hai assalammualaikum

Nasi Ayam Hainan Taman Melawati - " Jom abang bawak sayang makan dekat tempat nasi ayam paling sedap. Nanti abang tengok dulu, buka tak kedai tu ". Nad jenis tak kisah pun dia nak bawak makan dekat mana,asalkan bukan tempat yang sama..hahaha. Nad lagi suka makan dekat luar..hahaha. Nak rasa juga sedap ke tidak nasi ayam yang dia cakap tu.

Nasi ayam Hainan Taman Melawati

Tempat yang dituju medan selera Taman Melawati. Mr mafia pergi survey dulu kedai tu,nad tunggu dalam kereta. Sebab dia cakap kedai tu memamg popular, ramai orang datang. Makanan cepat habis. Lepas dia pergi, dia datang balik kereta, dia cakap, " ok jom, rezeki sayang, dapat makan nasi ayam harini ".

Ayam hainan

Sampai sana dia dah order siap-siap. Ayam hainan setengah ekor dia beli untuk kami bertiga. Mak aihh..setengah ekor kau, selalu pesan nasi ayam seketul je ayam pun dah ok. Tapi tu untuk setiap sorang sepinggan la. Ni untuk bertiga, ok la kot. Lepas tu sampai nasi.

Sambal dengan kicap memang dah siap sebotol untuk setiap meja. Ni yang bagus, sebab selalunya benda yang sedap sambal dan kicap. Kalau sedap mesti rasa nak tambah. Yang ni, nak tambah banyak-banyak senang dah.

Nad tengok sekeliling, memang ramai orang makan kedai Nasi Ayam Hainan ni. Mungkin sedap, sebab tu ramai orang. Sebab tu makanan dia, cepat habis. Mr mafia cakap, owner dia cina muslim.

Bagi nad ayam dia ok, lembut. Sambal dan kicap biasa je. Biasalah tekak masing-masing. Tapi sebab dah lapar, kita tetap makan. Mr mafia cakap nasi ayam dia ada sayur. Eh pelik pulak kita, selalu sayur cuma salah dengan timun ni jela. Dia cakap ada tauge..Tapi waktu tu sayur tu dah habis. Hahaha, pertama kali dengar nasi ayam makan dengan sayur.

Korang kalau nak rasa nasi ayam hainan ni, atau nak makan tengahari sekitar Taman Melawati, servis cepat dan murah bolehlah singgah ke sini. Waze je Melawati Nasi Ayam Hainan.

Gerai Melawati Nasi Ayam Hainan
Jalan Bandar Taman Melawati Kuala lumpur.

SHARE 15 comments

Add your comment

  1. kyle jenis cerewet kalau makan nasi ayam , dia nak kuah tu sedap hehehe

    ReplyDelete
  2. tak berapa makan ayam .. huhu tk tau kenapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaii..nanti suami nak makan ayam kena masak juga..ehhee

      Delete
  3. nasi ayam hainan eh? tak pernah try lagi. biasa yg roasted je

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nasi ayam hainan tu..lama dah tak makan .. alamak tgk nasi ayam ni akk jadi lapar la malam2 buta nad oii..

    ReplyDelete
  5. Banyak sangat portion ayamnya...sedap

    ReplyDelete
  6. Bella memang suka nsi ayam Hainan. Selalu makan di uptown Damansara, Pantai Dalam dan paling suka dekat Bukit Bintang. Sup dia ada letak kacang. Memang sedap sangat.

    ReplyDelete
  7. wahh meriahnya kelab blogger ni. salam dari newbie ye

    ReplyDelete
  8. Tak pasti halal atau tak ... Tiada sijil halal disitu ... Sy makan rasa was was n x sedap hati

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2