AKTIFNYA DIA

in , by Nadia Johari, 11:44:00
hai assalammualaikum

Aktifnya Dia - Biasalah, orang cakap setiap kandungan tak sama, ada pengalaman, sakit yang berbeza. Kalau sebelum ni, nad mengandung kali pertama, nad dapat rasa tendangan bayi masa usia kandungan 4 bulan. Dapat rasa dia bergerak pun masa nak masuk 5 bulan, tapi mengandung kali ni berbeza sikit. Nad boleh rasa tendangan dan nampak pergerakan dia masa kandunga 3 bulan.

Pregnant Kali Kedua
Adik Fariza

Ingat lagi pertengahan usia kandungan 3 bulan tu, dah rasa baby bergerak dalam perut. Uit, nad dah terkejut..hahahha. Mana taknya, baby aktif betul bila waktu malam. Itu memang biasa, tapi tu la, nad dapat rasa awal dari kandungan yang pertama. Malam tu juga dah mula sakit pinggang dan tak boleh tidur sampaila sekarang.

Pergerakan baby

Sekarang tak kira siang atau malam, tengah buat kerja ke, tengah duduk, tengah masak, baby gerak je. Gembira la juga sebab baby aktif. Ingat lagi masa nak scan kali pertama, ada appoitment doktor, doktor nak cek bila nad punya due date. Punya susah doktor tu nak scan  nak nampak baby ni. Nad dah cuak, sebab memang lama doktor tu nak detect. Tapi nad rasa dia bergerak-gerak dalam perut ni. Lepas tu doktor dapat scan, nad nampak baby mavam menendang-nendang kaki..sampai doktor cakap " duduk diam boleh tak, nak scan pun susah baby oii"..hahahaa..adoila..

Lagi masa check up 4 bulan, 2 minggu lepas, masa nurse cek perut, nak ukur tinghi rahim, nurse tu macam terkejut, sebab baru 4 bulan, baby dah panjang. Nad tak tau la maksud dia. Sebelum ni tinghi rahim 14cm, aritu cek 19cm. Kenapa, kalau 4 bulan takleh panjang ke..hahaha. Lepas tu dia ambil mesin cek denyutan jantung baby. Ada denyutan, dia tunjuk, bunyi lagi " dup..dup..dup"..alahai gembira tak terkata.

Nad harap, baby dalam kandungan ni, sihat walafiat. Membesar dengan baik. Harap baby keluar nanti sihat selalu. Korang doakan ye, nad selamat lahirkan baby dengan baik.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. best kan dengar denyutan jantung baby. heee

    ReplyDelete
  2. xsabar nak tgk adik fariza..:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. semoga semuanya baik2 belaka..

    ReplyDelete
  4. ALhamdulillah..semoga berada di dalam keadaan yang baik sehinggalah baby dilahirkan..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2