hai assalammualaikum

Selalunya Fariza pakai pampers jenis lekat. Sejak dia makin besar dan lasak, memang susah nak pakaikan dia pampers lekat tu. Asal baringkan, mesti nak lari, kaki tepis, sabar jela.. Pakaikan pampers pun susah..Tu pun sampai berlari-lari nak pakaikan. Ya ampun anak dara ni..Sejak ada pampers Goo.N Friends Pantas Super Jumbo Doraemon ni, mudah nak pakaikan dia pampers. Pakai macam seluar je.


Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition

Yang nad perasan, Fariza suka giler pakai pampers Jumbo Doraoemon ni. Lepas mandi, terus berlari dekat pampers, mintak nad suruh ambil pampers Jumbo Doraemon ni. Lepas tu siap-siap angkat kaki nak suruh pakai. Amboii..suka benor diaa ni..beza dengan pampers lekat dia tu. Lepas pakai terus berlari..sampai taknak pakai baju pulak..macam-macam Fariza ni..Yang penting, mudah kerja nad pakaikan dia pampers. Mungkin sebab pampers ni ada watak menarik Doraemon kot..hehee..



Pampers Goo.N Friends Pants Super Jumbo Doraemon ni sangat lembut dan elastik. Bila dipakai, takde rasa ketat dekat bahagian pinggang. Takde kesan merah dan tak longgar pun. Bila Fariza pakai ngam dekat punggung dia. Kalau penuh pun masih elok je keadaan dia..tu bagusnya..Macam Fariza dia pakai saiz M. Banyak saiz ade lagi dari S sampaila XXXL.



Untuk pampers memang nad teliti. Yela kadang bila tukar pampers, nak lagi murah boleh sebabkan ruam pada baby. Tapi untuk pamper Goo.N Friends Pants Super Jumbo Doraemon ia tak panas dan ada lapisan kelembapan dan pengudaraan yang baik untuk punggung. Jadi punggung bayi selamat daripada ruam. Dan bayi sentiasa selesa je bila pakai pampers ni. Macam Fariza, memang nad tengok dia gembira je sejak pakai pampers ni.

Selalunya kalau tengok pampers, salah satu ciri juga nak tengok kuasa penyerapan dan anti bocor. Lagi untuk waktu malam, waktu panjang. Bila nad pakaikan Fariza pampers Goo.N Friend Pants ni, bila waktu pagi takde bocor dan takde berat. Diapers  ini diperbuat dari bahan yang tinggi penyerapannya,dan memastikan anak kita mendapat lembapan yang padat. Waktu pagi dia bangun takdela asyik pegang pampers sebab dah penuh..hehehe..


Goo.N juga ada baby wipes tau. Ala tisu basah tu. Tisu basah ni memang benda wajib ada dalam kereta. Yela kot-kot Fariza terbuang kan, jadi terpaksa guna tisu basah. Tapi tisu basah ni pun bukan hanya untuk lap najis, boleh je guna untuk lap tangan atau lap benda kotor. Bestnya tisu ni ia sangat lembut dan 99% adalah air tulen. Bebas dari paraben dan sangat selamat untuk digunakan pada baby.



Hahaha..kenapa comel sangat box dia ni kan..haishh geram je rasa. Nad ingat bekas makanan itik, rupanya kotak tisu basah..ehhee.Dahla comel, warna biru pulak tu..mak pulak yang suka..hehehe. Ingatkan itik rupanya penguin..alahaii comel je..

Kalau tengok pampers ni memang takde dekat luar.  Kalau korang nak, korang boleh je klik link bawah ni..
Goo.N
Goo.N
Goo.N


Dengan setiap pembelian paket Jumbo pampers Goo.N korang akan dapat free baby  wipes. Bukan baby wipes je ada tu box baby wipes Goo.N limite Edition Baby Penguin tu tau..hehee..Jadi cepat-cepat la grab Goo.N Friend Pants Super jumbo Doraemon Edition ni dengan harga termurah di Lazada...ok...
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Salam Nadia.. Ok juga pmpers jenis ni tapi tu la dia tak boleh nk Lipan dan lekatkan blik lps guna Lg2 time poopoo.. Bs ank eija tak suka

    ReplyDelete