hai assalammualaikum

Penipuan Barang Dari Luar Negara


Ni kisah kawan nad yang hampir kena tipu dengan orang luar. Ceritanya bila kawan nad ni whatsup kitaorang dalam group.

Kawan Terkena : Weii, Kome, Aku Ade kenal dengan Mat Saleh ni, Dari UK. Risau pulak aku. Mat Saleh ni boleh caya ke??

Aku : Kenal dari mana??

Kawan Terkena : Dia kawan facebook. 

Kawan Lain: Bahaya-bahaya. Jangan percaya oii..susah nak cakap takut scam nak bagi hadiah bagai tapi kita kene masuk duit. Zaman sekarang macam-macam.  

Kawan Terkena : Dia memang nak bagi hadiah. Tapi takde lak pulak mintak duit. aku ingat dia main-main. Cakap nak bagi hadian, rupanya betul. Berdebor aku aii.. Macam mana?? Takut aku. Barang tak dapat lagi. Mungkin minggu ni sampai.

Kawan Lain : Ko tak dengar ke kisah-kisah orang bagi hadiah, tengok-tengok dadah.

Kawan Terkena : Tak pernah. Pastu

Part ni paling pelik. Macam mana dia tak pernah dengar kisah-kisah ramai orang tempatan kena tipu..kawan aku sorang ni nak kata lurus bendul takdela..pandai..business pandai..tapi tu la sejak dari zaman belajar lagi senang berkawan dengan mana-mana lelaki..parah betul dia ni. Sampai boleh bagi alamat dekat orang tu. Haishh..tak reti bahaya ke..


Kawan Lain : Die detect la pos dekat mana.

Kawan Terkena : Dadah tu kita kena ke. Padahal aku tak tahu apa-apa.

Kawan Lain: Tu aku cakap janagn mudah percaya

Aku: Ko dah bagi alamat ke weii..ko biar betul dah bagi alamat. caya betul dengan Mat Saleh. Dia tak cakap apa dia nak bagi??

Masa ni kawan lain-lain memang dah masuk. Nak marah dia pun ada..tapi tak boleh marah kene selesaikan masalah dia..


Kawan Terkena: Dia cakap bagi phone dengan emas. Tapi aku tak caya sebab berat sangat. 21kg tu.

Kawan Lain‬: Dah pos ke tu?

Kawan Terkena: Dah.. Apa aku nk buat ni. Nak buat laporan polis ke?

Kawan Lain: Biasa barang dari luar negara ni kena hati-hati.

Kawan Lain‬: G wat report..nanti barang sampai tengok benda yang tak sepatutnya. Mu dah buat report?/

Kawan Terkena: Aku Ade kwn polis. Dia suruh buat report

Dalam beberapa hari lepas tu, kitaorang tanya semula.

Kawan Lain: Ape cite wei??

Kawan Terkena: Aku dah pergi balai, dia cakap takyah buat report, sebab takde transaksi apa-apa.

Kawan Lain: Dah dapat ke hdiah??

Kawan Terkena: Dah..Tadi dapat phone apple satu dengan gelang. Gelang berat 5kg, duit sikit..

Masa ni ingat betul dia dapat, baru nak ucap tahniah..sekalii......

Kawan Terkena: Mana ade lah, tipu je..Haha..Kalau aku dapat, aku bagi ko sikit. Buat pergi bercuti kat Bangkok..Tu semua tipulah. Tak dapat apa-apa pun. Propaganda je. Tengahari tadi ada orang call aku, perempuan melayu. Deme boleh edit kot. Dia cakapla barang dah sampai kat KL. Pastu kena buat bayaran untuk lepas masuk RM2500. Aku cakapla, hantar je balik barang tu. Saya taknak. Terus aku letak telefon.

Suami kawan aku polis, dia cakap sebenarnya diaorang ade je kat Malaysia bukan kat Luar Negara..propaganda..

Nampak tak..nampak sangat bohongnya..pernah terjadi dekat budak blok masa study dulu..kena tipu macam ni la. Dia ingat dapat pakwa Mat Saleh. Lepas tu pakwa Mat Saleh dia hantar barang tapi kena bayar. Nad hampir jadi mangsa dia nak pinjam duit..hahaha.. Ingat lagi masa tu dia nak pinjam nad RM1000..banyak tuu..memang terus nad cakap takda..giler kau..senang-senang nak bagi RM1000..pergi caya sangat orang luar..gilaa..

Jadi kena hati-hatila ye. Kalau nak sangat kawan dengan Mat Saleh bior kawan tengok selok belok dia..Sama jugala nak akwan dengan lelaki Melayu ni..heheee..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. ok, betul2 bahaya, macam2 cara ek skrg nak tipu orang, pakai nama mat saleh, padahal scam dari malaysia jugak...menakutkan betul

    ReplyDelete
  2. kna hati2 skrang..banyak penipuan..huhu

    ReplyDelete
  3. manede orang nak bagi barang free gitu jek kan.. em.. lepas nih memang kan hati hati lebih sebab dorang akan carik mangsa lain..

    ReplyDelete
  4. pastu ada kes nak beli online, kita suruh bank in tapi dia suruh kita bank in balik duit. bengoong

    ReplyDelete