Articles by "Informasi"
Showing posts with label Informasi. Show all posts
hai assalammualaikum


Jual Bayi Secara Online

Berita Bayi Dijual Secara Online Telah Diselamatkan - Semalam nad tengok berita TV3. Lama dah tak tengok berita ni. Lepas tu, ternampak berita tentang jual bayi secara online atau di laman talian. Bayi yang ditunjukkan muka dan ditulis " twin for let her go "..harga RM 15k..Dah macam jual barang pulak nad rasa sebab dia sebut " let go "..

Mungkin pasangan ni ada masalah kewangan atau ada yang berlaku disebaliknya. Tapi ada cakap, mak ayah umur masih muda, kalau masalah kewangan, boleh je bekerja. Takde alasan nak jual anak. Sudahla kembar, Allahu, sanggup pulak nak jual anak senang-senang macam tu. Orang lain ada yang susah nak dapat anak, berusaha nak anak. Yang senang dapat anak, senang-senang nak jual. Ada tu sanggup buang anak. Apalah manusia macam ni. Nad ni teringin nak kembar, tapi belum dapat lagi. Dah ada anak ni, kira bersyukur dah.

Lagi satu, jual anak secara online. Memang la akan dilihat orang. Sebab zaman sekarang, cari apa-apa secara online. Mudah dan senang kan. Bayi ni kira bertuah, sebab yang tengok iklan jual bayi ni, orang yang prihatin. Orang ni pergi report dekat balai polis dan alhamdulillah telah diselamatkan. Cuba bayangkan kalau di lihat dengan orang yang jual bayi juga atau orang jahat, beli dan buat benda tak baik dekat, bayi kembar tu. Allahuakbar..sedih tau.

Oh, nad baru google, rupanya pasangan itu telah melakukan perkara terkutuk dan perempuan itu mengandung. Jadi, paham-pahan jela, " lahirkan anak luar nikah "..taknak bertanggungjawab ke atas perbuatannya, nak bebas katanya..bodoh..pastu nak bagi anak dekat orang tapi takkan nak bagip macam tu je..bengapnya la..korang nak baca boleh pergi SINI..baca pun rasa nak hempuk je..

Fikirlah sebelum melakukan sesuatu..Bila dah jadi macam ni, tanggungjawabla.
hai assalammualaikum

Telur Digemari Semua Orang - Siapa tak suka makan telur ayam. Semua orang suka kan. Kalau ada yang tak suka tu, berapa kerat jela kan. Tapi pelik la kalau tak suka, swbab telur ayam ni macam-macam boleh dibuatnya. Buat telur dadar, telur rebus, telur setengah masak ( kegemaranku), lauk telur macam telur sambal, telur masak lemak. Telur juga dibuat dalam kek. Hah!!, banyak kan kegunaan telur ni. Laku sangat telur ayam ni.


Kalau dekat rumah mak ayah ni, telur ayam wajib ada. Beli berpapan-papan. Tak cukup sepapan. Kalau dah tak tau nak masak apa, buatla telur dadar. 5 biji telur dadar diperlukan oii. Tu pun tak cukup, kena buat dua kali telur dadar. Anak buah ramai, masak sepinggan mesti habis punya..Jadi kena sediakan 2 pingga telur dadar bersamaan 10 biji telur ayam..haha. Kat sini kalau masak telur dadar memang cepat habis. Kalau tak pun petang-petang makan telur hancur dengan roti. Gitu..

Kebaikan Makan Telur Ayam

Telur ni ada kebaikan dan keburukannya jika makan. Biasalah, selalu makanan mesti ada pro dan contra jika tak diambil secara kesimbangan. Nad baca, keburukan kalau makan telur setiap hari, akan menyebabkan kolesterol, menaikkan berat badan, ketidakseimbangan hormon, naik jerawat dan macam-macam lagi la. Tapi takkan nak makan setiap hari kan. Nad pun boleh jemu. Takkan korang tak jemu kot. Banyak lagi makanan yang ada, korang boleh makan.


Kalau nak tau telur ayam ni banyak kebaikannya. Bahagian putih telur ayam mengandungi protein-albumin dan tidak mengandungi vitamin larut lemak. Apa yang agak unik ialah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil ‘avidin’, iaitu sejenis bahan antibiotic semulajadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur itu. Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Dikatakan kuning telur yang menyebabkan kolesterol, tapi korang kena tau, selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting. Di antaranya ialah 67 mg sulfur daripada keperluan kita seharian. Jumlah ini bukan mudah untuk kita perolehi dalam lain-lain makanan.

Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolesetrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolesterol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah satu faktor penyebab serangan sakit jantung.

Itu adalah antaranya. Jadi boleh je makan telur ayam, jangan makan selalu.
hai assalammualaikum

BRIM 2017 Fasa Ketiga

Brim 2017 Fasa Ketiga - Seperti kita tau, BRIM masuk berperingkat-peringkat. Fasa pertama pada februari, tapi nad dapat pada March ( BRIM Pertama ), fasa kedua pula nad dapat pada June ( BRIM Kedua ) dan fasa ketiga, iaitu fasa terakhir untuk mereka yang berkeluarga dapat pada bulan Ogos. Haritu nampak dekat berita dah beritahu pasal BRIM fasa terakhir tu, tapi masa tu tak masuk lagi dalam bank nad.


Lepas tu, nad cek maybank2u, alhamdulillah, dah masuk. Semua duit BRIM yang berperingkat masuk tu nad simpan. Tak guna pun. Dah dapat tu kena la simpan bagi tambah duit. Kena guna dengan betul dan jangan boros. Masuk pun berperingkat, bukan sekaligus, sayang kalau guna. Kalau dulu dapat masa bujang memnag gunala..hahaa. Dah berkeluarga ni, nampak betapa pentingnya duit untuk masa depan.



BRIM dapat ni, untuk mereka yang dapat RM400 dan RM 300.

BR1M 2017 telah pun diumumkan melalui laman web rasmi ebr1m. Jangan lupa untuk mengemaskini butir peribadi anda untuk BR1M 2018 yang akan datang dan dengar cerita bayaran akan dinaikkan.

Pemohon disarankan melayari Portal Rasmi e-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my kerana sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dalam Portal rasmi tersebut

Sila ambil perhatian terhadap setiap pemberitahuan. Peringatan yang dinyatakan dalam Portal Rasmi e-BR1M.


hai assalammualaikum

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, . Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada golongan-golongan tertentu (asnaf) setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang LIMA.


Pusat Punggutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) merupakan sebuah agensi yang berperanan sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip semua jenis zakat harta, di Wilayah Persekutuan. PPZ-MAIWP telah diberikan tanggungjawab oleh pihak MAIWP bagi mengutip semua jenis zakat di Wilayah Persekutuan iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ( tiada institusi lain yang dilantik untuk mengutip zakat harta selain PPZ-MAIWP di wilayah persekutuan ) . PPZ bukan uruskan untuk semua negeri, lain negeri lain nama pusat pungutan zakat dia ye. Sila ambil tahu tau!!.

Setiap zakat yang telah dikutip akan diserahkan kepada Baitulmal-MAIWP. Baitulmal-MAIWP akan mengagihkan setiap zakat kepada golongan asnaf yang berhak menerimanya. Boleh nampak kan dia punya prosedur supaya setiap asnaf yang berhak dapat menerima zakat secara adil dan saksama.

Isu Membayar Zakat Kepada Amil Yang Tidak Bertauliah

Dalam dunia ni, zakat pun ada juga orang nak ambil kesempatan. Ada antara individu yang sanggup menipu bahawa dia la pengutip zakat. Umat Islam selaku pembayar zakat dinasihatkan agar berhati-hati supaya tidak mempercayai individu tertentu yang mungkin menyamar sebagai pengutip zakat bagi pihak institusi zakat atau organisasi. Sebelum membuat pembayaran zakat, eloklah selidik dulu, amil yang telah didaftarkan oleh PPZ-MAIWP.

Masyarakat harus mengambil berat mengenai isu ini bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan. Contohnya, PPZ-MAIWP selaku badan yang bertanggungjawab ke atas kutipan di Wilayah Persekutuan turut menegaskan pihaknya kini telah menghantar notis makluman larangan mengutip zakat tanpa tauliah di semua lokasi termasuk di sektor swasta dan kerajaan  di sekitar Wilayah persekutuan bagi membendung gejala ini di kalangan masyarakat. Pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan tiada umat Islam di negeri ini ditipu oleh individu yang cuba mengambil kesempatan mendakwa sebagai amil tanpa menunjukkan surat tauliah.












Pengurusan zakat adalah dibawah bidangkuasa Majlis Agama Islam negeri-negeri. Contohnya di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis Agama Islam Negeri berkuasa penuh untuk melantik amil-amil zakat fitrah dan amil zakat harta di negeri-negeri mereka. Bagi memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah, MAIWP melantik amil yang akan bertanggungjawab melaksanakan urusan tersebut.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) yang diberi kuasa untuk mengutip dan mengumpulkan zakat dari orang-orang Islam atau kumpulan orang-orang Islam atau syarikat-syarikat Islam YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT KEPADA 8 ASNAF YANG WAJIB DI Wilayah Persekutuan.

MAIWP dengan persetujuan Yang Di Pertuan Agong, memberi kuasa dan melantik Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) sebagai amil untuk mengutip zakat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 10 Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Fitrah dan Zakat) 1952 sebagaimana diubahsuai oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974.

Manakala bagi agihan zakat diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Baitulmal

Akta Kesalahan Jenayah Syariah  (WILAYAH -WILAYAH PERSEKUTUAN)1997 (AKTA 559).

Perbuatan individu yang cuba mengambil kesempatan mendakwa sebagai amil tanpa menunjukkan surat tauliah bukan sahaja salah kepada penerima tetapi juga kepada pembayar kerana membayar zakat pada bukan yang hak

Sesiapa yang TIDAK dilantik oleh pihak MAIWP tidak boleh mengutip zakat di Wilayah Persekutuan dan jika melakukannya adalah SALAH di bawah SEKSYEN 33 AKTA 559 yang mana, ‘Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau diberikankuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.’

Manakala pembayar yang membayar zakat mereka kepada individu yang tidak dilantik MAIWP boleh didakwa dibawah SEKSYEN 34 AKTA 559 yang menyebut , ‘Mana-mana orang yang membayar zakat atau fitrah kepada  mana-mana orang yang tidak diberikan kuasa secara sah untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.’

Orang Islam diseru supaya membayar zakat kepada agensi pungutan zakat bertauliah yang dilantik kerajaan bagi memastikan agihan bantuan zakat disalurkan secara adil kepada golongan yang layak. Sebab itu kita menggalakkan umat Islam membayar zakat masing-masing sama ada zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat simpanan, kepada agensi yang bertauliah seperti Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) kerana agensi ini mempunyai sistem yang lebih lengkap termasuk maklumat dan data mengenai golongan berkaitan.


Bersesuaian dengan MOTO PPZ-MAIWP, “Memudahkan Anda Berzakat”, PPZ-MAIWP sentiasa memastikan segala urusan berkaitan zakat di permudahkan. Sama ada untuk mendapatkan maklumat zakat dan seterusnya membuat pembayaran zakat, semuanya dipermudahkan.

Setiap lapisan masyarakat akan mendapat maklumat berkaitan zakat melalui aktiviti-aktiviti turun padang yang mempunyai sasaran yang berbeza. Kini, kepelbagaian dakwah secara kreatif dilaksanakan bagi sasaran yang menyeluruh meliputi, ceramah; forum di
a.    Pelajar sekolah / Universiti
b.    Para pekerja (kerajaan / swasta)
c.    Syarikat-syarikat
d.    Peniaga – Pasar malam, pasar tani, downtown, uptown


Tidak terkecuali menerusi teknologi ICT yang kini menjadi pilihan utama masyarakat dalam urusan harian. Dakwah di alam maya turut dibuat bagi menyasarkan generasi-generasi muda / generasi gadget / generasi Y (GEN Y). Sekarang kan dah zaman moden, mestila media sosial menjadi pilihan anak muda. Antara media sosial yang digunakan ialah :
a.    Facebook
b.    Portal
c.    Twitter
d.    Blog

Setiap kempen / promosi yang di jalankan oleh PPZ-MAIWP mempunyai sasaran kumpulan tertentu dan dilakukan di beberapa tempat. Jika anda ingin mengetahui tentang zakat, anda boleh datang ke 11 kaunter zakat PPZ-MAIWP iaitu di boleh ke Wisma PPZ, Dataran Shamelin, Plaza RAH, Masjid Negara, Wangsa Maju, Wangsa Delima 6, Presint 9, Putrajaya, Presint Diplomatik, Putrajaya, Masjid At Taqwa, TTDI, Masjid Abd Rahman Bin AUF, Puchong, Masjid Imam Al Ghazali, Kepong, UTC Pudu Sentral dan Labuan Times Square, Labuan.

Harapan PPZ-MAIWP agar semua yang berkenaan dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka dengan baik dan jujur. Sebagai badan yang diberi amanah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), PPZ-MAIWP mengharapkan dengan segala kemudahan yang telah mereka sediakan akan memberi lebih banyak ruang kepada masyarakat untuk mereka membuat pilihan untuk melunaskan tanggungjawab mereka kepada Allah s.w.t.  Selain itu, dengan zakat yang dikutip inilah menampung kehidupan seharian  kepada asnaf-asnaf yang  bergantung harap kepada Baitulmal. Tunai zakat anda di institusi yang dilantik agar duit zakat tersebut dapat memberi manfaat yang maksimum kepada asnaf dan disalurkan kepada mereka yang layak dengan adil dan saksama.



Ada contest untuk mereka yang ingin membayar zakat dengan potongan gaji..wah..menarik kan!!..Ye, sekarang boleh bayar zakat menerusi potongan gaji., jadi kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan zakat atau apa sahaja boleh layari
Portal PPZ-MAIWP: www.zakat.com.my
Facebook: Facebook.com/myzakat

Talian zakat: 1 300 88 5757








hai assalammualaikum


Sebelum ni nampak orang post dekat facebook, dia tulis, pasal brim, bonus, apa ntah lagi lupa pulak. Yang kita ni, memang selalu la cek maybank2u tengok duit ape masuk..haahha. Pada masa sama, mengharap duit BRIM masuk..kihkih. Yela, nak raya, kena guna duit. Harini macam biasa, setiap pagi cek maybank2u. Tiba-tiba tengok angka, eh bertambah pula duit..banyak pulak tu..Apa lagi gigih tengok bahagian transaction. Syukur, duit BRIM masuk rupanya..hehehe..

Duit ni bukan guna untuk raya pun. Nad simpan, lepas tu nak guna untuk bayar PTPTN..ermm..kang ada yang tertunggak PTPTN tu kang..Duit BRIM ni untuk fasa kedua. Fasa pertama dah dapat haritu. Tinggal satu lagi fasa la iaitu fasa ketiga..lepas tu tunggu la tahun depan nak dapat BRIM lagi..hehee. Nad daftar bawah keluarga. Jadi dapatla jumlah untuk keluarga. Alhamdulillah, bolehla tampung sikit perbelanjaan ni.

Kira ni macam duit raya la kan..hahaha. Orang memberi, kita terima dengan hati terbuka..bukan senang orang nak bagi macam tu je kan. Walaupun kena isi borang bagai..hehhee. Marilah kita simpan, dan beranakkan dia menjadi jumlah yang banyak. Dalam ekonomi yang tak menentu ni, tak boleh membazir, boros. Kene jimat cermat. Habis macam tu je rugi betul.

Yang masa fasa pertama pun nad simpan, tak guna. Jadi untuk duit BRIM ni memang nad nak simpan. Bolehla gunakan untuk emergency kes ke ape..

Kalau nak tau pasal BRIM ni boleh terus berhubung terus dengan talian bebas tol  1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan Malaysia) ataupun hantar kepada emel ke br1m@treasury.gov.my.


hai assalammualaikum

Semalam nad pergi melawat isteri kawan Mr Mafia dekat Hospital Ampang. Dah kenal lama denagn akak ni. Akak tu masuk hospital disebabkan kanser payudara stage ketiga agaknya. kalau sebut kanser memang tak boleh buat main, lagi-lagi kalau dah nampak tanda. Kalau tak nampak tanda, tak tau takpela. Kalau dah tau, tapi biar memang cari masalah tu.


Macam akak semalam, dia cerita, dia dah perasan bengkak dekat payudara dia, tapi dia biarkan, tak pergi klinik atau hospital. Sebab akak ni jenis tak suka makan ubat dan takut pergi klinik. Lepas tu dia ada rasa sakit, tapi masih boleh tahan katanya..Aduh nad dengar pun , akak ni boleh biarkan. Sampai kawan sekerja dia perasan payudara dia besar sebelah. KAwannya tegur " eh payudara ko besar sebelah, kenapa "..Akak tu cakap " takde apela, period ni "..ermm..Nak hilangkan bengkak tu dia sapu dengan minyak gamat je, tapi tak surut.

Sampaila satu hari, dia cerita bergesel agaknya, pecah benda tu. Tu yang menyebabkan dia sakit sangat dan tak tahan. Pergi klinik panel, doktor cakap tak boleh biarkan, kena pergi ke hospital. Akak tu dah dekat hospital dari sebelum puasa je. Dah sambut puasa dekat hospital..alahai kesian akak tu. Sekarang kena jalani kimoterapi.

Semalam lawat dia, tengok lemah je, sebab baru jalani kimoterapi. Nad pun tak tau macam mana dia buatnya, tapi katanya masukkan ubat,.Dengar pun seram. Nak taknak terpaksa la buatkan kimo ni, nak bagi baik.. Nad harap akak ni balik sebelum raya.

Kanser Payudara: Apa Itu?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Simptom atau Tanda-tanda Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda atau simptom biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda-tanda atau simptom lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi tanda kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Tanda-tanda lain mungkin terjadi gumpulan di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda-tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, simptom neurologi dan curahan (efusi) pleura. Masalahnya adalah tanda-tanda awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Kaedah dan Pilihan Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Berbincanglah dengan doktor anda untuk pilihan rawatan yang sesuai dengan anda atau pesakit berkenaan. Pilihan rawatan umum untuk kanser payudara adalah pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi, terapi hormon dan terapi sasaran.Sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai pilihan rawatan, pastikan keputusan biopsi diteliti dahulu oleh pakar yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas tentang kanser payudara.

Banyak lagi info tentang kanser payudara ni dekat internet. Kene ambil tahu, sebab benda ni tak boleh ambil remeh. Rasa tak kena dekat oayudara cepat-cepat cek..
hai assalammualaikum

Kesan Emosi Negatif Boleh Bawa keburukan Pada Diri  - Pada dasarnya, arah emosi dasar manusia dapat dibagi menjadi dua yaitu emosi negatif dan emosi positif. Emosi negatif bersifat destruktif (merosakkan), baik diri sendiri maupun orang lain. Tetapi, emosi negatif kadang di perlukan pada saat-saat tertentu. Tapi korang tau tak, sifat negatif ni ada kesannya terhadap badan kita.


1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah )

3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.

5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.

7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.

8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ).

9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada  penyakit Hepatitis.

10. Jika kita sering merasa Sombong ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).

14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih )

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.


hai assalammualaikum

Jom Lari!! Daftar Coway Run 2017 Sekarang

Amalkan Hidup Sihat Dengan Berlari

Jom sihat dengan berlari!!!. Amalkan gaya hidup sihat dengan berlari banyak manfaat yang kita dapat antaranya dapat meningkatkan tenaga, memberi kekuatan pada otot kita dan stamina dan pada masa yang sama dapat menurunkan berat badan. lagi seronok kalau dapat berlari ramai-ramai kan. Nad nak ajak korang jom sama-sama kita berlari sempena Coway Run 2017 ni yang bakal diadakan pada 7 Mei 2017 bertempat di Starling Mall Damansara Uptown.

Produk Coway, sudah lama berada di pasaran. Coway merupakan produk penapis air yang membekalkan minuman yang bersih kepada seisi keluarga. Air yang bersih, hidup pun sihat. Untuk
sentiasa kekal sihat, Coway mengajak semua untuk sama-sama berlari  untuk mencapai gaya hidup yang lebih sihat. Di samping memberi inspirasi orang lain untuk mengikuti jejak mereka.

Mr Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah urusan Coway

Menurut Mr Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway , Coway Run bertujuan untuk menjadi medium bagi rakyat Malaysia untuk melangkah keluar dari zon selesa mereka dan menjadi berani untuk mengambil langkah pertama kepada kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat.

Coway Run 2017 Officially launch. register Now

"Ini dijalankan bukan soal yang datang di tempat pertama tetapi ia adalah mengenai memanggil keberanian yang menghadapi kebimbangan anda dengan kesediaan untuk membawa perubahan, peningkatan yang akan membina anda untuk menjadi lebih kuat dan yakin dalam menangani kesusahan baru," kata Encik Kyle pada sidang akhbar itu hari ini.

Coway Run 2017

Coway Run 2017

Terdapat dua kategori Larian Coway Run 2017 iaitu 5KM dan 10KM sekitar kawasan Starling Mall Simpan tarikh 7 Mei 2017 untuk Coway Run nanti ye. Bayaran untuk daftar Coway Run 2017 antara RM45 dan RM35

Kategori
- 10 KM untuk Lelaki (18 – 39 Tahun)
- 10KM Wanita Open (18 – 34 Tahun)
- 10KM Lelaki Veteren (40 Tahun ke atas)
- 10KM Wanita Veteren (35 Tahun ke atas )
- 5KM Fun Run (18 Tahun ke atas)

Setiap kategori yang dipertandingkan akan membawa pulang hadiah yang lumayan iaitu hadiah berupa duit sebnayak RM1000 untuk tempat pertama, RM800 tempat kedua, dan RM500 untuk tempat ketiga. Wow!!..tempat pertama tu RM1000..

Meet Jordan Yeoh ( Model kecergasan ) and Carey Ng ( Miss Universe Malaysia )

Masa Coway Run 2017 nanti, korang berpeluang menemui model kecergasan terkenal Jordan Yeoh dan bekas Miss Universe Malaysia Carey Ng berjalan bersama pelari lain untuk sama-sama gembira dan memberi motivasi kepada mereka pada setiap langkah dari jalan. Apa tunggu lagi, cabar diri korang untuk turut serta dalam larian Coway Run 2017 ni. Takkan yang ratu cantik dan model gagah boleh berlari, korang tak boleh kan.

Di samping itu untuk menggantikan cecair yang hilang semasa berlari, Coway akan meletakkan tiga pembersih air gergasi di ketiga-tiga stesen air untuk memastikan bahawa peserta akan kekal terhidrat sepanjang hari. Terdapat juga sebuah klinik berjalan untuk mendapatkan persiapan pra-jangka.

Penaja rasmi Coway Run termasuk Mall Starling dan 100Plus.

Bestkan dapat berlari beramai-ramai. Pada masa yang sama dapat jumpa kawan baru dan berkongsi minat yang sama. Mereka yang berminat dialu-alukan untuk mendaftar di www.myraceonline.com.

Untuk mengetahui maklumat lebih Coway Run 2017 sila layari https://www.facebook.com/cowayMalaysia/

hai assalammualaikum

Brim 2017 Lulus, Duit Dah Masuk Bank

Sana sini sibuk dengan Brim. Nad pun sibuk juga, tapi takdela update status bagai. Cuma bila dah ada tu baru buat status. Setiap hari baca Brim dalam proses, Brim Dah lulus duit tak masuk. Semalam pulak, kisah Brim tidak lulus disebabakan SSM, tidak ada pengesahan pendapatan pemohon atau pasangan. Semua ni nad dah pernah rasa. Sebab tu kadang malas nak bising-bising. Kalau dapat syukur, tak dapat takpela.





Tapi untuk tahun ni, alhamdulillah, Brim nad lulus dan dah masuk duit dalam akaun. Harini 7.3.2017. Selalu cek juga bank, ish tak masuk-masuk, harini cek, alhamdulillah, tengok jumlah duit bertambah. Tengok transaction, dia tulis Brim untuk Fasa 1. Syukur. Dapatlah tampung duit perbelanjaan surirumah ni. Yela suami kerja sendiri, dia tanggung semua dalam rumah ni. Jadi duit Brim nad dapat ni, biorlah nad simpan, biar beranak pinak. Taknak guna, taknak boros.

Nak semak Brim korang boleh pergi ke e-BRIM .

Masa bujang dulu 2014 dan 2015 nad dapat duit Brim, tapi itu untuk bujang. 2016 nad tak dapat, sebab nad dah update dekat website tulis status perkahwinan. Letak nama suami dan anak semua. Tak dapat sebab tiada pengesahan pendapatan pemohon / pasangan dan sebagainya la. Sebelum tu memang abang kandung ada cakap, kene tunjuk semua, kena pergi LHDN tu. Tap nad malas. Masa tu tak kisahla cakap tak dapat pun takpe.

Entry berkaitan : Brim 2014 , Brim 2015

Isi Borang Brim 2017 Yang Baru

Untuk tahun 2017 ni, nad kena dapatlan duit Brim, sebab nak simpan duit untuk emergency kes ke, untuk tambah pendapatan kan. Tahun baru ni nad isi borang baru, klipkan sekali kad pengenalan suami, isiteri dan anak punya mykid. Lepas tu hantar ke LHDN. Tak buat dekat laptop, takut tak dapat lagi.

Lepas waktunya, cek semakan Brim. Mula-mula cek, DALAM PROSES, leas tu dalam proses gak, lama jugakla, lepas tu tak cek..dalam beberapa minggu terdetik nak cek, alhamdulillah, LULUS, tapi duit tak masuk lagi. Setiap hari cek bank..hahhaa. Harini cek, alhamdulillah, dah masuk duit Brim untuk fasa pertama. Dapat RM400 untuk pertama. Ada tiga fasa. Syukur sangat.

Kena guna duit dengan sebaiknya.
hai assalammualaikum

Baca Buku Perpustakaan Negara Secara Online


Nad dapat info ni daripada group whatsup saudara. Korang yang suka baca buku, hah ni ada berita gembira. Kalau korang nak tau Perpustakaan Negara Malaysia telah melancarkan satu site di mana sesiapa sahaja boleh membaca buku secara online di pautan http://www.pnm.elib.com.my/ Hah, dekat sini macam-macam jenis kategori buku ada, dari buku General, Islamic, Motivasi dan macam-macam lagi. Hah mudah kan,



Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu register butiran maklumat diri dalam portal yg diberikan. Setelah selesai register terus log in pada portal tersebut.

Selesai daftar, korang boleh la klik buku yang korang minat. Caranya, klik pada butang "borrow".

Mudah kan. Portal ini boleh di akses melalui data telefon, internet rumah atau hotspot wifi..Hah lepas ni tak perlu pergi perpustakaan selalu, boleh akses je dekat internet. Baca sambil santai dekat rumah. Kalau mereka yang ulat buku tu, mesti lagi suka. Bolehla baca 24 jam..hah..Takde dah pinjam bawak balik, pastu hilang ke ape..mana tau kan..huhuhu..Sekarang semua mudah.
hai assalammualaikum

Tahniah dan Syabas nad ucapkan kepada Les' Copaque Production kerana menerima Gold & Silver Play Button dari YouTube untuk pencapaian jumlah subscriber seramai 1 Juta (Gold) dan 100, 000 (Silver) di YouTube Channel Les' Copaque !

Les' Copaque Production baru saja menerima Gold & Silver Play Button dari YouTube


Syarikat Les' Copaque Production dikejutkan dengan kiriman "Gold Play Button" dari YouTube bagi meraikan kejayaan Channel Les' Copaque di platform itu mencecah 1 juta pengikut. Ini merupakan kejutan berganda kerana pada pagi hari yang sama "Silver Play Button" sebagai penghargaan mencecah 100, 000 pengikut baru sahaja tiba. Hadiah ini dianggap satu penanda aras baru bagi Les' Copaque Production yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya.

Dengan 1, 000, 000 pengikut itu sekaligus menjadikannya "Most Subscribed YouTube Channel" di Malaysia. Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini yang bertajuk "New Toys" telah memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di Anugerah Web TV Asia yang diadakan di Seoul, Korea baru-baru ini. Video itu telah dimuat naik di saluran YouTube Les' Copaque Production dan mendapat lebih 27 juta tontonan. Penyampaian anugerah tersebut boleh disaksikan dalam video "Top 16: Les' Copaque Highlight Moments of 2016" yang dimuatnaik pada 13 Januari 2017.

YouTube Channel Les' Copaque diwujudkan pada 2009 bertujuan berkongsi perkembangan terbaru syarikat tersebut dengan peminat. Les' Copaque telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012. Ia mula bergiat aktif dalam penghasilan karya baru termasuklah siri animasi pendek DaDuDiDo yang hanya ditayangkan di platform Youtube.
hai assalammualaikum

Kempen Bebas Plastik dan Polisterina Di Selangor


Mak cakap, tadi ayah pergi beli barang, katanya sekarang, dah tak boleh pakai beg plastik. Kalau nak guna juga beg plastik, kena bayar RM0.20. Kalau sebelum ni, beg plastik tidak boleh pakai pada hari Sabtu sahaja, tapi bermula 1 Januari 2017, penggunaan beg plastik tidak boleh digunakan lagi.


Ni arahan yang telah dikeluarkan. Nak taknak kena ikutla kan. Tadi nad cakap dengan mak, " bawak jela beg sendiri, tak pun bakul mak oii "..Mak bising, " lah kalau sikit takpe, kalai beli banyak macam mana"..hahaha..paham-paham jela orang tua. Memang susah bila takda plastik.

Walaupun sememangnya apa yang dilakukan ni, adalah untuk kebaikan bumi kita. Kebaikan kita semua, tapi sebab plastik tu macam satu benda penting. Yela kadang lepas beli barang, simpan plastik, guna balik untuk bungkus sampah ke..kann..macam polisterin memang kita guna untuk makan lepas tu buang..senang..tapi takleh buat apela.

Ada terbaca, kalau beli barang basah macam ikan, daging, ayam atau sayuran masih boleh pakai plastik secara percuma. Yela barang-barang ni special sikit.




hai assalammualaikum

Sambut Tahun Baru 2017 Di Menara Kuala Lumpur


Esok tinggal sehari je lagi kita nak meninggalkan tahun 2016, dan 2017 akan menyusul. Sekejap je masa berlalu, sekejap je dah nak masuk tahun baru. Hah esok, korang mesti ada yang nak sambut tahun baru kan. Ada banyak tempat nak sambut atau tak tau mana nak sambut. Apa kata pergi tempat tinggi yang boleh tengok kemeriahan sambutan tahun baru ni. Mana lagi KL Tower la, atau nama lainnya Menara Kuala Lumpur.

Yela nak lain dari yang lain sikit, selalu sambut tempat biasa je. Pelbagai aktiviti dilakukan dekat Kl tower termasuk midnight countdown, cocktail buffet, balloon release wishes, New Year Toast dan macam-macam lagi la..uitt bestnyaa...Part countdown dekat Kl Tower, boleh bayangkan menjerit dari tempat tinggi..hhehee. Ada pulak balloon release wishes, wahh mesti banyak belon terbang nanti.


Ada juga tawaran istimewa yang dibuat tapi dah habis sebab kena register sebelum 23 December...Tawaran tersebuat ialah Pakej Pelantar Pemandangan, hanya RM78 untuk dewasa dan RM63 untuk kanak-kanak. Pakej ni termasuk tiket ke Pelantar pemandangan, dapat gambar cenderahati secara percuma bersaiz 6R dan pek parti. Murah weiii..bestnyaaa..

Untuk tawaran Sky Deck pula hanya RM198. Pakej termasuk tiket ke Sky Deck, cocktail buffet, New year toast, percuma t-shirt glow in the dark 2017 bagi 100 pelanggan pertama. Tapi dah tutuppp..kalau nak pergi kena bayar yang normal punya..

Korang yang nak sambut bawa-bawalah keluarga, orang tersayang, kawan dekat sini. New Year's Eve 2017 Countdown Celebration di KL Tower. Sambut waktu malam, memang cantik sangat, dengan pemandangan 360 darjah, nampak lampu-lampu. Lagi best dapat tengok bunga api dari situ..wahh!!!..

Korang yang nak sambut boleh hubungi talian 03-20205444 dan layari website www.menarakl.com.my atau facebook www.facebook.com/officialmenarakl.

Sekarang nad dekat kampung, kalau dekat kl lama dah ajak mr mafia..



hai assalammualaikum

Banjir Di Sekitar Jalan Meru, Setia Alam Dan Klang Sentral

Petang semalam memang hujan lebat betul dekat Meru. Kilat berdentum kuat. Nad masih berkampung dekat kampung. Petang tu adik ipar balik kerja, cakap " fuh meru jem giler sebab banjir "..Masa tu baru tau Meru banjir. Dapatlah gambar whastup tunjuk gambar banjir tu.

Memang teruk banjir kali ni. Rasanya sebelum ni pernah banjir juga, tapi takde pulak sampai ke jalan nak ke Setia Alam dengan Klang Sentral. Ke nad yang jarang balik tak tau banjir teruk macam ni..huhuhu..tapi rasanya tak juga..ermmm..

Tengok gambar yang dihantar, banjir memang dalam. Sampai ada kereta yang tenggelam. Laluan ni la yang nad selalu guna ulang alik ke Kuala Lumpur dan Meru. Jalan ni la yang nak ke Setia City Mall dan stesen bas Klang Sentral.

Suasana Banjir Di Meru

Meh nad tunjukkan suasana banjir kilat di Meru Klang.




Dikatakan dah surut. Tapi tadi ada kawan post, masih banjir lagi..macam tu la kalau dah banyak sangat pembinaan. Saluran air pun dah tak tau dekat mana.
hai assalammualaikum

Kenali Diri Mengikut Jenis Rambut

Sekarang ni, macam-macam kita boleh nampak perangai kita macam mana. Setiap anggota badan kita ni menunjukkam sifat diri kita. Bukan itu sahaja, malah peebuatan, cara pemakaian pun boleh dibaca macam mana kita ni kan!!!..

Tapi, semua ni sekadar suka-suka sahaja. Jangan percaya 100%.  Kadang benda ni bukannya betul sangat. Kadang ada yang terkena. Cuma untuk suka-sukala kan..


Jenis Rambut, Mana Satukah Anda???

Check rambut masing-masing ye..hehehe..Kali ni nak kongsi dengan korang, nak kenali diri korang melalui rambut..

1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS / LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
 Baru bagun tidur atau malas sikat rambut.

10) RAMBUT BERUBAN
- dah tua tu...rumah kata pergi..kubur kata mari.

11) TIADA RAMBUT
- macam mana nak kate ye....kesian...

Last sekali RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU-KIJAUAN*
```itu rambutann... Huahuahuahua..


Ok gurau..ketawa tu kan satu benda yang membuatkan muka kita muda..ok bye..




hai assalammualaikum

MAHA 2016 Dapat Sambutan Hangat Daripada Pengunjung


Memang rugi siapa tak pergi Maha 2016 haritu. Nad sendiri rasa rugi, kenapa sedangkan nad pergi ke Maha 2016??? Sebab nad tak pusing habis apa yang ada dekat Maha Maeps Serdang waktu tu. MAHA 2016 telah melabuh tirainya pada 11 December 2016 baru-baru ini di MAEPS, Serdang Selangor. Kalau masa boleh diputar balik, nad akan habiskan satu hari dari pagi sampai ke malam dekat Maha 2016 haritu.

Boleh baca entry nad di MAHA 2016 di SINI.


Tema Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) kali ini ialah " OUR Food OUR Future",  telah mendapat sambutan hangat daripada pengunjung untuk datang ke situ pada tahun ini. Dikatakan seramai 3.7 juta pengunjung yang hadir..fuh..kau nampak masyarakat marhain datang ke MAHA 2016 kali ni.


Walaupun cuaca panas, hujan, orang tetap datang untuk merasai dan melihat sendiri apa yang ada di MAHA 2016 kali. Yang datang dari pelbagai golongan, muda dan tua, pelbagai bangsa, sama-sama menghangatkan suasana dia MAHA 2016.



Macam-macam aktiviti, pameran, yang menarik yang disediakan di MAHA 2016. Memang nampak perbezaannya, kali ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya. Yup, nad pernah pergi sebelum ni, memang aktiviti yang sama ada di Maha iaitu buah-buahan, pertanian, pameran, produk, dan taman-taman. Tapi untuk MAHA 2016 kali ni, benda baru seperti Kampung Mok Cun, Kampung Durian Upin dan Ipin, Festival Muzik, Laman padi,  dan Laman Perikanan. Nad sempat ke Kampung Mok Cun je untuk terbaru ni.

Paling menarik bila ada lembu sado..hehehe..


Selain itu, menariknya lagi ada penginapan untuk pengunjung bermalam di MAHA 2016 dengan harga berpatutan. Iaitu di Nafas Cube. Penginapan berkonsepkan kontena, tube dan khemah.

Nampak kan, macam-macam benda yang disediakan di MAHA 2016 kali ni. Tak sia-sia pergi.


Tahniah kepada pihak penganjur yang menjadikan MAHA 2016 lebih meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung. Harap tahun depan buat lagi lain daripada lain..hehehe..Nad dah siap-siap untuk pergi ke MAHA seterusnya..huhuhuhu..


hai assalammualaikum

Tempe Banyak Khasiatnya - Siapa suka makan tempe ; sila baca ini. Tempe kalau makan panas-panas memang best dan sedap ! Biasanya tempe dijual di kedai runcit atau pasaraya dengan bersalut plastik ataupun suratkhabar. Goreng pun sedap, buat sambal tempe lagi sedap! Makanan ini sangat sinonim dengan masyarakat di Indonesia ataupun Jawa. Rugi kalau ada yang tak suka makan tempe, nak tahu kenapa?


Lima Khasiat Tempe

Ini sebab-sebab yang anda perlu tahu :- Apa Jadi Pada Badan Kita Sekiranya Suka Makan Tempe?

Baca 5 Kesan Ini.

1). Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu.
Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM.
Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah.

2). Tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan anda sentiasa kelihatan muda. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.

3). Selain itu, tempe boleh mengurangkan kolestrol, meningkatan kekuatan tulang, mengurangkan gejala monopous awal dan kandungan protein sama tinggi seperti daging.

4). Tempe sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi.
Kenapa? Tempe mengandungi zat besi, flafoid  yang bersifat antioksidan dimana membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

5). Kalau korang ada masalah cirit birit, amalkan makan tempe sebab kandungan protein yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna. Tempe juga boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.



Haaa .... !!!

Nampak sahaja tempe ini macam tiada khasiat, tapi sebenarnya banyak khasiat dan kebaikan untuk badan manusia. Sila makan tempe..aduhh sedapnya tempee...

hai assalaammualaikum

Anugerah Skrin 2016 Kurang Menarik Kerana Pengacara - Pengacara diibaratkan sebagai nadi sesebuah majlis atau rancangan. Tanpa pengacara, sesebuah majlis atau rancangan menjadi hambar. Hal ini kerana fungsi utama seorang pengacara adalah untuk menghidupkan sesuatu majlis atau rancangan dan mengawal agar majlis atau rancangan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Memang bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi seorang pengacara baik pengacara majlis atau pengacara rancangan yang baik tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil.


Anugerah Skrin 2016 dah ditayangkan jumaat lepas, harini baru nak buat entry. Almaklumla, nad super duper sibuk. Nad bukan nak buat entry siapa pemenang, tapi nak cerita yang Anugerah Skrin kurang menarik bagi nad, dan sangat hambar. Takda yang menyeronokkan untuk tengok sampai habis. Selalunya, sesebuah rancangan tu best disebabkan hos dia. Hos perlu pandai bercakap dan membuat jenaka supaya rancangan tu tak membosankan. Tapi malam tu..ermm..

Nad tau Alif Satar, penyanyi, dan pelakon popular tu merupakan pengacara Anugerah Skrin 2016 dekat iklan. Masa tu nad dah cakap " La Alif Satar hos, mesti tak best "..haha memang terbukti, rancangan tu hambar. Walaupun ada Fiza Sabjahan, Sarimah Ibrahim, Haiza, Ajak Shiro, Mira Filzah, Ammar, Issey Fazlisham, Azrel Ismail dan Puteri Aishah tapi sikit je la terhiburnya. Nad bukan salahkan Alif Satar,  jadi hos, yela, dia buat ikut kehendak dan kepercayaan TV3 terhadap dia. Memang gerun mengendalikan Anugerah Skrin (ASK) 2016 majlis pengiktirafan berprestij, yang disaksikan berjuta-juta penonton.

Bagi nad, kalau rancangan seperti itu, perlu ada pengacara yang pandai menghiburkan orang. Jadi orang akan tengok sampai habis. Dalam masa yang sama, penonton yang tengok di televisyen pun terhibur, dan ketawa bersama. Baru seronok nak tengok. Ni kalau macam tu jeee..memang tak tengokla..huhu..walaipun memang kita nak tengok drama mana yang menang. Sudahnya, nad tau dari blog juga..huhhu..
hai assalammualaikum

Program Cuti Sekolah Lil Camp 2016 - Hah cuti sekolah dah nak dekat, selain pergi bercuti, mak bapa bolehlah hantar anak-anak ke satu program yang bermanfaat untuk anak mereka. Daripada anak membuang masa, baik hantar untuk mempelajari agama. Pelajari agama dengan cara yang menyeronokkan. Budak-budak kansuka benda yang menyeronokkan kan. Takda la diaorang cepat bosan. Pada masa yang sama, diaorang dapat ilmu dan belajar.


Ni ada satu program iaitu Smart Solat Lil Camp 2016. Sebenarnya, nad dapat tau dari flyers yang ada dekat peti surat rumah nad. Tengok macam bagus je, sebab program ni mengajar anak membaca al-quran, solat, wudhu dan macam-macam lagi. Sebelum nad tulis dekat blog ni, nad cek dulu dekat internet, betul ke ada program ni. Yup, betul ada, korang boleh tengok dekat facebook diaorang AT Tarbiyah Islamic Kindergarten .Program ni khas untuk anak-anak usia 5-12 tahun.

Objektig program ni ialah:
- Melahirkan generasi soleh dan solehah
- semangat solat berjemaah dikalangan generasi muda
- Kepentingan ibadah solat kepada generasi muda
- Lahirkan generasi muda yang fahami Al-quran.




Di AT-Tarbiyyah Islamic Kindergarten memperkenalkan program pengisian cuti sekolah yang menawarkan modul :-
- Mendidik anak-anak cara menunaikan SOLAT dan membaca AL-QURAN.
- Mengajar anak-anak cara BERADAB dan BERAKHLAK MULIA.
- Mendidik anak-anak menjadi RAJIN dan BERTANGGUNGJAWAB.
- Memupuk anak-anak yang MENGUTAMAKAN dan MENGHORMATI ibu bapa.

SMART SOLAT LIL CAMP( ROAD TO JANNAH) 2016 KEMBALI LAGI 

- PROGRAM yang telah BERJAYA dianjurkan selama 4 tahun berturut-turut bertujuan untuk mengisi masa cuti anak-anak dengan modul pengisian yang HEBAT!

- FOKUS & MATLAMAT PROGRAM SMART SOLAT 2016:

❤SMART SOLAT
- solat di awal waktu dgn sempurna serta khusyuk serta tambahan solat sunat dhuha dan tahajud

❤SMART ZIKR & ASMA UL HUSNA
- Amalan zikir harian dan pelajar boleh hafaz asma ul husna

❤SMART HAFAZAN
- Menghafaz juz amma dan kisah serta maksud di sebalik surah

❤SMART STORIES OF QURAN
- Menjadi pengajaran dan teladan disebalik kisah dan cerita dalam al quran. KISAH QARUN. FIRAUN

❤SMART RESPECT PARENTS
 - Membentuk ADAB dan AKHLAK dalam mengenal pengorbanan ibu bapa.

❤SMART JAWI & ARAB
- Pengisian bagi anak2 yg masih lemah dalam bacaan dan penulisan jawi & arab




Ada aktiviti kumpulan dan riadah. Jadi anak-anak takdelah bosan, lagisuka sebab ramai kawan.


Untuk keterangan lanjut boleh pergi ke Facebook AT Tarbiyah Islamic Kindergarten

INFO PROGRAM:
Program khas untuk Anak usia 5-12 tahun
Alamat: AMPANG( AT TARBIYAH ISLAMIC PRE SCHOOL)
Tarikh: 5-23 DECEMBER 2016
Hari: ISNIN - JUMAAT( 3 WEEKS PROGRAMME)
Waktu :8.30AM- 12.30PM( FREE BREAKFAST & CERTIFICATE)

Contact: 019-3019180/0192967681

TEMPAT TERHAD. JOM SERTAI KAMI SEBELUM TARIKH TUTUP 5/12/2016.

hai assalammualaikum


Penalti Penentu Kedah Juara Piala Malaysia 2016 - Perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 sebentar tadi menyaksikan Selangor yang berdepan dengan pasukan dari utara tanah air iaitu Kedah. Perlawanan diadakan di Stadium Shah Alam. Sudah pasti penyokong kedua-dua belah pasukan seronok menyaksikan perlawanan antara dua kumpulan ni dan debaran siapa yang menjuarai Piala Malaysia 2016 sudah terjawab. Kedah telah berjaya menjulang Piala Malaysia 2016 kali ini. Tahniah Kedah!!

Nad sokong dua-dua, sebab lahir dekat Selangor, belajar dekat Kedah..hahaa..adil tak..hehee..Padahal sokong Selangor 100%..yela anak Selangor kan. Tadi tengok dengan suami pun, tengok khusyuk..( padahal masa pertama nad tertido ). Suami pulak pilih Kedah sebab dia lahir dekat Kedah. Dan nad buat perjanjian, kalau Selangor menang, esok makan Spageti carbonar ( dah lama ngidam..tak tau nape )..Tapi selangor dah tewas..takpe. Selangor tewas tipis je..Cuma satu mata je..

Keputusan Penuh Piala Malaysia 2016 Selangor Vs Kedah

Separuh masa pertama kedua pasukan gagal menjaringkan gol walaupun berjaya membuat beberapa cubaan kearah pintu gol. Namun memasuki separuh masa kedua,pemain kedah Rizal Ghazali menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-51. Namun tidak lama selepas itu, pemain Selangor pula Ahmad Hazwan Bakri membalas jaringan pada minit ke 59 menjadikan kedudukan kembali terikat.

Keputusan Masa pertama : 0 - 0
Keputusan Masa Kedua : 1 - 1

Disebabkan keputusan sama, masa tambahan 30 minit telah diberikan. Punyalah nak tengok siapa menang ni. Dua kali masa tambahan diberi tapi tetap tiada siapa yang golkan. Dan akhir sekali penalti untuk menentukan siapa pemenang. Tu lagi cukup mendebarkan. Mula-mula Selangor gol, dan gol dan gol, tapi lepas tu tak gol. Kedah pulak tak gol, gol..fuh..dah akhirnya Kedah berjaya mengolkan masa penalti.

Penalti : 6 ( Kedah ) - 5 (  Selangor )

Biarpun Tewas Tipis, Bangga Pencapaian Selangor


Meskipun tewas, nad tetap bangga dengan pemain Selangor. Yela, siapa boleh bertahan di padang sehingga masa 130 minit. Perlawanan akhir ini adalah yang terbaik sehingga terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti penentuan. Selangor gagal memenangi sepakan penalti. tiga pemain gagal menyempurnakan sepakan penalti. Takpelah takda tuah tahun ni. Boleh cuba tahun berikutnya.

Selangor tetap dihati..huhuhu..

Tahniah Kedah