AKHIRNYA DAPAT MAKAN JUGA DURIAN

in , , by Nadia Johari, 15:46:00
hai assalammualaikum

Akhirnya Dapat Makan Durian - Selama ni asyik tengok je orang post dekat media sosial, tengok orang makan je, akhirnya nad dapat merasa juga makan buah durian ni. Semalam update status dekat facebook, update juga dekat blog yang nad teringin nak makan durian..heheh..tak sangka, semalam juga mr mafia belikan durian.

Mungkin dia baca apa nad post kot..hahaha. Sebelum ni mintak memang tak dapat sebab takut ibu hamil boleh ke makan durian. Tapi, kita mintak tak banyak pun..huhu..dapat seulas dua pun jadila...kihkih.

Semalam mr mafia keluar pergi rumah kawan dia. Bila dia balik, nad terbau durian. Tapi tak nampak pun durian. Oh mungkin orang sebelah beli, tak pun sebab dah ngidam sangat sampai terbau-bau..huhu..dasyat kan penangan ibu mengandung ni..hahaha. Bila dah baucuba mestilah, sedapnya..tapi takde..sedih sangat.

Durian yang diidamkan

Sekali mr mafia panggil duduk dekat meja makan. Sekali nad ternampak..arrgghh duriannnnn...Wah, nak nangis rasanya. Mr mafia belikan juga..Terharu rasanya, nak nangis pun ada sebab dia belikan..sobsob. Tak kisahla bukan beli buah, tapi beli dalam bekas, asalkan dapat makan durian.

Nampak orang happy dapat durian

Nampak je macam dua ulas, tapi rupanya empat ulas..Allahuakbar rezeki mak buyung. Dapat makan empat ulas pun dah sedap. Nasib baik durian ni pun sedap. Rasa manis, masam memang yang diinginkan. Yela selalu kalau dah beli bungkus tak sedap. Ni memang rezeki sangat, durian ni sedap sangat. Sampai taknak kongsi dengan sesiapa. Mr mafiamafia beli dua bungkus. Jadi takdela berebut..hahaha. Tapi dia punya dua ulas je..hahaha.

Dibagi dekat anak, anak makan sikit je, lepas tu buat muka..hahaha..pelik sangat kot rasanya. Nad cakap " jangan jadi mat saleh sangat ye Fariza"..hahaha. Tapi ok juga, takdela kongsi durian tu dengan anak..hahaha..

Ok dah tak mengidam dah, sebab dah dapat rasa..terima kasih mr mafia. Suka beli senyap-senyap. Thank you sangat-sangat.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Mkan durian ni angin...semlm iq mcm durian..teruk kena angin...klu mengandung xdigalakkn sbb rsau memulas perut sbb angin juga. Iq dlu mkn mse pregnant kne la sakit perut..gtal nk mkn..huhu

    ReplyDelete
  2. makan cepat2 sebelum bersalin bg lepas mengidam hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2