hai assalammualaikum

Pampers Bagus, Anak Selesa- Penting ke, pemilihan diaper atau pampers untuk anak-anak dan bayi?? Bagi nad sangatla penting. Sejak dah jadi mommy ni, pampers merupakan suatu benda yang perlu diambil berat. Pemilihan pampers untuk anak-anak amatlah penting bagi keselesaan anak-anak dan memastikan kulitnya sentiasa sihat dan tidak mudah terkena diaper rash apabila buang air kecil atau besar. Yela kadang kita ni tengok harga pampers murah sebab ekonomi, tapi teruknya dekat kita juga nanti dan anak kita. Biarlah keluar mahal sikit, asalkan anak selesa.

Bila pampers bagus, anak pun seronok bermain. Takda la dia tergaru-garu tak selesa ke. Ibu dengan anak menikmati setiap saat bersama-sama. Anak selesa, ibu pun senang. Takda nak tukar pampers setiap jam. Dekat luar memang banyak jenama pampers, tapi mesti ada perbezaan setiap pampers kan. Untuk Fariza, memang banyak jenis juga nad cuba pakaikan dia diapers, tapi ada pampers tu sekarang kualitinya dah menurun. Jadi nad tukar kepada pampers lain.

PAMPERS PUFIES BABY ART + DRY
Pampers Pufies Baby Art + Dry free gift Bibs dan Cosmetic bag

Pampers Pufies Baby Art + Dry Dari Motherhood

Ni la pampers baru Fariza yang nad pakaikan dekat dia. Pampers Pufies Baby Art + Dry.  Beli pampers ni siap dapat free gift cosmetics bags dan bibs baby. Korang boleh terjah website motherhood sekarang. Tengah ada promotion pampers pufies ni. Ni websitenya nad bagi. https://www.motherhood.com.my/brands/pufies

Kenapa nad pilih Diapers Pufies Baby Art + Dry ni?? sebab Produk Pufies sangat berkualiti, dan selamat untuk bayi. Pufies ni berasal daripada Bulgaria. Pampers Pufies ni tengok berat dan saiz yang berlainan. Macam fariza, berat dia 9 kg je, jadi nad pilih 7-14kg, saiz L. Okal bila dipakai dekat Fariza. Takdela besar sangat bila dia pakai. Yang penting pampers ni sentiasa kering, dia selesa dan perlindungan kebocoran berpanjangan. Itu yang nampak bila pakaikan Fariza pameprs Pufies ni.

PAMPERS PUFIES BABY ART + DRY
Corak yang menarik

Tengok corak pampers pun comel. Ada dua jenis design berbeza dalam satu pack ni..hehee. Fariza tengok pampers dia ada corak-corak macam ni, dia lagi suka. Kadang tu dia ambil sendiri pampers ni. Kreatif sangat design macam ni buat dekat pampers. Tak kisahla lepas pakai dibuang, yang penting anak suka kan.

PAMPERS PUFIES BABY ART + DRY
Selembut kapas

Bestnya pampers Pufies ni, dia sangat lembut. Getahnya pun tak terlalu ketat. Mudah sangat nak dipakai dan laraskan dekat pinggang Fariza. Jadi takdala kesan merah dekat pinggang ke apa. Kadang kan, kita nampak je tak ketat, tapi anak duk tak selesa, pegang pinggang, sebab ketat sangat. Takda ruam atau ketidakselesaan dekat Fariza. Bila kecing takde lendut ke bawah nampak penuh macam pampers lain. Lagi satu bila dia buang air besar, takdala sampai terbocor. Yang ni Fariza ok je pakai. Pembuatan pampers ni pun tidak ada bau wangian dan tidak dibuat dengan lateks. Material bahagian dalam yang sangat lembut selembut kain sutera.

PAMPERS PUFIES BABY ART + DRY
Pelekat yang mudah digunakan

PAMPERS PUFIES BABY ART + DRY
Fariza suka pakai pampers pufies

Waktu malam pakai sampaila ke pagi, pampers Pufies ni tetap macam bentuk asal. Walaupun dia kencing ntah berapa banyak dalam pampers tu..hahaa. Penyerapannya memang menakjubkan. Kalau tak caya, korang boleh tengok nad buat ni..haha. Pelekatnya pun sangat kuat dan tak mudah tercabut. Kalau macam sebelum ni, bangun je, mesti pampers dia terbuka dah pelekatnya. Dia pun gatal tangan terus buka..hahaa. Yang ni penyelamat mommmy. Fariza ni makin lama makin aktif. Jadi kena la pakai pampers yang kukuh, tak tercabut ni ha..hahaa. Kalau tak, mommy jenuh oii..

Kelebihan Pampers Pufies Baby Art + Dry

Tiada Alergen yang diketahui
Alergen adalah bahan dari alam sekitar yang walaupun tidak berbahaya, boleh menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang dengan kepekaan tinggi. Alergen yang diketahui ditakrifkan oleh Arahan EU. Ketiadaan mereka di lampin Pufies dijamin dengan perisytiharan, disediakan oleh semua pembekal untuk setiap bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan produk dan dengan ujian berkala di makmal yang diiktiraf luar.

Tiada wangian atau losyen
Wangian (termasuk yang digunakan dalam losyen) melibatkan risiko alergi dan kerengsaan kulit. Selaras dengan resipi yang betul-betul dipersiapkan daripada produk kami, tiada wangian atau losyen tambahan ditambah dalam lampin Pufies.

Tiada Toksin yang Dikenali
Toksin adalah di sekeliling kita dan boleh merosakkan organisma kanak-kanak yang sensitif.
Pufies dihasilkan hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak mengandungi sebarang bahan toksik di bawah REACH (Lampiran XVII ke Peraturan № 1907/2006 Parlimen Eropah dan Majlis mengenai Pendaftaran, Penilaian, Kebenaran dan Sekatan Bahan Kimia ). Kami menjamin ini dengan perisytiharan kepatuhan, yang disediakan oleh pembekal kami.

Tiada Pewarna Alergen dan Bukan Toksik
Hubungi dermatitis adalah salah satu reaksi alergi yang paling biasa dalam kejururawatan dan bayi. Ia paling kerap disebabkan oleh sentuhan kulit bayi yang halus dengan jenis kimia dalam negeri atau lain-lain. Hanya pewarna tidak berbahaya, yang tidak mengandungi sebarang alergen dan toksin yang diketahui, digunakan untuk lampin Pufies, seperti yang dijamin dengan perisytiharan oleh setiap pembekal kami.

Tiada lateks
Pendedahan berulang kepada latex semulajadi boleh menyebabkan tindak balas alergi. Lampin Pufies tidak mengandungi sebarang lateks semulajadi, seperti yang dijamin oleh pengisytiharan dari setiap pembekal kami.

Bebas Klorin Pulp
Beberapa cara moden pemutihan adalah berpotensi merengsakan kulit dan boleh menyebabkan reaksi alergi. Seperti yang diisytiharkan oleh pembekal kami, selulosa yang digunakan di lampin Pufies dipecahkan tanpa menggunakan mana-mana klorin unsur.

PAMPERS PUFIES BABY ART + DRY
Free gift beli pampers Pufies di Motherhood

Ni la sebab nad pilih pampers Pufies. design menarik, Fariza mudah bergerak, kulit kering dan selesa. sepanjang hari. Macam nad cakap tadi, tenagha da promosi beli pampers Pufies ni dapat bag cosmetic dengan bibs baby. Korang boleh terjah cepat-cepat dekat website motherhood https://www.motherhood.com.my/brands/pufies

Untuk lebih lanjut berkenaan pampers Pufies ni boleh ke website http://www.pufies.com/en/








SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Comelnya corak diapers ni, memang sesuailah dengan anak² sebaya Fariza.

    ReplyDelete
  2. wahh ada pampers baru lagi... x pernah nampak sblm ni.. Corak pun menarik..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya pampers ni.. klu ada anak2 yg pakai pampers mmg pilihan juga ni.. menarik :)

    ReplyDelete
  4. Comelnya pampers dia.. colorful..

    ReplyDelete
  5. Pemilihan pampers untuk anak terutama yang bayi memang kena teliti sikit sebab kulit dorang ni nipis dan mudah alah kepada air kencing. Kalau pampers tak bagus memang senang jadi ruam

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2