hai assalammualaikum

Jom Menyimpan dan ayar Hutan PTPTN

Menyimpan Dan Membayar Secara Konsisten - Azam tahun ni, nad nak menyimpan dan bayar hutang secara konsisten. Sebelum ni, asyik rongak je nak menyimpan dan bayar hutang..huhuh. Setiap akhir bulan, nad akan buat semua ni. Bermula tadi, dan seterusnya. Harap murah rezeki nad sampai bila-bila dan dapat kekalkan momentum ni semua.

Semalam, lepas check up, memang dah ajak dengan mr mafia, nak pergi simpan duit, nak pergi bayar hutang. Jadi set masa macam tu. Nasib baik check up siap cepat tadi. Dapatla buat semua ni. Ada tiga tempat nad pergi, pertama maybank sebab nak tanya pasal asb, nak buat myasb,sekali simpan duit, lepas tu pergi tabung haji, simpan duit, kemaskini sekali akaun tabung haji nad dan last pergi PTPTN, bayar hutang. Sekali tanya macam mana nak transfer online duit untuk ketiga-tiga tempat ni. Biar senang, lepas ni transfer je tak perlu pergi kaunter.

Tadi pergi Maybank, agen asb, nak buat myasb. Tak lama mana pun, cuma isi borang, dipanggil nombor dah selesai. Nak aktifkan myasb, cuma buka online dan tekan www.myasb.com. Buatla ikut arahan tu, kalau tak tau, ada je orang lain dah buat, boleh ikut..hehee. Yang penting nombor telefon.

Pergi Tabung Haji, sebab nad ada buku akaun tabung haji yang nad dapat masa isi dekat tempat study dulu. Tak pernah lagi simpan dekat Tabung Haji. Nad pun tak ingat bila nad isi borang masa belajar dulu, kata kawan memang ada isi. Kira untungla, sebab mak cakap nak buka akaun Tabung Haji kena ada berapa ntah, tapi isi dalam akaun nad ada RM2.00..hehee. Buku akaun Tabung Haji pun dihantar guna pos dekat rumah lepas habis belajar. Baru sekarang nad nak menyimpan dekat Tabung Haji..ahhaa. Dasyat betul nad ni kan.

Tadi pergi Tabung Haji pun, sebenarnya nak buat buku akaun untuk Fariza juga. Dah siap-siap isi borang, rupanya kena bawak surat beranak dia. Aduh, nad terlupa nak bawak pulak. Dah kena datang hari lain nak buka buku akaun Tabung Haji anak..huhu. Nak buka buku akaun untuk anak kena bawak surat beranak dengan mykid dia. Dekat tabung Haji Kl Sentral nad pergi, ada cafe, ingat nak minum sekali mr mafia dah call..huhu.

Lepas selesai dekat Tabung Haji, pergi ke PTPTN pulak.Macam biasalah, nak bayar hutang. Lepas tu tanya sekali macam mana nak buat bayaran balik guna transfer online tanpa cas. Dia cakap guna JOMpay, semuanya ada dalam website PTPTN. Pemindahan katanya ambil masa 3 hari macam tu. Jadi lepas transfer tu, kena la screenshot pembuktian kita dah bayar. Tanya juga pasal SSPN nad dulu pernah buat. Nama bawah ayah pulak. Nad kena bawak ayah ke PTPTN, kalau nak tutup SSPN nad. Memang nak tutup pun sebab nad tak menyimpan pun dalam tu. Terbiar je. Buat pun sebab sebelum ni syarat kena ada SSPN. Duit gaji kerja kilang dulu tu dalam tu..hahaa. Nak ambil duit tu.

Lepas ni buat satu-satu dulu. Konsisten tu penting..huhu..harap boleh la..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

15 comments so far,Add yours

  1. betul2 sis..simpan dan bayar kene konsisten klu x nanti ke laut..hhehe

    ReplyDelete
  2. Lepas buka jompay kena buat apa? Saya bln 2 baru nk bayar sbb nk settle kan mara

    ReplyDelete
  3. Nknl konsisten tu la.. tkt terlajak

    ReplyDelete
  4. Sama mcm akak la... Start buat kira utk simpanan.. Asb lain.. Muamalat lain

    ReplyDelete
  5. Nak menyimpan ni kena displin kan. Rose pun dah slow-slow konsisten memyimpan..

    ReplyDelete
  6. Nak menyimpan secara konsisten tu macam susah bagi eyqa tapi kalau lebih berdisiplin, insyaAllah bolehh

    ReplyDelete
  7. baguihh nad.... nnt anak cukup 1500 lekas2 g registes haji untuk dia.

    ReplyDelete
  8. Semoga konsisten ye Nad..nak menyimpan ni bukan mudah lagi2 yang selera besar macam kita,.hahahha

    ReplyDelete
  9. moga dimudahkan urusan nad dalam menyimpan wang. ehehe. Ina takleh kata kalo nak mnyimpan ke bank,memang cepat habis.Tapi kalo simpan secara senyap2..boleh pulak.Tatau la knp.. hohihi

    ReplyDelete
  10. Ekin pun ada tabung masa tu ma yng tolong register rm2.00 jer.. Loni start menyimpan dalam account tabung haji slow2

    ReplyDelete
  11. o.. nak buka akaun kena ada surat beranak dan ic yea.. baruntahu. senang la nak standby nanti.. akaun harraz pun x buka lagi

    ReplyDelete
  12. Semoga terus konsisten menyimpan dan selesaikan hutang nad.

    ReplyDelete
  13. Bila bnyk buka acc, tp xmenyimpan pun pening jgk kn. Moga trus konsisten ye nad dlm menyelesaikan tanggungjawab utk membuat pmbyrn balik tu. ☺

    ReplyDelete
  14. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan Semoga urusan kak nad dipermudahkan 😘, insyaAllah Aamiin. Alja pun nak kurangkan shopping sbb ada tanggungjwb lg besar nak buat walaupun org kata bujang takde apa sgt, tp bujang pun ada tanggungjwb tersendiri. Bayar duit rumah, bill-2 semua. Skrg pun hold je dulu nak beli kereta sbb bkn kewajipan sgt. Tahan nafsu je ni hahaha

    ReplyDelete
  15. Awal tahun ni lah kan nak plan.Semoga dipermudahkan

    ReplyDelete