Articles by "Lifestyle"
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
hai assalammualaikum

Jalan-Jalan Malam Tasik Titiwangsa - Malam tu mr mafia ajak kitaorang jalan-jalan pusing Kuala Lumpur. Dah lama tak jalan-jalan malam KL..hahaa..Sebelum ada anak, kerap juga keluar malam. Dah anak ni, jarang la. Ni la pertama kali bawak Fariza jalan-jalan malam Kuala Lumpur, tengah malam ok..hahaha. Mulanya nak pergi KLCC, rupanya sekarang dia tak buka sampai tengah malam, dia dah ada waktunya. Pastu nak pergi river dekat Dataran Merdeka, pun ditutup tengah malam. Nampaknya lepas ni nak pergi kena awal la.

JAdi kitaorang cadang jalan-jalan Tasik Titiwangsa jela. Pertama kali Fariza datang Tasik Titiwangsa. Dekat sini, tengah malam pun masih ramai orang. Bukan sahaja keluarga, budak-budak remaja memang ramaila..hahhaa. Paham-paham jela. Takpela, sekurangnya takdela duduk dalam kereta, lepas tu balik rumah..hahaa. Bawakla Fariza jalan-jalan dekat Tasik Titiwangsa ni. Jalan dekat bahagian yang luas tu jela. Nak pusing dah gelap.

Dekat situ banyakla aktiviti, main basikal, macam-macam basikal ada. Ada lagi la benda mainan lain yang boleh disewa dekat situ. Malam tu, mr mafia bagi Fariza naik basikal. Mula Fariza nak basikal budak tu, tapi dia tak pandai kayuh lagi, jadi orang yang tukang sewa situ cakap ada basikal untuk budak Fariza yang maknya boleh tolak..Itulah basikal dia..hahahaa. Basikal Itik. Kayuh tak kayuh, mommy yang tolak. Dia pun enjoy. Mommy tolak dekat situ jela. Pusing-pusing tempat sama. Mana dia tau. Yang dia tau basikal berjalan.




Titiwangsa Lake Gardens terletak berdekatan Jalan Tun Razak yang sibuk di tengah-tengah Kuala Lumpur. Sekitar Titiwangsa Lake Gardens adalah Perpustakaan Nasional, Restoran Nelayan, Galeri Seni Kebangsaan, Panggung Kebangsaan (Istana Budaya) dan Teater Tarian Sutra.

Titiwangsa Lake Gardens adalah taman rekreasi untuk orang ramai. Ia mempunyai beberapa tasik besar di tengah-tengah taman. Terdapat banyak kemudahan di taman yang termasuk trek berjoging, berbasikal aqua, berkanu dan aktiviti luaran lain.  Terdapat juga makanan dan minuman yang dijual di sekitar tepi tasik untuk pengunjung membeli sambil menikmati pemandangan yang indah.

Taman ini begitu juga dekat dengan Istana Budaya dan Galeri Seni Kebangsaan. Istana Budaya Teater tempat dimana korang boleh tengok semua jenis teater seperti konsert klasik, opera, operetta dan teater muzik dari tempatan dan juga artis antarabangsa.Nad pernah masuk tengok teater. Tu la pengalaman paling best sebab dapat tengok depan-depan. Bagi Galeri Seni Kebangsaan, ia merupakan bangunan yang indah dengan seni bina unik yang diilhamkan oleh seni bina Melayu tradisional.

hai assalammualaikum

King Crab, Teringin Nak Makan - Nad ni memang penggemar seafood, lagi-lagi yang bercengkerang ni. Tak kisahla udang, ketam, spesis bercengkerang yang boleh dimakan. Selalu je mr mafia beli udang dan ketam bila pergi pasar. Sebab kitaorang berdua memang suka makan seafood. Kalau takda macam tak lengkap je barang dapur basah..hahaha.


Nad selalu layan youtube orang makan king crab ni. Dah la besar, isinya padat dan penuh. Tengok orang makan, kita terliur. Kalau ketam yang kecik dah sedap, apatah lagi king crab ni. Mesti sedap oiii. Tengok kat youtube, diaorang tulis boiled seafood. Mungkin ketamnya direbus untuk jadikan dia lembut dan mudah dimakan. Yela, kukit ketam kan keras, tapi nad tengok kat youtube, senang je diaorang kopek, ada sesetengah part yang keras juga, kena guna gunting. Bila direbus dia lembut sikit.

Tengok ada orang negro makan, fuh..cara dia memamg buat kita telan air liur dan nak sangat-sangat makan. Dia ada sediakan sos yang membuatkan ketam tu jadi sedap sikit. Dalam hati " kalaula dapat ketam ni, dapat makan, bestnya "..hahaha..

Haritu pergi Mytown, shopping mall, pergi bahagian groceries, ternampak king crab ni. Pergh memang besar..tapi tengok sajer harga dia, RM200 lebih kau..hahaha..Dengan harga macam tu mampu tengok dan pegang jela sebab harga macam tu boleh beli barang dapur dua bulan..hahaha. Tapi mana tau, ada satu hari kaya sekejap, dapat makan king crab ni..hahaha..Waktu tu memang  akan ku ambil video tengah makan..hahaha..Lantak la orang cakap ape pun..hahaha..

Ada orang cakap dengan Manhanttan Fish ada jual. Tu tempat makan dalam wishlist..tapi entah bila leh pergi..miahaha..sebab tempat makan tu pun mahal gak. Tapi sekali sekala nak makan mewah tak salah..

Kakak kita pulak ajak kongsi beli. Memang fikir beribu kali weeii..Kalau beli masak tak jadi, tak best pulak kan.. Takpela, tengok orang makan jela..hahaha. Harap-harap ada rezeki makan king crab, makan lobster..memang dah lama teringin nak makan. Ada sesiapa nak sponsor..hahaha..mengandung ni..
hai assalammualaikum

Pilihan Mendobi di Aquanano - Selalunya nad basuh baju dekat kedai dobi layan diri berdekatan dengan rumah. Ada nak cerita berkenaan cara-cara menggunakan laundry layan diri berdekatan dengan rumah nad. Tapi haritu, mr mafia ajak dobi baju jauh dari rumah sedikit. Bagi nad, semua tempat dobi biasa je, yela tempat basuh baju. Dah basuh baju lepas tu keringkan. Tapi rupanya berbeza-beza tempat mendobi ni nak bagi keselesaan kepada pengguna. Selain harganya yang berbeza, kemudahan yang disediakan juga berbeza. Pertama kali jejak ke dobi layan diri Aquanano haritu, banyak bestnya cuci baju dekat sini. Sekarang dobi Aquanano dah jadi pilihan nad dan mr mafia untuk mencuci baju di sini.

MENDOBI DI AQUANANO

MENDOBI DI AQUANANO

Kitaorang akan cuci baju pada waktu malam, sebabnya tak ramai orang. Jadi takdala menunggu giliran nak basuh baju. Macam tempat sebelum ni, memang kerap ramai orang. Walaupun mesin basuhnya banyak tapi kadang terpaksa tunggu giliran. Tapi dekat Aquanano, jarang ramai orang, dan kadang takda orang langsung. Melainkan esok cuti, ramaila orang nak cuci baju dekat dobi Aquanano ni. Tempatnya best, sebab tengok tempat duduk pun dah warna warni, ceria je..hahaha.

Kemudahan lain, adalah tempat gantung baju dan meja untuk lipat baju. Dekat sini pun ada Free detergent dan free softener.

MENDOBI DI AQUANANO

Kalau tempat dobi sebelum ni, harga untuk satu mesin basuh mengikut temperature seperti cold, warm dan hot mahal berlainan mengikut kapasiti berat mesin basuh tersebut.  Macam sebelum ni ada mesin 9kg, 14 kg dan 20 kg. Tapi dekat Aquanano ada satu mesin je 14 kg. Harga sama iaitu cold RM6.50, warm RM7.50 dan hot RM8.50. Tapi tu pun dah cukup untuk satu bakul baju penuh nad selalu bawak.

MENDOBI DI AQUANANO

Untuk pengering pulak, berat 16kg. Harga untuk pengering RM4.00 untuk 23 minit. Kalau nak tambah masa 3minit RM0.50 je tambah duit. Selalunya untuk kering baju nad suka hot. Memang kering betul-betul baju. Bestnya keringkan baju dekat Aquanano ni, baju yang dah kering memang cantik je, takde kedut sangat. Macam dah diiron. Jadi nak lipat baju pun cantik je. Tak macam dobi sebelum ni, lepas kering, kedut-kedut, lepas tu kadang masih lembap walaupun dah hot. Mungkin kapasiti berat mesin tempat dobi sebelum ni tak sebesar dekat Aquanano. Satu bakul setengah boleh masuk baju untuk kering. Memang kering betul-betul kering. Suka sangat.

MENDOBI DI AQUANANO

MENDOBI DI AQUANANO

Lagi bestnya cuci baju dekat Aquanano ni sebab ada kerusi urut. Jadi mr mafia kalau sakit belakang ke apa, nak urut boleh je dekat sini. Sambil tunggu baju siap dibasuh.

MENDOBI DI AQUANANO

Lagi satu, dekat sini siap ada mesin coffee. Tapi nad tak pernah cuba pun..hehee.

MENDOBI DI AQUANANO

Paling best, sebab Aquanano dah jadi pilihan untuk mendobi baju, sebabnya ada free wifi..hahaha. Tu yang best tu. Jimat data untuk online. Sambil tunggu baju, sambil online. Takdela bosan kan.

Ada banyak faktor anda terpaksa menggunakan khidmat mesin basuh dan pengering pakaian di dobi layan diri ni, apabila:
- Musim hujan
- Minggu itu anda banyak menghabiskan masa bekerja di luar rumah
- Beraktiviti di luar yang melibatkan tempoh yang panjang (bercuti, balik kampung dan sebagainya)

Hah!!, bila baju bertimbun, datang mendobi sini kan. Keluarkan sikit duit je. Lagi nak basuh comforter, cadar atau karpet yang lembut. Mak kita la selalu basuh karpet yang lembut dan cadar dekat dobi ni. Nak hantar dekat dobi tukang cuci tu mahal bebenor berbanding absuh sendiri dekat dobi layan diri kan.

Pada yang pertama kali menggunakan dobi, boleh baca ni cara-cara menggunakan laundry layan diri 

hai assalammualaikum

Makanan Suplemen : Pilih Dengan Bijak - Disebabkan nak amalkan gaya hidup sihat hari ini terutama daripada aspek pemakanan sihat, ramai yang bergantung kepada makanan tambahan seperti pelbagai jenis pil vitamin atau tablet suplemen.

Suplement Untuk Kesihatan

Banyak produk suplement yang dijual di pasaran. Namun ada juga yang menjual suplement tiruan bagi mengaut keuntungan.  Nak ambil suplement boleh, tapi kita sebagai pengguna, mestilah memilih dengan bijak.

Adakah Suplemen Satu Keperluan??

Makan makanan berkhasiat

Mengambil suplemen memang ada bagusnya tapi perlu digabungkan dengan perubahan gaya hidup sihat yang lain. Kalau terlalu obses memang sangat bahaya. Nad kongsi beberapa panduan mengambil suplemen.

1) Memenuhi Keperluan
Sebelum mengambil pil vitamin, pastikan korang mengamalkan gaya hidup seperti amalm diet sihat, senaman, dan sebagainya.

2) Perhatikan Label
Dapatkan maklumat mengenai suplemen dan buat keputusan bajet, kawalan kualiti dan faktor-faktor penting sama ada produk berkenaan mengandungi gluten, sodium dan sebainya. Selalunya produk suplemen akan mengatakan produk mereka mampu menyihatkan jantung, selamat semasa hamil dan kanak-kanak, tiada wangian, tiada gluten,bebas merkuri dan macam-macam lagi. Jadi perlu berhati-hati dalam memilih suplemen.

3) Waktu yang sesuai
Selalunya ambil suplemen ni sebelum makan. Untuk nampak lebih keberkesanannya. Atau sebelum tidur, sebab waktu malam badan kita tengah rehat.

4) Dapatkan nasihat doktor
Nak lebih selamat, perlulah dapatkan nasihat doktor. Supaya tiada apa yang berlaku ke atas diri sendiri. Kadang doktor akan sarankan apa yang perlu kita ambil dan tak perlu.

Ok, korang, boleh je nak ambil suplemen, tapi kena la hati-hati ye.



hai assalammualaikum

Telur Kicap Lauk Kegemaran Semua - Dari kecil lagi, dah suka makan telur kicap ni. Makanan yang simple ni la yang paling sedap. Dahla simple, mudah je dibuatnya. Goreng telur, letak kicap. Memang laju makan, bila mak suap..hehehe. Sikit-sikit nak telur kicap, sikit-sikit nak telur kicap. Taknak lauk lain. Kalau makmall tak buat nangis..hahahahahaha..

TELUR KICAP,
Telur Kicap dan Cili Padi

Ada anak buah nad sorang ni, hari-hari kalau boleh nak makan telur kicap. Sebab dia susah makan lauk lain. Kalau ada lauk dia suka, dia makanla, kalau takda memang dia takkan makan nasi, selagi mak dia tak buat telur kicap. Nak taknak, maknya kena masakla. Kang sakit perut tak makan.

Sampai sekarang, nad pun makan lagi. Tapi takla selalu, sebab dah besar, dah tau citarasa nak makan sedap. Makanan telur kicap ni makan masa malas nak masak atau dah tengah takde duit. Kenyang je makan ni.

Kalau dulu telur dengan kicap sekarang, sekarang orang tambah sikot, letak cili padi dan bawang. Nak bagi sedap dan pedas gitu. Makanan ni takkan ditelan dek zaman. Mungkin sampai anak cucu cicit kita ada lagi..hehehe.
hai assalammualaikum

Doctor On Call Platform Konsultasi Secara Online - Sakit ni memang kita tak boleh jangka. Bila-bila masa dia boleh datang. Bila sakit mestilah perlu pergi klinik kan! Klinik pulak jauh. Malas nak bawak kereta pergi klinik dengan sakitnya. Lagi tak suka bila dah sampai klinik, kena tunggu nombor giliran pulak. Kalau orang sikit takpe, kalau ramai, berjam la menghabiskan masa dekat klinik tu. Lepas tu jumpa doktor sekejap je pun. Rutin biasa bila dah sakit dan perlu pergi klinik untuk dapatkan rawatan. Tapi semua tu ada penyelesaiaannya. Lepas ni, kalau korang sakit, tak perlu lagi pergi ke klinik, sebab semuanya akan dibantu oleh Doctor On Call, Platform Konsultasi Secara Online. Hebat kan!!..

DOCTOR ON CALL
Doctor On Call

Apa tu Doctor On Call??

Doctor On Call ni menghubungkan pesakit dan doktor di atas talian. Jadi bila korang sakit, malas nak pergi klinik, tiada kawan nak tolong hantarkan, dan memerlukan rawatan segera, korang boleh call atau chat atau bervideo dengan doktor terus secara talian ( online ) dengan menggunakan telefon, komputer atau laptop. Tak kira korang berada di mana. Di rumah, di pejabat, masa tengah travel atau di mana-mana sahajala. Mudah kan??

Kelebihan Menggunakan Doctor On Call

1) Sangat mudah dan cepat
Caranya mudah sahaja. Korang boleh pergi ke https://www.doctoroncall.com.my/ Mestilah kena register dulu.

DOCTOR ON CALL
Step untuk register

DOCTOR ON CALL
Step satu isi nama, email dan no telefon dan register

DOCTOR ON CALL
terus ke penyakit korang yang mana satu

DOCTOR ON CALL
tulis condition..lepas tu akan terus ke pemilihan sama ada nak chat, video atau call dengan doktor

- Macam nad kata tadi, bila korang sakit, nak dapatkan rawatan segera, boleh sahaja dapatkan di Doctor On Call mengikut keselesaan kita dan di mana kita berada. Lagi best ikut jadual kita. Tak perlu appoinment atau menunggu lama. Tak kiralah di pejabat, rumah atau di bilik hotel. Pastikan line internet cukup kuat untuk mendapatkan khidmat doctor on call ni ye. Tak kisah guna laptop atau telefon. Memang sangat sesuaila untuk surirumah macam nad ni. Sakit je, terus on Doctor On Call. Tak perlu risau siapa yang tolong tengokkan anak semasa nak dapatkan rawatan.

Kalau anak sakir pun, boleh je dapatkan rawatan dengan Doctor On Call ni.

DOCTOR ON CALL
tiga jenis talian yang korang boleh guna untuk dapatkan rawatan dengan doktor samada nak Audio, video atau chat

DOCTOR ON CALL
Chat free, audio dan video rm20

2) Menjimatkan masa dan mengurangkan wang
- Memnag sangat menjimatkan masa dan wang. Dari keluar yang membuang minyak untuk ke klinik, menunggu lagi. Dengan adanya Doctor On Call, segalanya dihujung jari. Yuran konsultasi dan ubat-ubatan dari klinik yang sangat mahal dan korang boleh bayar kurang daripada apa yang dilakukan di klinik. Untuk chat, ianya adalah percuma manakala audio dan video anda diperlukan membayar khidmat konsultasi serendah RM20.00.

DOCTOR ON CALL
Doktor di Doctor On Call sangat beriktiraf dan berpengalaman

3) Doktor yang berpengalaman
Jangan risau, doktor di Doctor On Call semuanya berpengalaman dan sudah menjalani latihan.
Semua doktor adalah MMC yang berdaftar dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman.
Rangkaian doktor dipilih dengan teliti dan mendapat latihan yang betul untuk menyediakan perundingan maya yang berkualiti. Setiap doktor juga diselidik sepenuhnya untuk pensijilan, pengalaman dan kepakaran mereka sebelum menyertai DoctorOnCall.com.my.

Korang juga boleh memilih doktor kegemaran korang atau doktor yang sama untuk berinteraksi tentang penyakit korang tu. Hanya klik ke kegemaran doktor dan anda boleh menetapkan temujanji untuk susulan dengan dia atau dia.

DOCTOR ON CALL
Penyakit yang dirawat

DOCTOR ON CALL
Penyakit yang sangat privasi juga ada

4) Hanya menghantar gambar terhadap penyakit yang perlu ditunjuk
- Terdapat beberapa jenis penyakit yang dirawat di Doctor On call seperti di gambar yang nad paparkan. Ada juga penyakit yang sangat privasi boleh diutarakan di Doctor On Call juga. Yela, kadang kita malu nak berjumpa doktor tentang sesetengah penyakit yang privasi, bolehla guna perkhidmatan ni ye.

DOCTOR ON CALL
Hantar gambar sakit seperti gatal, kudis atau sebagainya

DOCTOR ON CALL
Keluar dokumen atau fail yang membolehkan korang menghantar gambar

Kalau rasa nak tunjuk penyakit korang seperti ruam, luka, atau penyakit lain yang tak kena dekat badan korang atau anak kecil, hah boleh je hantar gambar di fail yang disediakan. mudah je kan.

DOCTOR ON CALL
Farmasi

5) Farmasi Di Hujung jari Anda
Bila dah berjumpa dengan doktor mestilah ambil ubat kan. Kalau dengan Doctor On Call, doctor akan bagi senarai ubat melalui email. Korang tengok ubat tu dan buat pembayaran. Yang bestnya, ubat yang diberi itu boleh dihantar terus sampai ke rumah atau di mana sahaja korang berada. Tempat penghantaran ubat atau korang nak ambil ubat itu sendiri semuanya di pilihan korang. Nak mudah, mestilah nak dihantar kan. Farmasi dalam talian juga menawarkan penghantaran untuk pelbagai ubat. Waktu penghantaran purata adalah 4-6 jam untuk kawasan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, dan 1-2 hari untuk seluruh Malaysia.

Pengalaman Menggunakan Doctor On Call

Haritu nad cuba menggunakan service Doctor On Call ni. Nad memilih untuk berchating sahaja dengan doktor. Waktu tu, nad ada demam dengan selsema. Almaklumla, cuaca tak menentu, jaga anak lagi. Anak pun terjangkit demam. Boleh la tengom conversation nad ni. Waktu ni, nad menggunakan handphone sahaja.

DOCTOR ON CALL
Chat aku dengan doktor

DOCTOR ON CALL
Terus je cakap ada sakit apa.Untuk anak kecil juga boleh dirawat di sini.

DOCTOR ON CALL
Doctor akan consult, tanya macam-macam

DOCTOR ON CALL
Dia akan bagi pendapat.

So amacam? Dah faham tak, apa doctor on call ni? Senang cerita , kalau sakit, kita on laptop atau phone dan dapatkan rawatan melalui chat, call atau video. Lepas tu, doctor akan jawab.. Doctor akan tanya itu ini, bagi nasihat, bagi pandangan, then last sekali dia akan bagi ubat... Haaaaaaaaaa sonok tak? Jimat tenaga dan masa.. Tak perlu redah jem. Tak perlu usung anak, kalau dia pun demam. Mudah kan!!!..

Untuk mengetahui info tentang DoctorOnCall.com.my, boleh layari
Contact: +6012 510 3569
Email: contact@doctoroncall.com.my
hai assalammualaikum

Buy One Free One - Semalam, nad dengan Fariza ikut mr mafia pergi kerja dekat Plaza Sentral. Sementara mr mafia pergi buat kerja, taknak bagib Fariza ganggu kerja daddy dia, mr mafia suruh nad jalan-jalan dekat shoping mall. Jadi ku turutkan sahaja,, pergila ke shoping mall Nu Sentral. Lagipun nad jarang pergi sana.

Biasalah, dalam shoping mall, masuk ke tempat yang comel-comel dulu,, tak pun makeup..hahaha. Ada masuk kedai Smiggle nama dia, comel-comel barang dia untum anak-anak. Sampai mak pun terbekanan. Tapi harganya boleh tahan. Tengok je. Lagipun dalam niat nak cuci mata je. Nak jalan-jalan. Taknak beli apa.

Dari tongkat G, naik tingkat C, ke tingkat 1 sampaila tingkat 4. Gigih jalan dengan membuyut bawak anak, jalan berdua je dengan Fariza. Fariza yang pau kita nak mainan. Kita belikan jela. Sebab mainan tu murah. Lepas tu dia lapar, nak air. Tempat makanan pulak tingkat 4. Pergila cari Mcdonalds..nak makan lain daddynya takde. Jadi makan french fries jela.

Lepak lama sikit dekat Mcdonalds tu. Rasanya dari pukul 2 petang sampaila pukul 4 petang tu dekat shoping mall. Punya lama tak sedar, sebab tau mr mafia ambil gambar memang lama. Jadinya dari pukul 3.30 petang sampai 4.15 petang dekat Mcdonals. Lepak jela dengan anak. Anak makan kentang goreng sampai dua bungkus. Tak cukup tu nak pergi mintak orang lain punya pulak..eheh..Nad tengok dekat luar dah nakd gelap. Alamak nak, hujan. 4.30 petang siap makan, ajak Fariza pergi tempat daddy dia balik.


Bila nak keluar, hujan lebat dah. Aduhh!!!..Terpaksa masuk balik. Budak ni dah buat perangai sebab dah penat dan ngantuk. Tapi ajak juga masuk Parkson. Tengok punya tengok nampak kawasan beg, ada buy one free one. Terdetik, nak tengok-tengok je. Dalam hati, alamak buy one free one, rugi ni tak beli. Beg pun biasa jejolly, takde la beg mahal. Beg murag je. Nampak beg silang, macam best pakai. Ambil, cuba pakai, ok cun..haaha. Dalam hati, nak ke tak. Pilih punya pilih, akhirnya ambil juga..hahahaha.Perempuan memang pantang buy one free one. Beli beg tu, dapat free satu lagi untuk harga yang sama. Sekali terkeluar juga duit ni. Masuk shoping mallmall kalau tak membelipregnant tak sah. Susah kalau ada sale ni.

Jadi,kalau rasa nak cuci mata, sila bawak, duit cukup-cukup je. Takyah bawak banyak-banyak..hahaha. Gatal sangat tangan nI.

hai assalammualaikum

Berhenti Blogging!!, ermmm - Harini, entah kenapa, boleh pulak terfikir " nak berhenti menulis, nak berhenti blogging, nak berhenti jadi blogger "..mungkin badan penat sangat, tak cukup rehat. Mana taknya, dari siang sampai ke malam, melayan anak. Bila anak nak tidur, ada je yang menggangu membuatkan dia bangun. Dah beberapa hari nad tak mengadap laptop. Update guna phone je. Kalau update personl takpe, kalau nak update kerja, nak guna phone macam tak best pulak. Yela, guna phone mesti banyak kesalahan atau typo.

KALAU AKU BERHENTI BLOGGING
Budak kecik tu nak selalu diteman 24 jam

Betul la, nad tengok diaorang yang ada anak ni, kadang makin malas nak update blog. Mungkin sebab layankan anak. Tapi ada juga yang masih menulis blog tapi tak serajin sebelum ni. Ada tu rajin, mungkin ada orang jaga anak dia atau anaknya behave. Macam nad, nad setiap hari ada semangat nak tulis blog, blogwalking ni, tapi anak tarik semangat tu..hahha. Mana taknya, dia benci sangat nad duduk atas meja kerja nad tu. Dia akan tarik nad suruh main dengan dia. Kalau kita letak dia duduk depan laptop sama-sama, dia tekan laptop kita pulak. Hilang idea nak menulis...bertabah jela. Anak sembilan bulan, ku kandung. Tapi kerja pun tetap nak kena buat. Kalau tak macam mana nak dapat duit,nak dapat, rezeki lagi.

Sekarang, income pun dari blog. Kalau berhenti takdela income. Nak jadi dropship, takut tak boleh bagi komitmen juga disebabkan anak ni nak duk berteman je. Kita main phone depan dia pun,dia mintak alihkan, main masak-masak dengan dia..hahaha. Main bola dengan dia. Kalau takda income, apa lagi, mintak big boss setiap bulan la pulak. Big boss pun banyak benda nak kena bayar.

Tak tau dah nak buat macam mana oiii.. Kerja berderet menunggu nak diupdate. Tulis tajuk je mampu..hahaha.
hai assalammualaikum


Uber Mengarut - Sekarang nak pergi event, kalau suami ada hal,nad naik uber. Ambil uber pun bila event berbayar. Nad pilih uber sebab dia mudah. Ambil kita terus dari tempat kita suruh ambik. Uber dah jadi kenderaan tetap nad sekarang.

Setiap kali naik uber, macam biasalah, nad berdiam je..hahaha. Yela uber lelaki, takkan nak borak, malu. Tapi selalunya diaorang akan start borak dulu. Biasanya diaorang akan tanya, pergi mana?? Buat apa dekat situ?..makanya nad pun berterus terang la. Nad cakapla nad ada event, nad ni blogger. Selalunya, sebelum diaorang tau nad ni blogger diaorang akan cakap, event jumpa client ke, event opis ke, kadang nad ahak kan je..hahaa. Malas nak cakap banyak. Ada tu lagi dasyat cakap nad buat MLM..haaha. Last-last cakapla kita ni blogger.

Bila cakap kita blogger, ada la, terus nak ambil tau, macam mana kerja blogger?? Apa dia buat?? Maka ku bercerita la panjang. Kalau ada yang dengar blogger ni bagus, ada la mintak review barang dia..hahha.. Macam tu la. Ada tu pulak mintak ajar jadi blogger. Macam-macam jugakla. Driver uber ni ada yang fulltime ada yang partime. Dalam buat uber, ada buat bisnes. Jadi, cerita kita ni blogger, ada rezeki, dia mintak review barang dia..hah!! gitu...

Dan sabtu haritu, pertama kali dapat pemandu uber yang tengah tak berpuas hati pasal Uber ni sendiri..hahaha. Mula-mula bising pasal jem, lepas tu dia cerita pasal tak puas hati dengan pelanggan dia dan khidmat uber ni sendiri. Dia cakap " uber sekarang mengarut "..tak paham maksud dia mengarut macam mana. Sebab dia cakap, pelanggan dia sebelum ni, hantar dah la ambil masa 1 jam lebih juga, dengan jem, tapi bayaran tak menetapi perjalanan. Macam nad, dia kata ok..pemandu uber tu cakap sama ada uber yang problem atau pelanggan dia.. Kesian juga dengarnya..

Tapi seriaunya,  habis kereta lain di hon, nak masuk line bila kereta tak bagi dia masuk pun bising. Nad doa je dalam hati moga-moga selamat sampai..hahaa. Nasib baik anak dah tidur dalam kereta. Lepas tu, dia mengadu lagi, ada seorang ni sewa dia pergi ke satu tempat. Lepas tu dia mintak bayar tol RM40, orang tu tak bagi. Nad pun tak tanya banyak. Mungkin orang tu tak guna apps uber, sebab tu pemandu uber tu marah. Tapi ntah macam mana dia sewa, nad tak tau.

Lepas tu dia cerita, rindu kampung semua..hahha..dia dari Sabah. Tapi dia cakap Sabah tengah buat penangkapan..ke ape ntah..nad dengar je, sampai dia sebut pasal KPI..eh ntahla..macam-macam juga. Dia jadi pemandu uber fulltime. Jadi macam-macam la ragam pemandu dia jumpa. Dah hampir sampai destinasi, dia borak elok dan siap bergurau lagi.

Akhirnya, sampai la destinasi nad. Alhamdulillah. Nad pun bagi la lebih sikit dari harga sepatutnya nad bayar..kesian pun ada lepas dia ngadu tu semua..hahaha..Tak tau mana salah, mana betul. Haritu memang jadi pendengar setia je la..

Kalau uber mengarut, boleh cuba grabcar pula. Nad tak cuba lagi grab ni..huhu.
hai assalammualaikum

Melawati Mall Shopping Mall - Haritu, mr mafia ajak pergi jumpa kawan dia dekat shopping mall. Ingat shopping mall biasa pergi, rupanya ni shopping mall baru dekat Taman Melawati. Tak tau buka bila, sebab nad dah sebulan lebih dekat kampug haritu, gara-gara mabuk. Balik je, mr mafia yang ajak. Tu pun sebab kawan dia kerja situ.

Tengok bangunan dari luar macam bangunan kerja je, bukan shopping mall. Nak parking tinggi.Parking tingkat 5 dan 6 rasanya..Hahaha. Sebab masuk dalam shopping mall je dah tingkat paling atas.


Habis satu mall pusing, nak tengok apa yang ada. Uish, macam-macam ada. Kira semua jenama, semua kedai makanan ada. Butik, kedai pakaian, kedai beg, kedai kosmetik, kedai gadget, permainan, cinema pun ada..uish semua adalah.



Ni la dia directory Mall Melawati.



Tingkat 6 masuk jalan terus, jumpa kidz zone. Tempat menarik, harga pun boleh tahan. Dewasa RM58 kanak-kanak RM35 tak silap. Tapi tengah promo merdeka, harga kurang dari harga asal iaitu RM48 dewasa dan RM25 kanak-kanak. Boleh keluar masuk, satu hari main. Promo merdeka sahaja sehingga 3 September.


Suka pulak tengok, nak masuk tapi rupanya kena pakai stoking. Yess, wajib masuk sini pakai stoking. Jaga kebersihan. Kalau tak bawak, kena bayar ler..hehee. Kitaorang pun baru tau, jadi tak masuk. Sebab kena bayar itu ini. Jadinya, lain kali jela. Aku teruja nampak gelongsor tu..hahah.



Kedai mainan yang bakal dibuka. Bayak ooo...




Pastu tingkat 5 , ada panggung wayang. Ada tempat gadget. Tingkat 4, kawasan gagdet, phone semua. Suka pulak tengok speaker tu.



Tingkat 3, ada kedai makanan. Macam- macam kedai makanan ada.

Tingkat 2, kedai butik tak silap.




Paling bawah, pasaraya, kedai snack, ada juga kedai makanan. Boat noodle pun ada.


Jeruk, oiii..memang kena beli..hahaha...






Ni ambik masa nak balik. Tingkat 6, ada la dinding di lukis. Macam biasa mestilah amik ganmbar..hahaha. Satu bangunan, macam-macam ada.