Articles by "kempen"
Showing posts with label kempen. Show all posts
hai assalammualaikum

Azam dan Pencapaian

Setiap tahun pasti akan ada keazaman yang ingin dicapai. Setiap individu memiliki azam yang berbeza, ada yang nak kurus, ada yang nak berjaya, ada yang berubah kepada yang lebih baik, namun kadangkala ia sukar untuk dicapai.

Untuk memberi keyakinan kepada mereka, Pharmaton ingin memberikan ganjaran kepada mereka yang bersemangat untuk mengekalkan azam tahun baru dan mencapai pencapaian yang lebih besar serta baik sepanjang tahun ini !


Kempen "Reward You Achivement": Pharmaton Beri Ganjaran Atas Kejayaan Anda!!!

Pharmaton memberi semangat semula kepada mereka yang ingin mencapai azam mereka dengan memperkenalkan kempen terbaru, iaitu "Reward Your Achievement" yang mengalakkan rakyat Malaysia untuk mengimbau pencapaian mereka pada 2016 dan meraikan usaha keras yang diberikan di samping memberi rangsangan agar mereka dapat memenuhi azam bagi tahun berikutnya.


"Kami di Pharmaton® benar-benar memahami kepentingan untuk mengiktiraf pencapaian rakyat Malaysia yang telah berusaha keras sama ada dalam kerjaya profesional, perkembangan diri atau membina hubungan yang bermakna. Kami amat teruja untuk melancarkan inisiatif baharu yang menggabungkan cita-cita yang dimiliki Pharmaton®- menggalakkan peningkatan diri dengan mengambil tanggungjawab terhadap kehidupan dan kesejahteraan diri mereka. Pharmaton® hadir dan bersedia untuk bersama anda dalam mendepani cabaran hidup yang mendatang,” kata Cik Carmenza Alarcon, Ketua Penjagaan Kesihatan Pengguna Malaysia/Singapura, Sanofi-aventis (Malaysia) Sdn Bhd.


15 orang rakyat Malaysia yang terpilih akan di taja Pharmaton dalam mencapai matlamat tahun 2017 mereka. Pemenang terpilih ini akan diberi pilihan untuk memilih bidang yang ingin dicapai daripada empat teras yang berkaitan iaitu kesihatan, pembangunan diri serta mengembara.


Untuk tambah lebih yakin dan keterujaan lagi, salah seorang daripada 15 orang pemenang ini akan berpeluang memenangi pengalaman memasak istimewa bersama Chef Selebriti dan duta jenama Pharmaton iaitu Sherson Lian yang mana beliau akan mengajar penyediaan hidangan khas berdasarkan teras utama yang dipilih peserta.

Sherson Lian yan dinamik, berjaya dan penuh bertenaga yang juga merupakan personsifikasi sempurna seorang penguna Pharmaton. Komited juga untuk mengambil bahagian dalam kempen ini.

Kalau berminat, jom sertai peraduan kempen “Reward Your Achievement” oleh Pharmaton. Untuk sertai peraduan, sila ambil borang di mana-mana kedai atau farmasi yang terlibat kemudian nyatakan kurang dari 30 patah perkataan mengapa anda layak untuk menang.

Jangan lupa untuk hantar borang pada kotak pengumpulan yang disediakan atau secara mudahnya boleh terus menghantar mesej pesanan WhatsApp ke nombor 017 – 235 2960 untuk menyertai.

Pencapaian yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Untuk lebih maklumat sila layari www.pharmaton.com.my