hai assalammualaikum

Bekas Simpanan Alat Jahitan - Walaupun nad ni jarang menjahit, tapi alatan menjahit nak kene ada dekat rumah. Yela apa-apa kecemasan yang koyak macam butang ke, terkoyak kain sikit ke..kan boleh jahit. Benda simple-simple bolehla nad jahit..ingat lagi masa belajar kemahiran masa sekolah jahit butang..kihkihkih..kira ada skill sikit la nad ni dalam jahitan..kohkohkoh..

Alatan menjahit ni bukan nad punya sebenarnya, tapi arwah mummy (ibu mertua) ku yang punya. Mummy memang suka simpan banyak barang, kira semua benda alatan jahitan dia ada. Nad sampai rumah sini, sana-sini barang jahitan mummy, dah takde satu tempat. Jadi nad kasi kumpulkan semua barang jahitan mummy dan susun rapi. Biar semua teratur dan nad pun senang nak cari.

Bekas yang nad guna ni macam tempat bekas simpanan barang bertukang pulak..hahahha..yang warna kuning tu nad beli dekat Tesco RM30 je..yang merah tu memang dah ada..jadi bersihkan je dan simpan apa yang patut..

Bekas warna kuning nad simpan untuk benda-benda kecik, sebab banyak ruang kecik-kecik.

Bekas bulat ni bekas coklat. Ala dulu kan selalu beli bekas coklat yang dalamnya ada macam-macam jenis biskut. sekarang macam susah je kan nak jumpe bekas bulat ni. Tengok ade kegunaannya..Tempat simpanan benang..Macam-macam jenis warna ada..Dulu arwah mummy memang suka menjahit, pandai buat baju kurung lagi..haishh tak sempat nak belajor ngan mummy..

Bekas bulat lagi satu pulak nad buat getah ni..semua jadikan satu..

Nampak kemas dah sekarang..simpan dekat satu tempat..senang kan..takdela nak tercari-cari.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Memang nampak kemas bila dah susun dalam bekas..


    Jom singgah blog saya http://www.cintavitamin.com

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum nad...mmg terbaikkk la...:)

    ReplyDelete
  3. Kemas Sgt, lya pun baru cadang nak bli box mcm tu

    ReplyDelete
  4. klau kemas camni senang nak cari kan..

    btw salam perkenalan dari saya ;)

    ReplyDelete
  5. kena carilah satu nad..cantik dan kemas jerkan

    ReplyDelete
  6. mcam bekas alat mancing kak . huhuu

    ReplyDelete