Articles by "review food"
Showing posts with label review food. Show all posts
hai assalammualaikum

Kedai Makan Cabin Meru Cafe


Kedai makan ni dekat dengan rumah family nad di Jalan Paip Meru ni. Nad pergi kedai ni, jalan kaki je dengan anak buah..hehehe. Sebenarnya kedai makan ni beberapa bulan beroperasi. Tapi, baru kelmarin nad dapat makan dekat kedai makan ni sebab sebelum-sebelum ni bila balik kampung nak makan sini, ada je halangan..huhuhu.

Kedai berkonsepkan Cabin Di Kawasan Kampung

Sebelum siap, memang nad perasan, ada cabin nak buat. Tapi sebelum ni, kakak cakap nak buat rumah tumpangan ke rumah sewa..entahla. Tapi akhirnya jadi kedai makan.


Nama kedai Cafe Cabin Meru.












Kedai ni berkonsepkan cabin. Ala sekarang kan sana sini guna cabin kan. Jadi ni la salah satu cabin kedai makan yang ada dekat kampung. Kedai makan ni ada bawah dan atas, tempat makan.

Menu di Cabin Cafe Meru

Sebelum ni nad tau, menu yang dekat sini ada western sahaja. Macam biasalah, chicken chop, lamb chop. Tapi malam tu nad pergi macam-macam menu ade. Bukan setakat western, nasi bergoreng, nasi lemak dan sizzling pun ada. Macam-macam jugakla..


Malam tu nad order chicken chop special. Apa specialnya???. Selain ayam, sayur dan kentang dia ada hotdog dan meatball. Sebelum ni nad pernah rasa chicken chop dia, sedap sangat sebab kuah dia, adik pernah bungkus, tapi malam tu nad pergi, kuah dia biasa je..ermm..tapi meatball dia sedap.

Kakak pun perasan kuah dia rasa lain..huhuhu..takpe boleh diperbaharui..


Anak buah pulak order nasi lemak. Untuk nasi lemak memang terbaik. Sedap dan sambalnya sedap.


Air ada macam-macam, tapi malam tu order air chocolate je.


Korang yang berdekatan nak cuba boleh pergi ke Jalan Kemboja Meru. Ini adalah peta lokasi Cabin Meru Cafe. Anda boeh search dalam Google Map atau masukkan coordinate dalam GPS anda.

Jika anda gagal untuk mengesan lokasi landmarks terdekat dan paling besar adalah Fairy Park Meru Klang 吧生中路仙境山莊.  Kami terletak sebelum pintu masuk ke Taman Peringatan ini.

Jika anda gagal juga. Sila jangan malu malu untuk menghubungi melalui telepon atau whatsapp ke 0122672327.

Tempat ni boleh booking juga untuk majlis acara seperti family day, annual dinner atau apa-apa sahaja. Boleh tengok facebook Cabin Meru Cafe.



hai assalammualaikum

Owlery Cafe, Sambil Makan Sambil Santai

Haritu nad teringin sangat makan spageti. Dah lama sangat tak makan western ni. Kalau dah teringin, memang nak sangat, kadang boleh bawak sampai mimpi..hahaha..melampau sangat kan. Sebenarnya dah lama teringin nak makan dekat satu cafe ni. Tengok kawan-kawan post gambar makanan dekat cafe tu memang mengiurkan. Tak boleh jadi ni, memang kena pergi.

Alhamdulillah, haritu nad ada duit lebih sikit, terus nad ajak dia makan luar. Nad kalau dah teringin, memang tak berkira bab duit untuk makan. Asalkan kita dapat apa kita nak..hahaha.

Nak pergi cafe ni, mudah je, tekan waze taip Owlery Cafe, nanti sampaila ke.destinasi. Part ni paling lawak, sebenarnya tempat ni dah banyak kali kitaorang pergi, sebab hantar Fariza pergi klinik waktu dia demam. Tak tau pulak, seberang sahaja Owlery Cafe ni. Tu pun husband yang cakap, ni dekat IPD Ampang tu ke??. Nad jawab la, ahak..mr mafia pun cakap kenapa tak bagitau awal, ada jalan lain, patut macam kenal jalan ni. Paham-paham jela waze kalau bawak, nak elak sesak, macam mana..hahaha..


Padahal tempat dekat dengan rumah..Tanya nad, memang nad tak ingat jalan la..melainkan jalan serupa je jalan, nad ingatla..haha..maafin isteri mu wahai suamiku. Dah sampai ke Owlery Cafe. Perut pun dah lapar sangat waktu tu. Jom tengok menu nad order.


Ni cara nak order. Ade kertas dan menu. Menu dia macan kelendar daa...hahaha..bagus, lain dari yang lain.


Ni la yang nad order..Dah nad cakap, nad tak berkira bila.dah teringin..hahaha..Pinggn dia besar oii..Memang puas hati makan. Kenyang sampai ke malam..hahaha.



Untuk air nad order Banana Milkshake untuk mr mafia dan Oreo Chocolate Milkshake untuk nad. Sekali slurpp, pergh terbaik air dia.


Kalau manis sangat, jangan risau, ada air kosong. Ingat botol apela ni..hahaha.


Ngidam spageti carbonara, tapi macam takde je, sekali nampak King Prawn Pesto. Pergh udang dia besar oii..Nad hantu seafood ok..memang terbaik makanan ni. Sedap sangat. Memang rasa dia, huishh takleh cakapla, sedap giler..Yang penting ade spageti..haha..


Grilled Lamb Company. Nama dasyat betul..hahaha. Ni untuk mr mafia. Dia memang suka kambing. Grilled Lamb dekat sini tak liat dan lembut je. Makan pun puas. Tak sia-sia makan dekat sini. Kuah dia pun pekat dan sedap. Mr mafia pun suka. Dia kata not bad..hahaha..


Bila dah datang sini, nampak semua makanan sedap. Nad order lagi iaitu Chicken Burritos. Perut ni waktu tu nak makan je. Tak puas dengan spageti makan ayam yang disalut dengan roti ape ntah..hahah. ada sos dia. Sedap weii..lembut je bila masuk mulut.


Lepas makan, semestinya nak cuci mulut gitu..hahah. Dah lama teringin makan brownies. Kat sini ada acam-macam jenis dessert, tapi nad order Brownies with aiskrim. Pertama kali makan brownies, rupanya manis sangat. Okla ada aiskrim, boleh cover manis tu. Mr mafia takleh telan, takpe nad yang habiskan..hahaha.

Kesemuanya nad bagi 10 bintang untuk Owlery Cafe ni. Dekat sini Makan Asian jugak disediakan seperti nasi goreng dan noodle. Kalau korang nak tahu antara keunikkan menu disini lagi adalah diorang ketengahkan hidangan ikan rebut goreng digandingkan pula dengan nasi goreng, telur mata dan keropok. Memang cukup lengkap hidangan yang mengenyangkan untuk semua peringkat umur.

Suasana di Owlery Cafe

Tempatnya sangat selesa dan bersih. Dekorasi kedai pun sangat menarik dan santai. Semuanya ada corak dan patung burung hantu. Memang tema kedai sama dengan nama kedai. Depan kedai je dah di sambut dengan burung hantu.



Suasana luar kedai.




Suasana dalam kedai. Dekat sini ade tempat duduk dekat bahagian tepi. Kau tengok anak nad bila dah kenyang..macam tu kau..baring terus..haaha

Tempat mainan kanak-kanak


Istimewanya cafe ni, ade tempat zone untuk kanak-kanak bermain. Masuk sini je terus masukkan Fariza dalam ni. Leka betul dia main kau. Mommy dan daddy senang hati nak makan..hahaha. Bila dia lapar, dia akan keluar, bila dah makan, dia masuk.balik..hahaha.

Korang cubalah makan dekat sini. Sedap weiii..Menunya semua sedap. Kalau korang nak datang boleh ke:

Owlery Cafe Dine & Grind ini.
Alamat : No G-6, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, 55100 Kuala Lumpur,
Telefon : 03-42879639
Waktu Operasi : 12.00pm – 12.00am setiap hari (Tutup pada hari Isnin)

Facebook: https://www.facebook.com/owlerycafe
Instagram : @owlerycafe
hai assalammualaikum

Makan Dominos - Kalau dah jalan-jalan, perut mesti la lapar kan. Lepas selesai jelajah KL Tower Mini Zoo, kitaorang semua decide nak makan dekat Dominos. Nad memang tak pernah makan dekat Dominos, tapi selalu tengok kawan-kawan pergi makan Dominos macam sedap je. Kitaorang pergi Dominos dekat The Weld berdekatan dengan KL Tower.

Nampak tak kitaorang serbu Dominos..hahaa. Orang kaunter terpaksa layan kitaorang punya pesanan. Tapi kitaorang behave, takde ganas..hehee. Jadi nak amik tempahan tu smooth jela..Jadi nad pun pesanla menu yang nad.


Nad amik satu set, iaitu ada pizza, air dan roti. Cukupla untuk dua orang makan. Tapi bukan satu set, order sekali dua set..hehee. Nad order Sambal Vegge dengan Beef Peperoni, air dengan roti garlic.


Sambal vegge ni pedas, tapi bahan dia semua sayur..hahaa. Nad manala tau, pilih ni pun sebab mr mafia nak yang pedas. Sebab tu beli satu set lagi..hehee.Tapi sedap juga, pedas dengan sayur. Sayur pun sayur cendawan, tomato, cili benggala dan ape ntah nama dia warna ungu tu. Sebab ada cendawan tu dia yang sedap..ehhee.

Roti Gralic, lembut je..


Air boleh pilih, nad pilih air pepsi. Comel pulak ada senyuman ni.


 Set Beef Pepproni nad bawak balik. 


Masa ni Fariza dah tidur. Dia memang, selalu bagi can dekat mommynya nak makan dengan tenang..hehee. Bunyi bising ke, budak lari-lari tak kisah, tak bangun pun..hahaa.


Ok kenyang alhamdulillah. Puas dah..boleh layari https://www.dominos.com.my/
hai assalammualaikum

Restoran Bikin Panas Di Puncak Alam - Selepas beberapa tempat kedai makanan dalam pilihan untuk sambut birthday Fariza nafisah, akhirnya kedai makanan sepupu menjadi pilihan..hehee. Ni pun pertama kali kitaorang keluarga datang ke restoran ni. Almaklumla, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri, bila dah plan tu, baru dapat datang.



Restoran Bikin Panas, memang panas bila keluarga Johari datang..hahaa..Huru-hara jadinya weii restoran tu. Kesian kitaorang buat dekat pekerja situ jadi kelam kabut..hahaha..dah namanya Bikin Panas kan..ehhee..Sebelum datang, kitaorang dah booking dulu. Nah amik satu meja panjang kitaorang punya.


Boleh tengok suasana kedai dia. Besar dan selesa. memang setiap hari, sepupu cakap penuh orang..Perghh..

Menu yang ada dekat sini, macam-macam ada..Ada nasi putih dan lauk-lauk, makanan bergoreng tapi malam tu kitaorang semua pilih untuk makan western dan roti canai beserta satay.


Makanan western yang ada dekat sini, macam biasalah chicken chop, lamb chop dan meatball. Tapi malam tu meatball boleh takda pulak. Haishh baru nak merasa..sedihh..


Satay yang aumm..



Yang ni pulak, nad order roti nan cheese. Boleh tahan juga sedap dia. Macam baiasa kuah dia semestinya kuah keema..huhu..Maaf makanan dah direbut dahulu, jadi gambarr macam ni la. Biasalah orang dah kelaparan.



Yang ni pulak capati denagn roti apa tak ingat..ahhaa. Ada ayam tandoori. Ni ayah dengan kakak order.

Kalau korang nak cuba, bolehla datang ke Restoran Bikin Panas ni.
Lokasi :  Astana Alam,Fasa 3,BdrPuncak Alam,Selangor.
Facebook: Restoran Bikin Panas



hai assalammualaikum

Ayam Panggang Restoran Rasamas - Hari minggu haritu nad ajak suami pergi makan luar. Kalau boleh, hari minggu, nad nak gantung kuali, malas masak..haaha. Nasib baik haritu mood suami ok je...hehee. Jadi kitaorang jalan-jalan cari la makanan sampai ke KPJ Tawakal. Bukan nak lawat orang sakit, tapi ada satu tempat makanan dekat situ yang kitaorang nak pergi. tetiba haritu nak makan ayam panggang..heehe.


Salah satu tempat makanan yang menjadi pilihan nad ialah Restoran Rasamas. Pertama kali nad jejak dekat Rasamas ni. Tak tau menu dia macam mana, cuma tau ada ayam panggang je. Selalu nad dengar pasal Ayamas je, tu pun sebab akak ipar selalu beli produk Ayamas frozen tu..hahaa. Tapi Ayamas dengan Rasamas tak sama ok. Ayamas jenis "take away", beli lepas tu balik. Tapi untuk Rasamas, boleh makan dekat situ. Lagi satu tak pernah pergi Rasamas sebab tak banyak tempat dia buka kan. Sebab tu berjalan sampai KPJ Tawakal ni nak rasa ayam panggang Rasamas.


Tengokla Fariza ni. Tau nak makan sedap..hahahaa.






Suasana di kedai Rasamas. Rasamas ni bertempat di Ground Floor dalam bangunan KPJ Tawakal. Bangunan baru ye. Antara menu yang ada di Restoran Rasamas selain ayam panggang, sandwich, kek, macam-macam dessert lagi. Ok jom tengok menu apa nad order.


Tadaaa..ayam panggang sedap dah sampai. Ada dua jenis ayam panggang iaitu Ayam Panggang Percik dan Ayam Panggang Pepper. Ayam mentah yang dijual di pasaraya pon dah RM15 keatas, tetapi ini ialah AYAM PANGGANG RASAMAS, siap dipanggang, lazat, dan beraroma cuma berharga RM19.90.Dia disediakan sekali dengan sambal. sambal dia sedap sangat. Ayamnya pun empuk je. Banyak macam ni memang kena makan dengan keluarga. Tapi kalau dah sedap sorang pun boleh layan..hehee.


Ayam panggang percik ni menggugat selera nad. Rasa percik tu tak sama dengan ayam percik luar..hahaa..memangla nak kelainan kan..ayam percik yang nad suka daripada black pepper. Ada rasa tersendiri.


Ayam panggang Pepper, kasi close up sikit la..hehehe..


Kalau bawak keluarga, ramai-ramai, korang boleh order set family ni. Macam nad order set keluarga. Ada yang untuk dua orang, ada untuk empat orang dan ada juga untuk enam orang. Masing-masing ada sidedish yang korang boleh pilih, dan menu tambahan. Berbaloi sangat!!. Harga pun murah dengan ayam seketul tu..kenyang weiii..



Kalau korang datang sorang, berdating atau nak makan satu pinggan je boleh, ada je set tu. Ni la dia Roaster Rice with Japanese Tofu. Ada ayam, nasi dan tauhu dan air. Nak bagitaula, tauhu dia lembut sangat. sedap diamakan bersama nasi dan ayam panggang ni. Set macam ni pun dah boleh kenyang. Tofu tu fariza makan selera je..


Dan paling bestnya, ada promosi untuk set ni. Buy 1 free 1 utk setiap 15hb & 30hb untuk set roaster with rice and tofu japan. Dua hari dalam sebulan je tau .woww sangat. korang pilihla tarikh salah satu ni, lepas tu pergi serbu Rasamas..berbaloi..



Heyy!! ingat Rasamas ada ayam panggang sahaja ke, ada juga makanan tempatan tau, amcam asam laksa dan Curry laksa. Dua-dua ni, ku hirup kuah dia, pergh ...terbaikk..



Asam laksa ni kuahnya sardin. Semua rasa ada. Masam, manis..nyum..nyumm..



Curry Laksa pulak memang kuah dia pekat dan berkrim..


Last sekali mestila makan dessert. kasi cuci mulut sikit. Ni la Brownies dengan aiskrim..jilat jari kau..hehee..

Latar Belakang Restoran Rasamas

RasaMas Restaurants telah wujud sejak tahun 1996 dengan cawangan pertamanya di Bukit Jambul, Pulau Pinang di bawah jenama Deli Ayamas, kemudian ditukar kepada Rasa Gourmet Restoran. Konsep restoran pertama Malaysia untuk menjual Roasters dengan gabungan hidangan Asia dan Barat. Dan perubahan nama dibuat iaitu Rasamas. Bulan Jun 2016, Rasamas mempunyai 9 cawangan di seluruh negara iaitu di Lembah Klang ada 4 kedai, Utara 2 cawangan & Pantai Timur 3 cawangan.

Antara lokasi Restoran Rasamas Warta Bangi Utama, Giant Batu Caves, Sunway Carnival Pulau Pinang, Tesco Mergong Alor Setar, East Coast Mall, Megamal Kuantan, Giant Kuala Terengganu, KPJ Tawakal KL, Aeon Bukit Tinggi. Kalau nak tau lagi dekat mana boleh cek dekat link ni http://www.rasamas.com.my/locations 


Kan bagus kalau buka banyak lagi cawangan dekat Kuala Lumpur ni..heehe. Ok korang cuba rasa ye. Nad siap bawak balik tapau lagi,. Jangan lupa promosi untuk set ni. Buy 1 free 1 utk setiap 15hb & 30hb untuk set roaster with rice and tofu japan. Dua hari dalam sebulan je tau.