hai assalammmualaikum

Fariza Bersama Mantan Permaisuri Agong YAM Permaisuri Datuk Amar Hajjah Siti Aishah - Pertama kali nad berjumpa dengan Mantan Permaisuri Agong YAM Permaisuri Siti Aishah ni secara berdepan. Kalau dulu mampu tengok dalam televisyen sahaja. Bila dapat lihat depan mata, wah!! rasa teruja. Melihat perilaku Permaisuri Siti Aishah seorang yang peramah sekali. Nad dapat jumpa ni pun di sebuah majlis projek amal yang dipersetujui Permaisrui Siti Aishah sendiri yang turut juga menjadi penaung. Majlis tersebut ialah Majlis Projek Amal Wakaf Telekung Siti Aishah.



Selepas habis majlis, semestinya nak bergambar itu mesti sebagai kenangan. Masa tu pulak bawak baby Fariza. Jadi teramat segan silulah hati ni nak bercakap dengan Permaisuri Siti Aishah untuk bergambar. Melihat perwatakannya macam seorang yang tegas, tetapi bila dah mendekatinya, beliau seorang yang peramah dan mudah tersenyum. Nyata aura baginda masih mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Tingkah lakunya masih sopan seperti seorang permaisuri. Tutur katanya halus sekali.



Lagi satu, Permaisuri Siti Aishah amat sukakan budak-budak. Lagi nak didukungnya Fariza dan didudukkan dipangkuannya. Nad pula yang malu. Baby Fariza pulak, diam je dipangkuan Permaisuri Siti Aishah. Alahai anak..



Sesiapa nak buat amal kebajikan untuk projek amal wakaf telekung Siti Aishah ni bolehla baca detail di bawah. Pakej Wakaf Telekung Siti Aishah akan dihantar ke Rumah Anak-anak Yatim, Sekolah Tahfiz, Rumah Orang Tua-Tua, Masjid, Surau, R&R, Stesen Minyak di seluruh Negara Termasuk Sabah dan Sarawak bergantung kepada permintaan orang ingin mewakaf. Lokasi dan sumbangan juga boleh dilakukan mengikut permintaan si penyumbang.

Pakej Wakaf telekung dengan kadar harga:
Dewasa : RM35.00 sehelai  
Kanak-kanak ; RM30.00 sehelai 


Untuk menyertai wakaf telekung tersebut , sila hubungi 

Waktu pejabat : 03- 61841662/667 atau
Mohd Zaharuddin : 019-6821965 
Wan Farah: 013-3358570 
Norlida : 013-2250751  dan 
Rozita : 013-3061175 


Boleh juga datang ke alamat :

D’or Rue Sdn Bhd, 23, Kompleks Kilang SME Bank, 
Jalan SBC6, Taman Sri Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor.


Wakaf boleh dibuat melalui tunai, bayaran cek dan online di nombor akaun Maybank 562151000859. Sila emaill slip bayaran pengesahan ke dorrue@gmail.com. Simpan resit untuk tujuan pengecualian cukai pendapatan.