Articles by "Ephyra"
Showing posts with label Ephyra. Show all posts
hai assalammualaikum

Berlaku Keajaiban Selepas Minum Ephyra -
" Mak, fariza dah taknak minum susu tepung. Tapi dia ok, tak meragam, berak pun ok, kadang-kadang sendawa".. kata-kata nad dekat mak di dalam telefon. 
Mak pun jawab " ko minum ephyra lagi ke".
 Nad: " ahak"..


Itulah yang terjadi dekat nad selepas minum ephyra. Ya, nad amalkan minum ephyra sebelum mengandung dan semasa mengandung bila usia kandungan 5 bulan ke atas. Ada nad buat entry dekat SINI. Klik la baca. Selepas fariza lahir, nad stop dulu minum ephyra, sebab kita tak tau kesannya kepada anak kita walaupun nad tau pelakon memey mengamalkan ephyra sejak dia berpantang lagi. Lain orang, lain bodynya, mungkin ada yang boleh terima dan takda apa-apa kesan dekat baby, mungkin ada yang tak. Untuk keselamatan, nad berhenti dulu minum.

Ya, masa berpantang sampai usia baby fariza 2 bulan, dia terpaksa minum susu formula sebab susu badan nad tak banyak. Walaupun orang cakap susu ibu ni pasti ada, tapi takkan nak biarkan anak merengek je kelaparan. Kalau susu banyak mesti baby kenyang, mesti baby senyap tidur lena, ni tidak..sendawa takda, asal baring je merengek tak sudah. Jadi terpaksa bagi campuran susu formula.


Sebagai ibu, siapa taknak bagi full breastfeed. Mesti nak kan, sebab susu ibu susu terbaik. Selepas baby fariza dah masuk 3 bulan, badan pun dah kuat sikit, nad start balik minum ephyra. Baru minum satu sachet, baby fariza minum susu badan dengan kenyang. Tiba-tiba, susu badan nad jadi banyak, sampai kadang terpancut susu tu. Allahuakbar...macam tak sangka kau...nad surirumah, jadi nad tak pam pun susu. Nad bagi direct dekat baby fariza. Baby fariza pulak, kalau sedut, sedut sampai kempis..Tapi kempis-kempis pun kalau dia sedut lagi, air susu tetap mengalir. Siapa jadi ibu, taula macam mana susu mengalir tu. Alhamdulillah..nad dapat bagi susu badan dekat baby fariza.

Memang tau ephyra ni boleh tambahkan susu, tapi kadang-kadang produk yang dikatakan milkbooster boleh jadi killerbooster, tapi alhamdulillah, ephyra serasi dengan nad dan banyakkan susu badan nad.


Sekarang nad masih minum ephyra. Alhamdulillah takda apa-apa kesan dekat fariza, elok je. Lepas minum ephyra, baby fariza dah taknak susu formula atau hisap botol. Mula-mula risau gak, tapi tengok dia ok je, berak pun ok. Jimatla sikit sebab dah tak perlu beli susu tepung. Sekarang pilih baju, kene baju yang nursing friendly, senang nak nyusukan baby fariza.


Alhamdulillah, dengan susu badan ni, fariza membesar dengan sihatnya. Tengok aje pipi dia, tu simpan susu la kot..hehhe..terima kasih ephyra. Korang nak dapat ephyra boleh whatsup no 0176127097 ok..
hai assalammualaikum

Ephyra Skin Bar : Wajah Kusam Dan Berjerawat Tiada Lagi - Masalah jerawat memang takkan hilang bagi seorang wanita. Bila dah tumbuh, akan tumbuh dan tumbuh lagi. Bercampur pulak dengan wajah yang kusam..Macam nad katakan sebelum ni..masa pregnant tahap kemalasan tu tinggi lagi-lagi time trimister pertama. Nak mencuci muka pun malas. Nak dijadikan cerita masa trimister pertama, nad dekat kampung, jadi terlupalah bawak ephyra skin bar ni..dekat kampung entah pakai sabun muka siapa-siapa ntah..haha..main pakai je asalkan cuci muka..


Sampai satu tahap, muka makin jadi teruk dan kusam. Memang duduk dalam rumah jele..muka dah macam mak nenek, hantu jerangkung pun ada..hahhaha..kalau tengok gambar kat atas tu la gambar masa event #kelabbloggerbenashaari blogger day out. Dah tengah sickness pun masih nak join event. Nak buat macam mana rindu dengan mereka-mereka ni walaupun tak larat..sampai sana ada seorang akak blogger tegur "pucatnya nad, nampak sangat muka tu"..masa tu pulak jerawat tumbuh tempek alat solek tebal..tapi still nampak jugak..seee..haishh


Lepas je balik kuala lumpur..terus pakai ephyra skin bar ni. Memang terbaik ephyra skin bar ni. Dalam masa seminggu nak pakai muka dah tak kusam..makin cerah..putih tau dak..hahaha..jerawat pun dah mengecut..Nad pakai 3 kali sehari..waktu pagi, petang dan tengah malam. Almaklumla masa tu nak jadi cantik balik..Alhamdulillah..sekarang nad keluar pakai bb cream dengan bedak compact je..takde dah make up tebal-tebal..

 Cara nak guna sabun Ephyra ;
- Basuh muka
- Basahkan sabun Ephyra dengan sedikit air.
- Gosok Sabun Ephyra di telapak tapak tangan sampai keluar buih. Nad suka sabun Ephyra sebab buihnya banyak..lagi banyak lagi bagus untuk muka.
- Gosok dekat muka selama 5 minit, kasi bersih seluruh muka. Sapu lembut je. Takyah ganas-ganas..
- Lepas tu bilas dengan air.
- Kalau waktu malam, sabun ni nad buat mask..biarkan sekejap dalam 30 minit..pastu baru basuh..;)
- Bau sabun ni sangat wangi..

Ephyra Skin Bar ni pun boleh dipakai untuk badan..bagi hilangkan bau badan..atau masalah yanga ade dekat badan tu..

EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
 Kalau nak kelihatan cantik sihat dan bertenaga..bolehla whatsuup 01137943782
hai assalammualaikum

Minum Ephyra Semasa Mengandung - Masa mengandung ni nad alah takdelah alah sangat tapi ada gak alahnya..macam bila makan sesuatu pasti muntah balik..badan lemah..malas melanda..macam-macm lagi la..ada nad cerita dekat SINI. Jadi nad kene cari suplement untuk kembalikan tenaga ni. Sebelum mengandung nad ada amalkan epnyhra, tapi lepas disahkan hamil nad terpaksa berenti sekejap dalam 3 bulan sebab disyorkan bagi ibu mengandung minum ephyra lepas 5 bulan ke atas.


Untuk menjaga bayi dalam kandungan, yela anak sulung, nad ikut arahan. Lepas je empat bulan lebih hampir 5 bulan, baru nad minum balik Ephyra ni. Alhamdulillah lepas je minum nad kembali seperti dulu. Kembali bertenaga, mampu buat kerja itu ini..hahaha..nad ni memnag tak boleh duduk diam..ada sahaja kerja nak buat. Walaupun orang suruh duduk rehat,jaga diri, tapi biasalah kita perempuan ada je nak buatnya. Mengemas memang takkan berhenti..sejak mengandung lagi bertambah rajin..hahaa..tapi tetap jaga kandungan..baby kuat macam mummynya...


Korang tau kan, kalau masa mengandung ni semuanya malas. Nak mandi pun malas, apa lagi cuci muka. Time mula-mula mengandung nad naik jerawat, mak cakap "pembawakan budak"..katanya..tapi masa mengandung nad memang malas nak cuci muka..mandi pun kadang sekali sehari..ahhaa..macam mana muka tak jadi teruk. aklau boleh nak tidur je. Ramai cakap muka pucat..kusam..haishh..


Tapi lepas minum ephyra, muka kembali cergas, ceria semula..jerawat pun makin kecut..tu sebab nad suka dengan Ephyra. Ephyra bukan untuk cantik dan tenaga, kalau minum semasa mengandung sangat bagus untuk baby.


Kenapa #EPHYRA bagus untuk ibu mengandung? 
- Membekalkan protein untuk membina sel, tisum enzim dan otot ibu dan baby dalam kandungan. 

- Membantu penyerapan zat dan nutrien dari makanan 
- Mengurangkan risiko janin menjadi cacat 
- Membantu penghasilan susu badan
- Membekalkan zat besi untuk penghasilan darah yang cukup. 

- Elakkan pitam dan anemia (kekurangan sel darah merah) 
- Wajah tidak kelihatan pucat 
- Membantu mengawal tekanan 

- Mengelakkan pigmentasi pada kulit 
- Membantu kelembapan kulit. 
- Membantu pembebasan tenaga dari makanan 
- Penting untuk pembentukan darah dan hormon 

- Mengelakkan kekejangan otot dan sakit badan 
- Mengelakkan sembelit. Senang membuang dan lawas 
- Membantu mengawal stress pada ibu 
- Membantu mengawal berat badan semasa mengandung dengan memecahkan lemak 

ibu mengandung di galakkan amik hanya pada kandungan 4 bulan ke atas..sebab nya..tempoh trimester pertama selalunya ibu mengandung mengalami tempoh morning sickness kan, jadi bila fasa morning sickness dah hampir pulih, barulah digalakkan minum Ephyra. Yela awal trimister kau mabuk teruk pastu muntah kan membazir..
Jadi.. jom lah kite try ephyra ni..lagi2 di galakkan tuk ibu mengandung jugak..nad sendiri consume memang dapat banyak khasiat nya...insyaa Allah..

 Nak order bolehla whatsuup nad..bila elok nad kongsi apa yang bagus..nak raya ni mesti nak cantik..ok..whatsuup 01137943782..

hai assalammualaikum 

Masa Terbaik Mengambil Ephyra - Seperti yang kita tahu Ephyra kini telah medapat sambutan ramai kerana khasiatnya yang dapat membantu memulihkan kesihatan bukan sahaja luaran malah dalaman. Pelbagai testimoni yang telah diperolehi setelah minum Ephyra ini seperti muka nampak lebih ceria, lebih bertenaga, jerawat makin hilang, penyakit ectzema hilang dan macam-macam lagi. 

Seperti nad, nad juga telah mengamalkan minuman Ephyra ini. Rasanya yang sangat sedap dan mudah disediakan. Nad selalu mengambil ephyra sebelum tidur. Ephyra ini seeloknya (best result) diambil 2 kali sehari, iaitu sebelum sarapan pagi atau sebelum tidur malam. Asalkan ketika perut kosong.

entry ; Apa Itu ephyra 

Cara Pengambilan Ephyra 

 

Cara minum Ephyra:

1) Ambil 1 paket sehari sebelum sarapan atau sebelum tidur.
2) Untuk kesan lebih cepat, boleh ambil 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan malam.
3) Tuangkan 1 paket Ephyra ke dalam gelas yang berisi air suam 180ml. Elakkan dari mencampurkan      dengan air panas dikhuatiri akan memusnahkan nutrient yg ada di dalam collagen Ephyra.
4) Kacau sehingga larut dan sedia untuk diminum.

note: minum air putih banyak at least 12 gelas sehari supaya toksin dalam badan senang dikeluarkan.


Masa Terbaik Mengambil Ephyra


Sebelah pagi
- perlu diambil sebelum sarapan semasa perut kosong untuk penyerapan maksimum dalam badan supaya vitamin yang terkandung dalam Ephyra dapat berfungsi dengan baik. Jika anda ingin minum minuman kafein pada waktu pagi boleh diambil minuman kafein dulu selepas itu 5 jam amik Ephyra @ vitamin c. Ataupun sebaliknya.

Sebelah malam
- perlu diambil sebelum tidur untuk membaiki dan memulihkan sel-sel badan semasa tidur. Semasa kita tidur waktu tu la Ephyra berfungsi.

Banyak khasiat yang terkandung dalam Ephyra. Namun kesannya terhadap individu mungkin berbeza. Cubalah ephyra untuk mengetahui kesan baik pada diri anda.Testimoni daripada rakan nad sendiri yang beli Ephyra dengan nad..nak cuba boleh dengan trial pack..kalau nak order boleh whatssup di nombor 01137943782








hai assalammualaikum

Ephyra Skin Bar Memberi Kesan Yang Menakjubkan - Ephyra!!..Ephyra!!..Ephyra!!..asyik ephyra je..elok ke..Halooo kalau tak elok takdenya nad nak heboh-heboh pasal Ephyra ni, Sebab die beri kesan yang positive la nad tetap setia dengan Ephyra...hehee...

Masalah nad sekarang ialah Lingkaran bawah mata yang gelap. Dah macam panda dah mata nad ni, sebabnya setiap malam nad tidur lewat. Bukan sengaja, tapi kadang-kadang temankan suami buat kerja, lagi satu sebab rumah nad berdekatan dengan jalan raya, jadi setiap malam akan terlalu bising dengan bunyi kenderaan..tidur pun jadi tak lena. Kadang lepas subuh baru dapat tidur. Macam mana mata tak jadi panda.

Selain itu, masalah kulit berjerawat. Memang masalah ni, nad hadapi sejak dari sem 1 masuk Universiti, lagi.. Cuba bayangkan selama bertahun muka nad terpaksa berdepan dengan orang dengan muka yang problem ni sehinggal meninggalkan bekas. Bekas jerawat yang masih ada membuatkan nad tak yakin nak keluar jumpa orang. Kadang-kadang perlu keluar jugak, yela keje blogger, pergi event sana sini. Jadi jalan penyelesaiannya kene mekap tebal-tebal..Dah kalau mekap tebal, mesti lama-lama muka berminyak..sebab muka berminyakla jerawat tumbuh balik. Dah macam-macam produk pencuci muka nad guna, berkesan pada mulanya tapi tak lama.

 Mukalah tempat yang paling penting dalam hidup kita, sebab orang menatap wajah kita kan. Ephyra macam paham-paham je masalah nad kan. Love it Ephyra...


Ephyra seperti memahami masalah diriku..hehee..kini Ephyra mengeluarkan satu produk baru tau..ape dia..ahak... Seperti yang korang tahu, Ephyra mengeluarkan minuman suplemen kesihatan yang memberikan kebaikan  dalaman dan luaran untuk kecantikan badan kita supaya sentiasa sihat, cantik dan bertenaga, tapi sekarang Ephyra sudah menambah produk terbaru mereka iaitu Ephyra Skin Bar. Ephyra Skin Bar ni produk berbentuk sabun khas untuk muka dan badan.

Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten. Macam mana nad tak teruja kan bila dapat cuba sabun muka keluaran terbaru Oceanlife ni..huhuhuhu..

Maklumat sedikit tentang Ephyra Skin Bar ni..:
- Menggebu dan mencerahkan kulit
- Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
- Menghilangkan parut dan kedutan
- Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
- Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah

EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Nak tau lebih lanjut boleh baca dekat SINI 


Nad guna 3 kali sehari..sebab nak kesan yang berkesan dan cepat..Nad guna waktu pagi, malam dan sebelum tidur. Cara nak guna sabun Ephyra ;
- Basuh muka
- Basahkan sabun Ephyra dengan sedikit air.
- Gosok Sabun Ephyra di telapak tapak tangan sampai keluar buih. Nad suka sabun Ephyra sebab buihnya banyak..lagi banyak lagi bagus untuk muka.
- Gosok dekat muka selama 5 minit, kasi bersih seluruh muka. Sapu lembut je. Takyah ganas-ganas..
- Lepas tu bilas dengan air.
- Kalau waktu malam, sabun ni nad buat mask..biarkan sekejap dalam 30 minit..pastu baru basuh..;)
- Bau sabun ni sangat wangi..

Perubahan Nad alami dengan menggunakan Ephyra Skin Bar


Selepas sebulan nad guna, kesannya sangat menakjubkan. Apa yang nad tengok, perubahan yang ketara bila menggunakan Ephyra Skin Bar ni. Nad dapati kulit bawah mata nad dah semakin kurang gelap, malah ia memutihkan muka nad..hahaa..kita nak hilangkan mata panda tapi dapat lebih dari tu..memang best la...Kalau perasan dekat gambar, lingkaran bawah mata nad dah takde macam sebelum tu..mata nampak lebih cergas je..dah hilang dah mata panda..hehee


Nampak tak bekas jerawat pun dah makin hilang walaupun tak 100%..yang penting bekas hitam-hitam dah tak nampak. Lagi satu sekarang nad keluar tak pakai makeup tebal-tebal. Kadang just tempek bedak compact je..anyonyonyo..Sabun ni sebenarnya bukan sahaja untuk muka, malah untuk badan juga..wahh best kan..Nad ade cuba pakai letak bawah lengan ketiak ni..hehehe..memang best..Kesan boleh dilihat seawal seminggu iaitu 7 hari..dah la wangi..

Kesan ni hilang bukan sekelip mata sahaja, tapi ambil masa sahaja..Jadi penggunaan Ephyra Skin Bar memberi kesan yang menakjubkan kepada wajah anda.

Sabun seberat 50g ni mampu bertahan selama sebulan..Tapi nad terpaksa potong sebab sayang, nanati cepat habis..hehe.. Berapa harga Ephyra Skin Bar ni? Sudah tentu mampu dimiliki oleh semua hanya RM40 sekotak
 
Nak tau lebih lanjut..boleh layari:
Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.
hai assalammualaikum

Ephyra Idamanku : Beri Kesan Positif - Sebelum itu nad ingin berterima kasih kepada kak Mialiana dan pengasas Ephyra Puan Amiza kerana memilih nad sebagai pemenang untuk pantun terbaik Ephyra. Orang sekarang ni semua nak cantik bukan sahaja wanita malah lelaki pun nak nampak hensem. Kalau tengok televisyen, majalah, suratkhabar mesti banyak iklan kecantikan kan, dan kita akan terpengaruh nak beli sebab tengok muka diaorang makin cantik, tapi tak semua produk kecantikan sesuai dengan kulit kita. Ada yang sanggup berhabis beribu ringgit untuk mencuba pelbagai jenis produk kecantikan.Sifat manusia nak sentiasa kekal cantik.

Ephyra Idamanku Untuk Penjagaan Dalaman



Nak cantik bukan sahaja penjagaan luaran malah penjagaan dalaman mesti dititiberatkan, barulah berkesan. Kesihatan kita ni seperti enjin kereta, kene servis, kene cek mana yang tak elok dan di tukar kepada yang baik, barulah kereta tu tahan lama. Macam tu jugakla badan kita, perlu ade supplement untuk kecantikan dalaman dan luaran. Banyak dah nad gunakan produk kecantikan untuk nampak tampil ayu tapi itu hanya luaran sahaja. Nad tak pernah lagi guna produk kecantikan untuk dalaman sebab kurang percaya dengan produk yang ditunjukkan, tetapi setelah nad membaca review daripada semua blogger yang telah mencuba produk ni dan banyak kesan positif yang diberi mengatakan kulit mereka gebus,mulus kebabom nad pun tak teragak-agak untuk mencubanya juga. Akhirnya nad memilih Ephyra untuk supplement dalam badan.

Sudah lama nad mencari produk kecantikan dalaman jenis air, sebab bagi nad supplement jenis air sangat berkesan untuk kecantikan kerana air menyerap terus dalam badan dan akan mengalir ke seluruh dalam badan berbanding pil. Review nad tentang Ephyra memang ikhlas dari hati Ephyra memang berkesan. Ini kotak ke tiga nad mencuba Ephyra dan alhamdulillah masalah nad alami sedikit demi sedikit berubah walaupun tak 100%. Ephyra ni bukan sahaja untuk cantik tapi untuk kesihatan kita. Kita mestila nak sihat selalu kan, lagi-lagi dalam bulan puasa ni, nak kekal bertenaga. Nak raya lagi nak mengemas rumah. Ephyra ni rasanya oren, sedap..memang segar je lepas minum Ephyra ni.

Beri Perubahan Positif

1) Jerawat dan bekas jerawat makin berkurangan




Dulu kulit nad bersih daripada jerawat dan kulit berminyak, tapi sejak masuk study di UUM, muka nad makin hari makin bertambah jerawat, mungkin disebabkan faktor persekitaran yang berbeza. Nad pun dengan gatalnya mencuba pelbagai produk seperti krim muka, krim jerawat untuk menghilangkan jerawat tapi jerawat makin tumbuh bukan makin berkurang. Perempuan kalau nampak jerawat memang tak keruan..hehe. Kadang-kadang malu nak keluar nak jumpa orang. Nad terpaksa mekap tebal-tebal untuk menutup cela tu. Alhamdulillah selepas nad jumpa Ephyra perubahan tu nampak bila jerawat makin berkurangan, bekas-bekas jerawat pun semakin pudar. Jerawat pun dah kurang tumbuh dan makin mengecut. Makin lama makin berseri..huhuu. Mekap pun dah tak perlu nak tebal-tebal. Suami dah tegur muka nad dah kurang jerawat...aummm


2) Kulit Semakin Segar Tanpa Minyak


Nad memang jenis kulit berminyak. Nad pula jenis suka tido lewat, bangun pun lewat, jadi kesegaran dekat muka dah takda. Kalau pakai makeup mesti bahagian hidung akan berminyak bila lama bawah cahaya matahari. Bila pakai bedak compact nanti bedak tu akan melekat dekat tudung. Lepas guna Ephyra, nad rasa muka ni ringan je tanpa minyak dan kesegaran muka terasa. Lembut je bila pegang muka ni. Kulit kusam pun dah takde sebab Ephyra menggalakkan pertumbuhan sel baru. Hari-hari boleh keluar tanpa sebarang masalah.  Wah !! rasa gorgeous macam memey pulak lepas minum Ephyra ni..kihkih..


3) Beri Tenaga

Masa nad bekerja, semua kerja nad kene buat, dari buat delivery order ke invoice, buat cek stok, pikir itu ini, memang tak menang tangan. Bila nad mula amalkan minum Ephyra, semua kerja nad buat tu dengan lancar. Selepas kawin ni, nad belum bekerja lagi dan menjadi suri rumah. Semua kerja rumah nad buat, dari mengemas, memasak, dan sebagainya. Lagi-lagi bulan puasa ni kene bangun awal sediakan makanan untuk suami. Alhamdulillah, dengan minum Ephyra tenaga yang ada dalam badan tu dapat membantu nad membuat kerja rumah dengan baik. Nak kemas rumah untuk raya pun semangat..hehe..superwoman ok..


Apa yang nad alami, betul-betul berlaku dekat nad. banyak lagi perubahan yang berlaku selain di atas seperti period dah semakin teratur. tapi lepas kawin ni period tak teratur ade isila tu..hehe..Insyallah. Ramai yang telah mencuba memang terbukti beri kesan positif. Jangan ragu-ragu lagi tentang Ephyra ni.

Cara Pengambilan Ephyra 



Nad minum Ephyra ni pada waktu malam sebelum tido sebab masa tu la badan kita nak rehat dan penyerapan maksimum collagen berlaku. Masa puasa ni nad minum waktu sahur juga untuk tenaga yanag lebih.

1) Masukkan 1 Sachet Ephyra ke dalam botol shaker
2) Tuang Air kosong atau air sejuk dalam botol sebanyak 180 ml (jangan guna air panas )
3) Goncang
4) Minum
Makin comel orang ni sejak minum Ephyra..hahhha...Akhirnya ku temu jua supplemnet, vitamin c yang sesuai untuk diriku dan badanku. Oh Ephyra kau selalu diahtiku. Sesiapa nak order boleh order dengan nad juga. Nad pun jadi dealer kecil-kecilan juga. Kalau positif memang nad berani jual ler..hehe..nak tau ape itu Ephyra..korang boleh baca SINI

nak tau lebih lanjut pasal Ephyra


no.telefon : 03 - 41417889
handphone : 019 - 3999238
email : info@oceanlife2u.com












hai assalammualaikum

Ephyra Treasure Hunt Menguji Mental Dan Fizikal - Sebelum ni nad ada buat entry berkenaan Treasure Hunt oleh Ephyra dimana 28 orang blogger dikehendaki untuk menyertai treasure hunt ini. Treasure Hunt ini telah diadakan pada 24 Mei 2014 di Putrajaya pada hari Sabtu semasa Festival Belia dan Karnival Jom Heboh diadakan. 

Dah lama tak sertai permainan seperti ini, kalau dulu time study ada la kan. Treasure Hunt adalah salah satu permainan dimana pemain dalam setiap pasukan mempunyai satu atau lebih orang yang diberikan tugasan untuk mendapatkan benda yang tersembunyi, lokasi atau tempat dengan menggunakn petunjuk yang diberikan sehingga ke penamat. Permainan dibuat di dalam atau di luar kawasan. Permainan Treasure Hunt ni menguji ketahanan mental dan fizikal kita kerana kita perlu berfikir dan mencari jawapan..dia game ini menguji nad sendiri dalam bab line telefon..nak tau..meh baca lagi..hahaha..


Treasure Hunt ini telah dianjurkan oleh pihak Ephyra dan Team Denaihati. Game ini khas untuk para blogger dan Nad join event ni sebab nak berkenalan dengan blogger lain dan berjumpa dengan team denaihati serta pengasaa Ephyra sendiri. Selain itu untuk membakar lemak-lemak yang ada dalam badan setelah sebulan duduk dekat rumah..haha. Alang-alang my husband ada buka booth dekat Putrajaya, nad pun mintak izin dia la nak join..yeahh dia bagi..Kami semua diminta untuk berkumpul di Puspanita Puri Presint 10. Masa nad sampai dah ada blogger lain sampai..uish malu deh..wa tak kenai sapa-sapa ni..haha..tapi ni la blogger selepas berjumpa pasti havoc..




BLOGGER FIZA FANTAGIRO
BLOGGER LADFE

Selepas semua peserta ada, kami semua perlu daftarkan diri dan diberi makanan, minuman dan pakain Ephyra. Uishh baju limited edition je tu..tak sia-sia masuk Treasure Hunt ni..hehehhe..Bro Kid telah memberi taklimat dan pembahagian kumpulan telah dilakukan. Nad dimasukkan ke group EphyraTeam1 bersama bang Ladfe, Bang Man dan Fiza Fantaghiro..Bang Ladfe pendiam..pemalu kot orangnya..wakaka..nad lagila malu..Sebelum bertolak pengasas ephyra Puan Amiza telah memberi taklimat yang membakar semangat kitaorang..wah gitu..hehe..dan dia telah berikan nama kumpulan kami mengikut bahan-bahan yang terkandung dalam Ephyra..nak tau kitaorang dapat ape..bahan yang paling payah disebut Antaxanthin..kau sebut betul-betul..belit-belit lidah ni..wakaka..




Masa ni gak kitaorang dapat task individu dimana perlu minum air Ephyra dan buat instavideo. Pertama nad buat tak jadi sebab last tergelak dan terlalu panjang nak masuk intagram. Nad baru dapat tau yang daripada instagram boleh buat video pendek dan cut ditunjuk oleh Fiza. Kali kedua menjadi dan buat video terus daripada instagram tapi yang menguji mental nad sebab tak boleh upload..sudah masa tu nad tak tau nak buat ape..nak kata line ok..memang ok..penuh..nak kata penuh ..dah padam mana tak berkenaan..kat situ dah menjadi masalah pulak..nad cuba banyak kali..tak lepas-lepas jugak..takpe nad sabar dulu terus ke task seterusnya..( jangan tanya kenapa video aku terbalik)




Task seterusnya bila kami semua diminta untuk ke Taman Botani Putrajaya. Selepas berjumpa dengan Bro Kid, kami diminta untuk menjawab soalan yand disediakan..tugasan ini adalah mengenalpasti nama spesis pokok dan nama panggilan tempatan pokok tersebut mengikut nombor yang telah diberi. Ada satu soalan tu menggunakan kod kotak..dengan kecekapan bang man..akhirnya dapat meneka..tetapi sebenarnya bukan jawapannya suruh letak nombor, dia suruh cari poko yang bernombor 516 tu..wakaka..masa ni nad dok pikir lagi dengan instavideo Ephyra tu..tak lepas-lepas jugak..







Task seterusnya ialah perlu berselfie di Billboard Ephyra berhampiran Exit Bangi. Sepatutnya Exit Bangi di tepi highway ni selepas tol kajang menghala selatan tetapi kami telah tersasar sampai la ke tol Sungai Ramal..wakaka..jauh nor kitaorang berjalan. DEngan keadaan tenang walaupun nad tak tenang sebab instavideo tak lepas-lepas tapi buat muka tenang jugak..kami semua berpatah balik mengikut jalan yang betul. Kami terpikir sebab task seterusnya ke KLIA, jadi kami mengikut laluan ke KLIA dan akhirnya jumpala bilboard Ephyra..alhamdulillah..perempuan bila bab selfie memang pakar..kau suruhla dia wat macam-macam..takda makna perkataan segan silu..haha..






Sampai je di KLIA2, jakun sekejap...hahhaa..kalau lepasni orang cakap, "dah sampai KLIA2"..aku mestilah cakap "Dah"..hahaa..Task di KLIA2 kene cari Starbuck untuk bertemu dengan Team Denaihati..kami rasa kami pasukan yang terlewat tapi ada lagi yang lewat..huhuhu..task dekat sini pulak..mak aihh task macam-macam ok..yang pertama kene cari nama kedai yang berada di level 2 dan 3 di KLIA2 ni..pegila berlari sakan..



selepas itu kene patah balik ke Starbuck dan diberi tugasan lain..kali ini perlu bergambar dengan pelancong asing..mujurla nad ternampak pelancong omputih lalu..tanpa segan silu lagi nad mengajak dia mengambil gambar..nasib ko hensem..wakakaka..masa ni masih berfikir lagi dengan instavideo nad..hahaha..selepas itu kami kene berselfie pula dengan landmark KLIA 2.. kau suruhla kami bergambar memang keje blogger suka bergambar..haha..


Selepas itu, task kami yang paling mencabar perlu mencari lelaki berbaju biru dan menerangkan tentang Ephyra dengan menggunakan instagvideo. Memang menguji mental betul bila line tak berapa nak ok..nad punyer pulak problem dengan gambar tak lepas-lepas dekat instagram ditambah dengan video Ephyra tu..adeh..kami hanya dapat buat tugasan ini sahaja..tidak sempat untuk membuat tugasan lain disebabkan internet tak menyelebahi kami..tapi kami tetap tenang..hehe..


Selesai tugasan apa lagi amik gambar kenangan dekat KLIA2 la bersama dengan peserta yang lain..masa tu nad cuba upload gambar alhamdulillah lepas.dan nad terpaksa mengambil video Ephyra yang tak jadi untuk task pertama..Alhamdulillah lepas..kalau tak leps mood dah kelaut agaknya..Masa ni kami diberi tugasan untuk menjawab soalan dalam Bahasa English..wah gitu..menguji minda betul..fizikal apatah lagi..


Selepas.itu kami semua berhenti di Mcdonald untuk berehat sebentar sebelum meneruskan tugasan. Menu tengahari ialah Nasi Ayam..berhenti dekat Mcdonald tapi makan nasi ayam..haha..ok..kenyang perut suka hati..hehehe..Task soalan itu pun telah diberikan..




Lokasi terakhir adalah di booth Ephyra di Karnival Jom Heboh. Arahan yang diberikan perlu pergi ke Park and Ride di PICC dan menaiki bas shuttle untuk ke booth Ephyra, tetapi mempunyai masalah teknikal dimana tiada parking disitu dan kami telah dibenarkan untuk ke booth terus..ni lagi satu menguji mental betul bila tak dapat parking dan jem..almaklumla time tu ade Festival Belia dan Jom Heboh, maunya tak jem. Kami semua tetap tenang dan bergurau lagi sambil mengingat semula cheer kami..hahaha..Nak tau mcam mana kami dapat parking,?..haha..Fiza pergi mengangkat penghalang jalan tu dan kami masuk tempat parking tu..hahhaa..Fiza memang power..nasib baik penbahagi jalan tu tak berat..kihkihkih..kami semua pun berlari ke booth Ephyra dan kami la yang paling terakhir sekali..hahaa...tu la team EphyraTeam1, Team Antaxanthin sentiasa lewat tetapi muka tenang..wakakka..










Sampai di booth ephyra Norman Hakim, Memey suhaiza dan Puan Amiza dan menunggu..sampai dekat sana ada pulak task lain..task BLIND SOCCER. Kumpulan kami berpeluang untuk menentang dengan kumpulan Norman Hakim disebabkan kami yang paling last..haha..syok ler..permainan ni dua orang dalam pasukan perlu menutup mata dan menendang bola masuk ke dalam gol dengan mendengar arahan daripada pasukan lain. Masa ni Fiza tukang memberikan arahan dan nad tukang amik gambar..haha..Pasukan kami menang dengan 2-0..

Saat-saat yang ditunggu iaitu pengumuman pemenang..Ya Allah punyerla terkejut kami dapat tempat ke empat..walaupun banyak dugaan yang kami lalui..dan paling last..hehe..lagi satu je nak tempat ketiga..tapi takpe..nad enjoy ok..

 

balik pun bukan dengan tangan kosong..ade goodies yang sangat-sangat awesome..aumm..aumm..


Pemenang-pemenang Ephyra Treasure Hunt 2014

Pemenang tempat pertama

Tempat kedua


Tempat ketiga



Kereta yang banyak berjasa semasa Treasure Hunt..huhuhu.. 




Inila dia Pengasas ephyra Puan Amiza Amiruddin. Alhamdulillah kini beliau berhijab..sungguh ayu dan cantik..nak tau apa rahsianya..mestilah minum minuman berkhasiat iaitu ephyra..Nad sendiri telah mencuba Ephyra dan kesannya memang baik..kalau nak baca tekan bawah ni




Duta Ephyra..Norman Hakim dan Memey suhaiza




Apa itu ephyra?
EPHYRA dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum.Digabung dengan 9 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui, memberikan apa yang diperlukan oleh kulit anda,Lindungi kulit anda dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya serlahkan keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Hasilnya – kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda!

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan set Ephyra, bolehlah mendapatkannya dengan harga promosi RM180/1 premium pack (30 sachets)...atau boleh beli dengan saya..hehe
Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di :
Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : @ephyra2u
Alamat :
Ocean Marketing Sdn Bhd,
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur 
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com




Ephyra Treasure Hunt memang bestttttttttttttttttt..