hai assalammualaikum

Padah Anak Tidur Awal - Semalam petang jalan-jalan cari kuih. Masa dalam perjalanan nak cari kuih tu, memang dia mintak susu dan nampak dah muka dia mengantuk. Tapi, tak sempat tidur, sebab cari kuih pun bukan jauh mana. Memang setiap petang, nad akan tidurkan dia, sebab taknak dia tidur awal. Balik tu, terus makan kuih tu dan ajak dia mandi. Perangai Fariza bila penat, dia akan mintak susu lepas tu tertidur. Semalam pukul 8 malam dia dah tertidur. Nad agak nanti tengah malam mesti dia bangun, sebba dia mudah terbangun tengah malam. Kalau pukul 10 malam ok lagi, tapi semalam 12 tengah malam dia terbangun. Memang padah la kalau anak dah bangun tengah malam.

Budak ni, buat mommy pening

Bila dah bangun tengah malam, mesti dia akan main-main dan susah nak tidur. Ya!!, semalam lepas dia bangun, dia main, dan nad temankan dia. Hampir pukul 4 pagi layan dia main. Ingatkan dia dah ngantuk dan penat ke, tapi tengok gaya macam tak je. Macam biasa, kalau nak tidur, buat susu. Ok dia minum!!, tapi, dia taknak tidur, dia nak sambung main. Aduh !!, kepala nad dah pusing. Badan, pinggang semua dah sakit. Pass dekat daddy dia, daddy dia pass kat kita semula. Pening kejap. Selalunya kalau nak tidur memang dia cari susu badan.

Dah bagi susu badan, kiri dan kanan, mommy dengan sakit pinggang, sakit celah peha, Fariza tak tidur-tidur lagi. Lepas tu, ajak dia tengok tv. Cadangnya nak bagi dia tengok sampai penat, dan nad boleh tidur kejap dengan tenang. Huh!!, tak jugaa..dia ajak kita berborak, nad dengan pejam mata pun berborak la dengan dia. Yang si kakak macam ni, si adik dalam perut duk merekut-rekut lagi. Memang tak cukup tidur dah. Dua hari tu memang tak online sangat sebab layan kakak Fariza ni.

Dah pukul 6.30 pagi, Fariza masih tak tidur lagi. Nad pergi solat. Lepas tu tengok dia layan tv sambil menulis. Ajak tidur, dia cakap " taknak, taknak ". Ok ikut suka Fariza, mommy lelap kejap. Lepas tu dia datang dekat nad, sebut " mommy,mommy "..bukan nak tidur, tapi bagi pen dan kertas suruh tulis. Oh no, mommy cakap " nanti ye kita tulis, mommy penat sayang "..dia dah mengamuk. Nad biarkan dulu. Lepas tu dia datang lagi, " mommy, mommy, nak susu "..ok bagi susu, tepuk-tepuk bontot dia, belai rambut..lama juga la dia tidur, sedar-sedar dalam pukul 7.30 pagi baru dia tidur. Bila dia tidur, nad lapar pulak, makan roti dengan kaya, tuna takdok..nak beli la nanti..

Mommy ni sabar jela duk layan anak. Dah macam tak tidur je rasanya setiap hari. Pengorbanan betul. Nasib nad tak kerja, kalau kerja, macam mana agaknya..ermm.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. Makkk aihhhhh fariza. Aktifnya dia!

    ReplyDelete
  2. aktif betul fariza, kalau anak IQ, terjaga tengah malam, memang dia ajak main sekali, tapi last sekli mesti dia tertidur jugak..huhu

    ReplyDelete
  3. alolololo... manja nya fariza ya. Rajin dia nak menulis ..

    ReplyDelete
  4. Fuhhhh kalau kerja ni mau lena kat ofis.

    ReplyDelete
  5. alolo..cian nad..sabar yer nad..:)

    ReplyDelete
  6. Memang kena tidur time dia tidur jugakk...sebab takut dia bangunn, lambat nak tdo balik..muahaha

    ReplyDelete