hai asslammualaikum

Eh dah tiga tahun dah..cepatnya, cepatnya rasa. Macam baru semalam je kawin., tup,tup dah tiga tahun dah..anak baru seorang..hehee..Tengah berusaha untuk menambah ni..hahaa. Kalau bab-bab tarikh istimewa ni ingat je..hahaa..ce tarikh yang takde kene mengena, memnag lupa habis..gituuww.. Kalau nak diikutkan, lepas kawin memang macam-macam dugaan datang, tapi semua dapat diharungi..Lama-lama kita dapat belajar cara nak mengawal sesuatu perkara tu. Perkahwinan ni buat kita jadi matang.


Selamat ulangtahun sayang. Semoga kita sentiasa menjadi suami isteri yang selalu mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingatkan dikala bahagia dan saling mendoakan dalam kebaikan. Semoga kebahagiaan kita berkekalan selamanya..Dari dulu sampai sekarang kurus je kita berdua..hahahhaa..love you so much..

Teringat masa sebelum kawin, nad masa tu baru dapat kerja selepas beberapa bulan menganggur. Masa tu dah jadi tunang mr mafia rasanya. Huiishh tak ingat sangat la..hahaa..tapi yang pasti lepas setahun kerja, nad berhenti sebab nak kawin. Yela lepas kawin kena duduk dengan suami, rumah suami pulak dekat Kuala Lumpur. Nak taknak kena berhenti la.

Susah juga masa tu, yela baru kerja, duit tak banyak. Masa kerja tu memang nad jimat habis, sebab nak guna duit untuk perkahwinan. Masa tu juga, nad terpaksa la guna duit mr mafia sikit..ahhaa. Tapi tak banyak pun, berbaloi juga pinjam sikit duit suami, hasilnya dia dapat isteri rajin masak, kemas, jaga laki dan anak..hahaa..kau tengok..ni patutnya hantaran tinggi, tapi takkan nak mendera bakal suami kan..jadinya hantaran pun takyah la tinggi. Yang penting bakal suami tu jaga kita sebaik mungkin.

Masa tu semua perbelanjaan kawin guna duit kitaorang sendiri. Dari pelamin, cenderahati, kad, semuala duit sendiri. Nasib baik nad kawin dengan photographer, jadi mr mafia ramaila kenalan photographer. Dapat juga harga murah masa tu. Waktu tu takde pun nak meminjam orang atau buat pinjaman semata nak kawin. Oh sebenarnya, nad tak sangka, orang kawin pun ada buat pinjaman. nad tau semua ni pun lepas kawin..ish..ish..ish..suami yang bagitau dan bercerita. Sebab tu lepas kawin ada yang susah hidupnya sebab belengu dengan hutang.

Nad kira bersyukur, tak tau semua tu, kalau tak agaknya nad pun buat pinjaman..hahaa. Alhamdulillah, majlis perkahwinan berjalan lancar. Sampai sekarang kitaorang hidup aman jela, takde hutang mana-mana. Yang penting hidup susah senang bersama kawww..Cuma nad la, kene fikir hutang PTPTN..hahhhha..ye, ye nad bayar..nad tak suruh  pun suami bayar..

Korang yang nak kawin tu, boleh je nak kawin grand tapi iku bajet korang. Sekarang banyak cara, kena pandai cari butik murah semua, nak decoration sendiri lagi ok. Buat semua sendiri lagi puas hati. Macam nad dulu, takda siapa nak bantu, pastu blur nak buat macam mana..hahaa..last-last nak mudahkan kerja, kitaorang pergi Pameran Pengantin MEFA..hah itulah penyelesaiannya. Masa tu diskaun pun ada, pakej pun banyak. Tinggal pilih je..okla..pesanan terakhir, jangan berhutang ye..
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Betul.. Kahwin kena elak berhutang... Terima kasih mengingatkan..

    ReplyDelete
  2. semoga kekal ke jannah :) pasangan bahagia .

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2