding Festival ( MEFA ) akan buat pameran pengantin untuk bakal pengantin di luar sana. Kepada bakal pengantin di luar sana, ni nad nak bagitau, Festival pengantin paling popular iaitu Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan kembali  pada 12-14 Mei 2017 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Ini adalah kali ke-16 Mefa Events menganjurkan pameran pengantin di sini dan pastinya ia dinantikan oleh semua bakal pengantin di luar sana kan. Sebabnya pelbagai tawaran  sehingga 70% diskaun pakej pengantin. Dikatakan diskaun ni hanya terhad untuk 3 hari pameran sahaja dari 10 pagi hingga 9 malam. Jangan lepaskan peluang ok!!..

Sebab perlu datang Malaysia Wedding Festival ( MEFA) ni, bakal pengantin boleh mencari idea, atau contoh dekorasi untuk mejlis perkahwinan nanti. Mana tau ada yang berkenan yang tempat lain susah nak dapat kan. Festival pengantin ini membantu bakal-bakal pengantin untuk melakukan
persiapan perkahwinan kerana MEFA menganjurkan pameran seperti One Stop Centre
Wedding, dari produk katering, pelamin, butik pengantin, kad kahwin, cenderahati, dewan
perkahwinan dan pelbagai lagi.

Dekorasi Pelamin

Banyak vendor yang akan turut serta

Kesemua vendor atau wedding planner yang menyertai MEFA adalah gabungan dari pelbagai kawasan dari Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh Lembah Klang. Keseluruhan vendor membuat promosi di MEFA melebihi 100 tapak promosi. Memang banyak pilihan yang korang akan nampak, dan semua akan buat korang rambang mata, macam nad dulu..hahaa..Tapi, korang juga kena bijak memilih mengikut kemampuan korang. Masa ni la korang dapat buat pilihan, nak cari pakej perkahwinan yang murah.

Paling penting setiap vendor yang mempromosikan produk di MEFA adalah yang dipercayai kerana pihak penganjur akan menapis terlebih dahulu senarai vendor yang ingin menyertai pameran kali ini. Jadi takdelah isu mua makeup tak elok ke, photographer lari ke, catering tak datang ke..kann..takank kita jadi macam tu di hari perkahwinan kita. Suatu perkahwinan biarlah yan terindah dan menjadi 1001 kenangan manis dalam diri kita.

Pelbagai hadiah untuk dimenangi

Apa yang menarik lagi tentang festival kali ini, dengan setiap tempahan mana-mana pakej
minima RM500 (terkumpul) di MEFA, bakal-bakal pengantin berpeluang memenangi hadiah
cabutan bertuah seperti pakej bulan madu, gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan sekurangkurangkan
coklat. Yang penting, setiap tempahan wajib dapat hadiah. Woww!!!, tu diaa..dapat hadiah lagi tau..

Pertunjukan fesyen dan pertandingan MUA akan diadakan

Mereka yang gemar melihat busana pengantin, makeup artist jangan ketinggalan untuk melihat pertunjukan fesyen, pertandingan makeup artist yang akan diadakan pada hari sabtu dan ahad. MEFA akan membuat pertunjukan tersebut pada 13 Mei dan 14 Mei. Masa ni, mungkin korang dapat tengok baju pengantin dengan design yang menarik dan lawa. Perkara penting bagi kaum perempuan mestila makeup, hah!!, suka tengok orang dimakeupkan, boleh datang tengok pertandingan makeup tu. Mana tau tergoda dengan MUA tu, dan nak ambil sebagai mekap kawin nanti kan..Memang nad cakap, korang bakal pengantin di luar sana, jangan lepaskan festival perkahwinan MEFA ni.

Untuk memudahkan pengunjung yang akan hadir ke MEFA nanti, penganjur akan menyediakan
maklumat terkini melalui saluran sosial media di Instagram iaitu MEFAPENGANTIN, Facebook:
Malaysia Wedding Festival (MEFA) dan juga laman web iaitu www.mefa.my

Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi En Azahari di talian
012 – 387 1775.
Website: www.mefa.my
Facebook: www.fb.com/mefaevent
Instagram: www.instagram.com/mefapengantin
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours