Articles by "fesyen"
Showing posts with label fesyen. Show all posts
hai assalammualaikum

Nak berfesyen Biar Bepada - Macam biasa bila dah sampai musim raya, maka semua pereka fesyen akan keluarkan rekaan baju terbaru. Macam-macam jenis rekaan akan kita nampak dekat media sosial. Ada yang cantik, memang cantik giler, ada yang sederhana, tapi ada juga yang nampak cantik tapi pelik..hahaha. Tak tau la yang fesyen pelik ni macam mana dia boleh fikir nak buat. Kita kalau boleh berfesyen ni biar nampak cantik dan memudahkan kita. Ni kalau dah melaratkan kita, nak ke kita pakai macam tu.

Time nak raya ni la macam-macam pakaian pelik ada. Selalunya nad nampak baju lelaki je pelik, yang ni, nampak baju perempuan pelik..aduh..Salah satu contoh pakaian yang kita tengok memang lawa, tapi rupanya cara pemakaian dia yang nampak menyusahkan. Bila tengok gambar sahaja, kita fikir seluar dan baju dia. Mungkin pakai asing-asing. Tapi bila tengok cara tutorial dia, alamak..pening oii..berbelit-belit macam pakai shawl pulak..hahaa..

Nak Berfesyen Biar Berpada

Berfesyen tidak salah,tapi biarlah berpada dan kena dengan caranya. Cubaan bergaya keterlaluan boleh menjadikan kita bahan ketawa orang yang melihat. Ada beberapa peraturan yang perlu kita ikut agar gaya tidak pelik dan janggal


Kalau tengok baju ni memang menarik. Macam kain dengan baju . Tengok balik pun macam seluar kan. Baju memang ok sebab menutup aurat, dan tak jarang. Labuh pulak tu. Tapi rupanya tempat bahagian kain tu ditutup. Mesti tak paham kan..ok tengok tutorial dia buat. Harap korang tak penin.


Posted by Rody Veiled on Saturday, 29 April 2017
Nak berfesyen boleh, tapi biarlah nampak cantik di mata orang. Biarlah yang betul sikit..hehee. Takyahla buat pening orang. Ok sekian.. 
hai assalammualaikum

Pemilihan Baju Untuk Ibu Menyusu

Sejak ada anak ni, pemilihan baju amat nad titiberatkan.Kalau dekat rumah, memang tak kisahla pakai baju apa pun, tapi aklau tengah berjalan keluar, mestilah agak sukar nak menyusukan Fariza. Jadinya baju nad pakai, perlulah selesa, longgar dan mudah untuk menyusukan Fariza. Sebaik bergelar ibu, fesyen dan penampilan berubah sama sekali. Tapi takdela berubah kepada yang selekeh, berubah kepada ibu yang vogue..hehe..Ibu yang bergaya. Fesyen yang sesuai untuk memudahkan proses menyusukan anak

Baju ni longgar dan labuh.

1) Bila beli baju,mesti pilih baju yang longgar. Yela, kadang nad susukan fariza dengan tarik baju dari bawah. Bila kita tarik dari bawah, bahagian belakang badan takkan nampak, dan boleh tutup kepala anak sekali..hehee. Cuba bayangkan akalu pakai baju ketat, azabnya nak bagi susukan anak..kann..

Baju ni berzip di bahagian depan

Baju jubah ni berbutang

2) Lebih mudah lagi nak menyusukan anak dengan memakai baju yang berbutang atau berzip di hadapan. Bila time Fariza nak menyusu, bolehlah buka butang atau zip tersebut bila-bila masa. Bila dah selesai, boleh membutangkannya atau menzipkan kembali.Tapi kalau pakai baju macam ni, nad akan pastikan, shawl atau tudung nad pakai, menutup dada. Takdelah masa buka tu, ternampak kita punya kan..

Cardigan dari milkwithlove

3) Memakai cardigan atau pun jaket untuk menutup bahagian-bahagian yang terbuka itu.Cara yang paling mudah dan senang untuk menyusukan anak kecil anda ialah untuk menyelak baju anda tetapi jika anda berbuat demikian, bahagian perut, belakang dan tepi tubuh anda akan terdedah.Yela kadang kita nak pakai baju tshirt, jadi, mestilah pakai dengan cardigan. cardigan atau jaket penyelamat kita semasa menyusukan anak. Ni salah satu cardigan yang jenis breasfeeding. Ada butang untuk tutup semasa susukan anak.

4) Kadang nad pakai baju yang bercorak. Yela, bila dengan anak ni, macam-macamla dia buat sampai boleh jadi kotor baju kita.Baju bercorak boleh menjadi penyelamat. Ia boleh ‘menutup’ kotoran itu. Dengan menggayakan baju bercorak, mata yang melihat anda tidak akan perasan kepada kotoran tersebut dan membuat kesan kotoran itu kurang jelas.

Macam tu la nad sekarang kalau nak pilih baju.


hai assalammualaiku

Baju Kurung Moden Zaman Mak Kawin


Orang perempuan zaman dulu, badannya ramping, kurus kan, kalah kita. Kira nad ni beruntungla, sebab kurus macam orang dulu. Tak perlu pakai korset..hahahha. Tengok baju mak ni, mesti ikut bentuk badan habis. Bagusnya baju zaman dulu ni, kalau dijaga elok, masih boleh dipakai sampai sekarang. Tahan lasak juga baju zaman mak kita ni..heheheh..



Ni salah satu baju mak nad, yang nad boleh pakai. Sebenarnya baju ni kakak nad yang korek dekat almari mak, tapi dia tak muat. Jadinya nad yang ambil baju ni dan pakai. Sebab nad je yang muat baju mak ni..hehhe. Dalam keluarga nad la paling kurus dan sama bentuk badan macam mak dulu..cewahh..



Cantik kan baju mak ni.  Baju kurung moden dibuat dari sulaman yang kemas. Corak bunga, semuanya warna kuning. Walaupun semuanya warna kuning, corak bunga tu masih nampak dan timbul, jadi takda nampak tenggelam pun. Corak beralun lagi. Orang dulu buat baju kemas sangat.

Baju ni ada lapisan dalam. Cuma bahagian lengan dia tak letak lapisan, jadinya kenala pakai handsock. Orang dulu kan seksi sikit. Sekarang tak boleh seksi..hahaha.

Baju kurung moden mak ni, dulu nad boleh pakai baju sahaja, kain tak boleh, sebab punggung ku besar sikit. Nampak sangat pinggul mak kita kurus weii. Tapi kali ni nad dapat pakai kain dia sekali..hahhaa.Kurus kot..jangan jeles. Cantik sangat bila dah pakai sepasang ni.



Baju ni dulu mak pakai masa kawin. Sekarang nad pakai pergi majlis..hehehe..masih cantik. Takde koyak pun sulamannya. Turn nad pulak jaga baju ni. Kena jaga untuk turunkan ke anak pula..hehehe..tu pun kalau anaknya kurus macam maknya..huhuhu.
hai assalammualaikum

Tergoda Dengan Koleksi Baju Baru Zacheela Yang Unik Dan Cantik


Ni kali pertama nad pergi ke majlis Fashion Show. Memang dah lama teringin nak pergi majlis macam ni, tapi sebelum ni tak berkesempatan. Alhamdulillah, semalam, nad berpeluang menyaksikan acara Fashion Show ni depan mata. Tengok model berjalan atas stage dengan memperagakan pakaian terkini dari Zacheela. Majlis diadakan di Parkroyal Kuala Lumpur, jam 8 malam.


Nad memang suka berfesyen, teruja nad tengok pakaian yang diperagakan. Bila dapat peluang macam ni, sekurangnya, kita tau pakaian terkini yang ada di pasaran, sesuai dengan kita dan menutup aurat. Tahun 2016 bakal melabuhkan tirai namun bagi jenama fesyen Muslimah, Zacheela. keterujaannya baru’ bermula. Glamorous Devotion Fashion Show 16/17 adalah pentas penuh warna bagi memeriahkan lagi industri fesyen tanah air.

Zacheela menampilkan lima koleksi fesyen terkini dengan 30 seleksi busana Muslimah, Menggunakan fabrik berkualiti Rasetti Silk dan Korean Polyester dengan perincian mutiara dan manik premium, koleksi eksklusif ini menyediakan 100 helai bagi setiap rekaan dan boleh didapati di butik Zacheela sahaja.

Lima Koleksi Terbaru Zacheela 


1. Alessandra ( Baroque )
Corak Baroque diinspirasikan daripada sebuah jenama mewah antarabangsa. Ia salah satu paten yang begitu eksklusif dan menarik. Membawakan dua warna mewah. hitam dan nude agar pemakai tampak elegan.



2. Florella (Flora )
Diinspirasikan daripada Flora. Lukisan tangan dengon bermotifkan flora digunakan agar pemakainya tampak lebih manis dan ayu. Dua warna lembut iaitu ungu dan dusty green yang dilakar pada fabrik. menambahkan ciri kelembutan dalam koleksi ini.

3. Sophia ( Morroccan )
Dominasi cetak Moroccan yang classy ini sempurna digayakan ke mana pun. Menampilkan motif negara Timur Tengah dalam rona lembut. ia memberi suntikan penuh gaya.


4. Malena ( Abstrak )
Koleksi Malena mempunyai rekaan corak abstrak dan membuatkan si pemakai tampak jelita. Merah jambu yang merupakan signatur butik Zaeheela dillham dalam koleksi ini bagi menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.



5. Bahira ( Geometrik )
Diinspirasikan dari corak modern geometric. Pilihan bual wanita yang inginkan gaya lantang. Biru tanda berani mencipta sensasi pada pemakai.

Memang berbaloi datang. Cantik-cantik dan unik semua baju yang diperagakan..Nad sangat suka tengok baju jenis Flora dan Abstrak. Nanti nak beli la..heehe..nanti tengok ye nad amik baju yang mana..Alahai terpegun tengok semua jenis baju. Korang pun patut miliki Koleksi Zacheela ni, sebab baju ni menyasarkan golongan belia bekerjaya yang mementingkan penampilan diri yang unik dan elegan.

Saiz tak perlu risau, sebab Koleksi Zacheel menyediakan saiz XS hingga XXL. Harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu bermula pada harga RM179 hingga RM299.

Ikon Fesyen Zacheela



Zacheeela meenampilkan aktres terkenal tanah air, Anzalna Nasir sebagai duta jenama eksklusif.Cantik sangat Anzalna ni. Terpesona tengok dari depan. Lemah lembut je orangnya.


Baju yang Anzalna pakai ni keluaran eksklusif Zacheela. Inila " Blissful Blossom ". Limited Edition Couture adalah kombinasi polos warna peach pink yang dihiasi dengan swarovski crystal dan premium pearls. Ia direka khas buat wanita yang ingin tampil anggun daninginkan kelainan di majlis keramaian. Hah!! boleh pakai untuk kawin..mesti cantikk..tak pun majlis grand kau..huhuhu..Macam puteri bila Anzalna pakai. Kalau kornag pakai, mesti lawa juga weii..

Kucing Sebagai Model


Bestnya,masa event ni ada kucing tau. Kucing tu bukan sekadar perhiasan, tapi antara kucing terpilih untuk masuk sekali dalam keluarga Zacheela...ehehe. Kucing tu pun jadi model tau. Ni la keunikan Zacheela, mengambil kucing sebagai model dalam gambar koleksi Zacheela. Comel gila kucing tu. Satu kecik, satu besar. Gebu-gebu dua ekor kucing ni. Kucing besar warna coklat tu pernah masuk iklan dalam tv. Kalau nak tengok gamabr kucing ni, boleh tengok dekat instagram dia iaiatu @johanandhiscats. 



Menurut Pengarah Pemasaran & Operasi yang juga Pengasas Zacheela, Tengku Shaheela Tengku Abd Malek, koleksi yang ditampllkan banyak bermain dengan keberanian dalam membawa elemen inovotif dan trend terkini serta didatangkan dalam pelbagai warna. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada penggemar fesyen Muslimah.

“Kami berusaha menghasilkan sesuatu yang unik agar peminat sentiasa tergoda untuk memiliki koleksi kami. Bagi memenuhi kehendak pengikut fesyen, kami memperkenalkan koleksi baru pada setiap dua minggu.” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya acara perfunjukan fesyen Glamorous Devotion ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memperkenalkan jenama Zacheela di mata peminat fesyen tanah air.

“Acara seperti ini diharapkan dapat mengukuhkan jenama kami dan mampu membina kepercayaan para penggemar fesyen. Walaupun kami sedar begitu banyak butik yang menawarkan fesyen Muslimah di pasaran. Zacheela menerimanya sebagai satu persaingan sihat dengan memberikan kepuasan kepada pelanggan melalui servis dan kualiti.”

MENGENAI ZACHEELA SDN BHD

Ditubuhkan pada penghujung 2013. Tengku Shaheela Tengku Abd Malek memulakan pemiagaan dalam talian dengan menumpukan kepada busana wanita. Perniagaan ini diusahakan kerana minatnya kepada dunia fesyen dan bisnes.

Dalam mengukuhkan lagi bisnes ini. suami kepada TengkuShaheela Tengku Abd Malek iailu Zarkiah Awang Latif yang juga Pengasas Bersama Zacheela sedia meninggalkan kerjayanya dalam bidang minyak dan gas setahun yang lalu.

Mengetengahkan konsep Muslimah Modem Wear, Zacheela dengan taglinc Beauty of Modesty sentiasa mahu menampilkan koleksi elegan namun melindungi aurat dengan sempurna. Leblh utama Zacheela amat menitikberatkan pernilihan fabrik berkualiti tinggi seiring dengan jahitan yang bermutu.

Setelah dua tahun beroperosl. Zacheela kini memiliki dua cawangan butik di KL dan Bangi, serta sebuah pejabat urusan di Bangi dengan kekuatan kakitangan seramai 16 orang.

ZACHEELA BANGI SENTRAL
05-05-02 JALAN PUSAT MEDAN BANDAR 8A
BANGI SENTRAL
BANDAR BARU BANGI

Website : http://www.zacheela.com.my/
Facebook: Zacheela
Instagram: Zacheela

hai assalammualaikum

Corak Berbunga - Tak pernah terfikir nak pakai pakaian yang bercorak berbunga ni. Sebab sebelum ni pun, nad lebih gemar pakai corak yang plain dan satu corak je. Takut juga nak pakai corak berbunga ni. Bagi nad, corak berbunga ni sesuai untuk baju kurung atau jubah sahaja. Tapi, sejak berkawan dengan orang yang pandai berfesyen, lepas tu tengok diaorang berani pakai pakaian bercorak ni, nad pun tengok macam lawa je. Corak berbunga ni bukan sahaja baju dengan dress, malah digunakan di seluar, kasut, shawl, dan macam-macam lagi. Kira trend bercorak ni mendapat tempat di hati  para wanita untuk penampilan mereka.


Macam nad pakai ni, ialah seluar bercorak bunga. kalau tengok dari jauh, macam jenis seluar biasa atau seluar tidur, tapi sebenarnya, ia adalah seluar jeans yang bercorak berbunga. Dari jauh nad dah nampak seluar ni, nampak cantik je. Lagipun corak tak terlalu besar dan sedang-sedang je. Lagi satu sebab warna dia yang berwarna biru..hehee..almaklumla, nad lebih suka warna biru.

Seluar ni jenis bergetah bukan zip. Dan tu salah satu nad suka. Tinggal sarung je, tak perlu susah-susah nak zip. Tiba-tiba pinggang terbesar ke, seluar ni masih boleh disarungkan.


Tengok Fariza pakai pun, lawa je kan, nampak keperempuannya..hehee.

Kalau seluar jenis berbunga ni, cantiknya digayakan dengan baju plain atau baju warna putih kosong je. Sebabnya seluar dan bercorak berbunga, jadinya baju mestilah takda corak.

Corak Berbunga Nampak Feminin


Corak cetakan bunga yang mempunyai daya penarik tersendiri dengan corak eksklusif yang sesuai digayakan oleh golongan muda dan juga pertengahan. Menggunakan motif bunga dengan pelbagai warna latar berbeza memberikan mood yang lain kepada si pemakai, warna dan corak akan memainkan peranan penting dalam mengekspresikan diri.

Corak bunga yang ditampilkan bersaiz lebih sederhana, cukup ringkas bagi memberikan satu alunan corak yang berjaya menambat hati si pemakai dan juga sesiapa yang memandang. Motif flora ada pelbagai jenis. Ada motif bunga yang besar-besar, ada pula yang kecil-kecil. Biasanya, corak bunga yang lebih kecil disukai oleh ramai wanita kerana ia lebih ringkas dan cantik. Manakala motif bunga besar-besar cenderung digunakan sebagai penyeri pada kain.

Motif flora ini dapat  mampu memberikan kesan yang lebih ceria dan girly meskipun tanpa digayakan dengan sebarang aksesori.






hai assalammualaikum

Pengalaman Tebus Voucher Barang Di Zalora - Sebenarnya ni kali kedua nad tebus voucher Zalora ni, tapi ni kali pertama nad buat sendiri. Sebelum ni, nad suruh member buatkan. Sebab masa tu berpantang dekat kampung, nak pilih guna phone dengan line macam siput memang takla. Lepas tu massage la Lisa mintak tolong tebuskan. Masa tu dia kata banyak discount, tapi nak mudahkan dia, nad suruh pilih barang yang takde discount, kira ngam-ngam dengan harga voucher tu. Padahal voucher tu, dari bulan 1 lagi, dan tamat bulan berapa.tak ingat..jadi terus mintak tebus.

Kali ni nad buat sendiri, tengok sampai tiga barang guna satu voucher nad tebus..fuh..Disebabkan kesalahan sendiri, asyik buka zalora tapi tak tau nak pilih macam mana, last-last suruh orang buatkan..kan..kann..hahaha..kan dapat satu barang je. Kali ni puas hatila dapat tiga barang dengan voucher RM100. Masa ni pun dok pilih beberapa minggu. Adoii penin memilih..hahaa..Kalau boleh nak pilih warna biru je, tapi tengok bajet ada terlebih dari voucher ada terkurang dari voucehr. Kalau beli mahal dapat barang dua, kalau pandai pilih dapat barang tiga ni ha!!..Selepas dah beberapa minggu, akhirnya dah buat keputusan beli tiga barang ni..hahaha..Cantik pun cantik. Beli bukan untuk raya, tapi pakai seharian..

Meh tengok nad tebus apa.


Ni la barang yang nad tebus..hhehehe..Sebeanrnya kalau boleh semua barang nak biru, macam nad cakap dekat atas, kadang terlebih dari harga voucher dan terkurang dari voucher...Nad aklau boleh nak ngam-ngam dengan voucher tu..ehhee..dan hasilnya ni la..Nampak harga tu kosong, sebab guna voucher. Nanti nad ajar step tebus voucher. Tu pun mintak orang guide..hahaa..


Amacam kita bergaya dengan barang Zalora.

Jacket tu best sangat..boleh diikat dan dibuka. Sebenarnya sebelum ni ada warna hijau pekat, pastu nad buka balik tengok-tengok baju tu dah takde. Jadi amik jela warna pink ni. Takpela, nad pun takda warna pink..hehehe.. Nama jackert pun Nadia..hahaa

Yes!!..salah satu warna biru..hehehe..akhirnya dapat juga..beg sling..cantik pun cantik..Selepas pilih baju dan jacket, ada balance RM17. masa tu dok usha la barang harga tu. Last-last pilih tudung adijuma tu..ehhee..okla..dah selesai membeli. Takyah penin lagi.

Cara Tebus Voucher Zalora


1) Memilih barang
 Disebabkan kali pertama, jadi nad kena buat elok-elok. Takut tiba-tiba terbayar pulak..hehee..Sebelum ni nad ada terbaca dekat blog kak Julia Johari,berkenaan pembelian di zalora dan Lisa bila dan beli barang ni. Meh nad bagitau.


Dua Perkara Perlu Amik Tahu 
1) Delivered In - Setiap pembelian yang menggunakan voucher mestilah lihat pada delivered in tu. Korang perasan kan kat gambar tu ade delivery. Ok kalau delivery yang lebih 5 hari tidak boleh menggunakan voucher. Voucher hanya menerima 1-3 hari edelivered in. Atau pun seperti gambar yang nad bagi tu tu. 1-4 delivered in peninsular Malaysia. Hah !! tu boleh, asalkan jangan lebih 5 hari.
2) Tulisan voucher - Ada dekat bahagian detail, korang scroll bawah lagi ada tulis details. Kadang dekat situ dia kadang ada tulis tak boleh guna voucher. Jadi korang kena tengok situ jugak ye.

Itu jela dua perkara yang kena amik tau. Saiz pun jangan lupa ye..dia ada saiz tertentu.

2) Add To Bag
Dah pilih tu tekan add to bag

3) Kalau tak puas membeli boleh klik continue shoping


4) Bubuh code Voucher

5) Secure Checkout

6) Bagi detail Nama, email, alamat. Dekat situ akan nampak simbol facebook ( perlu login dengan facebook )..kalau tak dia tak jalan

7) Pembayaran. (tekan Gift card untuk tebus voucher. Bubuh lagi code tu walaupun dah bubuh tadi mula-mula...hahaa
8) Lepas tu hantar jela..
9) Tunggu email zalora untuk confirmation order.

Selesai.. Selamat bershoping. Nad order sehari dan esoknya barang dah sampai..wah terbaik zalora..

hai assalammualaikum

Jubah Pilihan Baju Raya Tahun Ini - Ni kali pertama nad pakai jubah masa raya. Sebelum-sebelum ni, tak pernah langsung pakai jubah, nad pakai baju kurung moden, baju kurung biasa. Nak pakai jubah takut nampak besar dan panjang. Tapi lepas berkenan tengok orang kurus pendek macam nad pakai jubah, lawa je. Pulak tu tahun ni ada Fariza yang breasfeeding, kena la cari baju yang sesuai. Sebab tu tahun ni raya nak pakai jubah.

Lepas tu tiba-tiba kawan post dekat whatsup, tunjuk gambar baju jubah beserta kurta sepasang sedondon gitu. Bila tanya harga, murah gila, jubah perempuan dan kurta lelaki sepasang, hanya RM150 je. Apa lagi terus beli jela. Tak tau kalau dekat luar mesti lagi mahal kan, jadi beli siap-siap. Yang penting dia warna biru..hehehe..Sebelum beli tu, tanya mr mafia dulu, nak tak pakai bju kurta ni, lain dari lain sikit, sebab sebelum ni pakai baju Melayu je kan, nasib dia nak..hehee..


Pagi raya tema Biru sedondon kami beranak..Ni la jubah nad pakai. Jubah ni saiz S, tapi masa sampai nad cuba pakai, takutla besar, panjang ke, cek baju kot-kot mana tak elok, yela harga murah, tapi semuanya ok, kain sedap, tak panas. Dan paling penting ada zip dekat bahagian atas untuk ibu menyusu. Tapi macam biasa, nad pendek, jubah ni panjang, jadi nad hantar baju untuk alter di Tesco Ampang. Entry ada dekat SINI. Saiz S memnag dah kecik, ngam dengan badan nad. Pakai pun nampak lawa je..hehee..


Yang ni pulak jubah dari Milkwithlove. Suka dengan jubah ni sebab kainnya nampak licin tapi tak licin. Lepas tu bahagian lengan dia lace. Jadi ada kontra warna dekat situ. Yang ni saiz S juga. Dapat je memang pakai dah ngam cuma panjang sikit. Memang mudah nak menyusu anak, dengan baju jubah breasfeeding ni.

Dah mula jatuh hati dengan Jubah ni..lepas ni cari jubah yang bercorak bunga-bunga la pulak..hehehe..
hai assalammualaikum

Gaya Stailo Dengan Kasut Boots - Dah lama teringin nak kasut boots, sebab tengok orang pergi travel pakai kasut Boots, lawa je dia pakai. Jadi mula la terfikir nak beli walaupun tak pergi travel. Yela, orang cakap siap-siap ada, biar senang nanti kot-kot pergi travel, dah ada kasut sesuai..hahaha..Tapi kasut Boots sekarang tak pergi travel pun dah boleh pakai. Pergi shoping complex ke, pergi bercuti dalam Malaysia pun boleh pakai Boots kan. Sebab tu nad beli boots ni..hahaa..Sebab pakai boots ni nampak stailo je.

Bila survey dekat instagram, akhirnya dapatla Boots yang diidamkan. Bukan satu tapi dua sekali nad beli. Kisahnya selepas nad terima kasut Boots yang salah dari Mysale. Nak tau Boots ape dia bagi nad, Entry ada dekat SINI. Marah sangat dengan mysale, terus beli dua kasut Boots dekat peniaga online lain..hahaa..gitu sekali. Takpe, puas hati sebab dapat kasut yang nak sangat. Lagi lawa dari mysale..hhaha..


Ni la dia Koleksi Kasut Boots nad sekarang. Satu coklat dan satu merah. Satu bertali dan satu main sarung je. Mula-mula tu takut jugak kan beli kasut dekat online ni, dengan tak tau kualiti, dan paling penting saiz dia. Kang takut terbesar ke kang, takpun terkecik. Macam nad selalu saiz kasut nad beli saiz 6, kecik kan kaki nad..hehee..tapi kawan nad bagitau, " kalau selalu ko pakai saiz 6, kena amik saiz 37 Euro "..tu untuk saiz euro..Kasut ni pun guna euro, jadi nad pun pilihla 37. Tapi peniaga online nad beli ni, dia bagi saiz ukuran kaki supaya nad tak tersalah pilih saiz. Fuh!!..nasib baik. Jadi, bolehla ukur kaki kita dengan tali ukur.


Masa sampai excited betul. Terus cuba kasut Boots ni. Nasib baik ngam-ngam dengan kaki. Tak besar dan tak kecik. Bila pakai nampak stailo gitu. Boots ni sesuai dipakai dengan baju apa sahaja. Tak kisahlah jeans, tshirt, tak pun dress, gaun. Semua bolehla. Macam nad pakai Boots dengan seluar askar dan tshirt. Memang sesuai sangat. Nampak rockers..hahaa..Anak pun dah mula nak ikut mommynya..hahaha..Kasut ni warna coklat, jadi memang sesuai dipakai masa bila sahaja. Nad pakai masa pergi ke tempat-tempat yang sesuai, macam shoping complex, tak pun jalan-jaan bercuti.


Kasut coklat ni tumit dia tinggi sikit. Tapi selesa di pakai dekat kaki. Kasut ni bertali, tapi takdela setiap kali kau buka tali lepas tu ikat balik..Ikat siap-siap, lepas tu nak pakai cuma longgakan bahagian atas je..senang dan mudah. Kasut pun tak keras sangat dan kualiti pun bagus.



Yang ni pulak Boots bersarung je. Cuma buka tepi tu je. Boots ni macam jenis kain berbulu. Tapi tak berbulu la..hahaha..alahai susah nak cakapla..hehehe..Masa ni nad pakai masa pergi KL Tower. Sesuai la pakai kasut macam ni. Nad gandingkan dengan seluar jeans dan jaket. Yang ni pulak kasut tak tinggi. Okla satu beli tumit tinggi, satu beli tumit tak tinggi..ehhhe..

Dua-dua Boots ni best. Jadi tak sia-sia beli..koleksi kasut bertambah..ahhaa..tinggal nak cari kasut warna biru je..
hai assalammualaikum

Baju Sedondon Mak Dan Anak - Suka tengok diaorang yang suka pakai baju sedondon ni. Tak kisahla couple, adik beradik, suami isteri, mak anak dan keluarga. Memang nad suka pakai pakaian sedondon ni. Bila satu family pakai sedondon macam best je. Meriah...kau..baru tau ni keluarga Pak Johari dan Latipah..hehee..Tapi keluarga nad pun tak pernah pakai sedondon. Sebab masing-masing nak baju sendirian berhad. Tak boleh buat apa la..

Pernah pakai sedondon pun masa tu raya pertama sebagai suami isteri..hahaa..Baju tu muat lagi kalau nak pakai raya tahun ni. Tapi nad jenis suka sedondon bukan sahaja baju raya , malah baju tshirt ke, baju berjalan..ermm. Tapi, memang takkan dapatla sebab mr mafia jenis tak suka nak serupa ni. Dia, biar dengan style dia..Tapi sejak ada anak ni, suka sangat, sebab nad boleh pakai sedondon dengan anak..hehee..Anak pulak tak boleh cakap apa la..dia mesti kena pakai juga kan..hahaa


Seronok ada anak ni rupanya. Lagi-lagi perempuan..Boleh la sama je selalu. Nad tak kisah pun, kalau dapat anak lelaki pun tetap nak sedondon. Daddy tak mau sedondon takpa..hahaa..mommy dah ada geng. Tapi bukan senang nak cari baju sedondon ni, macam corak sama, semua samala..Macam dalam gamabr ni. Ala comelnya..nak cari jugak sedondon macam ni. Mesti ada kedai untuk ibu dan anak baju sama kan..tapi dekat mana??..huhuhu..nanti kami cari..hehe

Sekarang nad kalau nak sedondon dengan anak, warna jela boleh sama. Macam kalau warna biru, anak pun pakai warna biru. Kalau hijau dia pun hijau. Walaupun corak tak sama. Warna sama okla kan..hahahaa..nak juga.




Hah macam ni, Nad pakai warna biru dan gold. Nasib baik baju Fariza ada biru dan gold jugak..samala kan..hahaa..


Yang ni baju askar..warna hijau..hehee..

Takpe nanti kita cari lagi mana baju sedondon ye Fariza..nasib baik raya ni baju sedondon..Korang cadangkan kedai mana yang jual baju sedondon anak mak ni..please...
hai assalammualaikum

Gaya Simple Shawl Di Hari Raya - Orang perempuan ni, shawl dah banyak, semestinya nak cantik di Hari Raya. Selalu shawl asyik buat gaya sama je ka, sesekali nak buat gaya shawl lain tak salah pun kan. Banyak tutorial shawl yang nad tengok dekat youtube, media sosial. Tapi nad berkenan cara pemakaian yang mudah dan simple. Lepas tu tak amik masa banyak. Lagi-lagi sekarang, gaya yang loose shawl tu. Tengok cantik je orang pakai..Yang penting pemakaian masih menutup aurat.

Kebanyakan wanita berhijab sekarang suka mengikuti trend semasa lebih-lebih lagi tentang fesyen muslimah. Tapi jangan terlebih overdose sangat berfesyen sampai orang pandang pun macam ntah apa-apa ntah..hahaa..Nad memilih simple dan nampak cantik di Hari Raya. Jadi nad pilih gaya shawl yang mudah penggayaaannya, walaupun pakai shawl yang paling mudah ialah lilit satu atau pakai sarung je, tapi saja la nak tukar sikit kan. Meh nad tunjukkan beberapa gaya yang menjadi trend sekarang.


Inilah dia loose shawl yang orang selalu buat sekarang. Tengok cantik je orang buat kan. Nad tengah cuba nak pakai. Tapi fail nak pin belakang..hehee..haritu nampak tutorial, pin biasa dekat depan pun boleh buat macam ni..

Gaya ni nad penah buat. Tapi kena pandai pin bahagian atas dan betulkan . Kalau tak nanti dia tak kan beralun bahaian yang berjuntai tu..


Ni pun nad pernah cuba. Senang je kan. Pin bahagian pendek ke bahu. Bahagian panjang bawak ke kepala..

Ni orang panggil gaya elfira loy.dok pusing sekali je. Ni nak cuba buat..hehehe...

Ni pun ok..cantik-cantik..



Hah ni cara yang nad teringin buat..hahaa..Tapi tengokla Hari Raya nanti. Yang penting shawl mestilah panjang dan menutup aurat. ok..bye..