Articles by "parenting"
Showing posts with label parenting. Show all posts
hai assalammualaikum

Masa lahir, memang Fariza ni rambut nipis je, tak berapa nak lebat. Dalam keluarga belah nad, nad tengok pun, semua anak buah nad pun jenis rambut nipis, tak lebat. Belah mr mafia pun sama, nipis je. Kita pun fikirla, mungkin sebab keturunan. Punya puas masa ngandungkan dia, tengok.baby rambut lebat..hahaha..yang kenannya pipi pulak, tembam..haahha..


Selepas usia dia Lima bulan baru nad cukurkan rambut dia sampai botak. Kenapa lambat???..sebab masa tu baru ada duit nak buat kenduri akikah semua. Lagi satu, dalam keluarga, takda siapa berani nak cukur rambut Fariza. Jadinya hantarla ke kedai untuk cukur. Entry dia cukur rambut dekat kedai ada dekat SINI.


Lepas je, cukur botak,tumbuh juga la rambut dia, tapi kembali macam baru lahir, halus dan nipis je. Dari usia dia 5 bulan, botak, sekarang dah masuk 2017, usia dia dah setahun tiga bulan, tak tumbuh panjang rambut Fariza..hahhaha. Malu-malu pulak nak tumbuh kan. Kita ni, punya tak sabar nak tengok rambut dia tumbuh, nak ikat rambut dia, barulah nampak perempuan..Ni rambut macam ni, semua cakap anak nad lelaki..hahhaa..kesian anak mommy. Kenala pakaikan dia headband, atau aksesori, bior nampak perempuan.

Tips Bagi Rambut Anak Cepat Tumbuh


Ramai bagi tips anak nak bagi anak tumbuh rambut panjang. Ada juga nad baca dekat blog orang. Ada kawan nad cakap, kena cukur kali kedua, baru rambut baby akan tumbuh panjang. Nak cukurkan Fariza unruk kali kedua, tak sampai hati ooo..hahaha..dah besar kan, takkan nak botak..adeh..jadi biarkan jela.

Ada tu, suruh letak minyak. Macam minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak baby johnson. Tapi nad tak pernah letak pun sebarang minyak dekat rambut Fariza..hahaha. Sebab takut nanti berminyak kepala dia. Dengan cuaca panas, takut Fariza lagi tak selesa. Tapi nak taknak, kena letak juga minyak rambut, biar tumbuh sikit. Ada terbaca minyak nutrococo dari shaklee..macam menarik..ada lagi ke produk ni..huhu..kene usha la..ke ade yang nak sponsor..eh..Ada juga kawan syorkan minyak rambut Dherbs..nanti kita tengok macam mana.

Ada tu cara tradisional, dengan guna madu, lidah buaya dan buah keras. Paham-paham jela, berapa kali rajinnya la nad nak buat sendiri tu semua..huhuhu..Untuk sekali sekala mungkin akan cuba.


Ni la rambut Fariza sekarang..Rambut nipis , tak tebal, bila nak panjang nak oii..Orang cakap takyah risau sebab nanti dah besar ,rambut dia tumbuh juga walaupun lambat. Yela kan, sebab orang cakap macam tu, nad relaks je, padahal dalam hati tak menyabar nak ikat rambut dia..hahha. Nak ikat dua, nak buat tocang..huhu.
hai assalammualaikum

Kisah Fariza Nafisah Di Kampung

Dah lama tak bercerita pasal anak nad seorang ni. Semakin membesar dengan sihat. Fariza masih dekat kampung, minggu depan baru balik bandar..heehhe.Lama betul Fariza dekat sini. Bila dekat sini, macam-macamla aktiviti dia buat dekat kampung ni. Yela ada geng dia. Apa geng dia buat, dia pun ikut buat..yang peningnya mommy..fuhh..

Apa dia buat dekat kampung ni, tak dapat buat dekat bandar.. hahhaa..jadi lepaskan jela apa dia nak buat selagi elok untuk perkembangan otak dia.


Setiap petang memang selalu bawak dia keluar rumah. Lepas tu dia dah pandai dah, asyik nak keluar jalan-jalan je. Padahal masa tu baru pukul 3 petang, cuaca panas, menjerit nak.keluar, nasib baik dekat rumah mak ni ada beranda. Hah, bawak dia dekat situ, petang dalam pukul 5 petang baru keluar. Aktiviti dia buat, jalan-jalan sukati dia la..kawasan kampung luas kan. Kadang tengokla diaorang main badminton. Dia seronok kat sini sebab ada kawan ramai, sepupu-sepupu dia.



Ni lagi satu, suka kacau atuk dia. Ayah nad jual barang dapur basah dan kering. Jadi setiap petang ayah akan kemas barang-barang dia. Fariza pun mengacau jela. Sambil mulut dia membebel cakap apa ntah..hahaha..


Yang ni dia suka sangat, naik motor jalan-jalan pusing kampung. Dulu dia takut naik moto, dah dibiasakan, suka pulak, berani dah nak duduk bakul. Dengar je bunyi moto, terus keluar, jerit-jerit nak naik. Dekat bandar takda moto, daddy tak beli. Insyallah ada rezeki beli la nanti.



Ni pulak, memang pantang sekali. Bedak dan budak memang tak dapat dipisahkan. Geng dia la ngajor ni. Habis bedak neneknya. Nenek pun bising..hahahaan.alahaii anak..dekat bandar memang takda nya macam ni, semua mommy jaga..fuh. Kalau macam ni gayanya, memang barang makeup mommy, takka tunjuk dekat Fariza..mau mommy menangis kang..hahaha..

Fariza makin membesar. Masih susu badan. Alhamdulillah. Selera makan baik, kesihatan pun baik. Seronok tengok anak membesar depan mata. Dengan perangai berubah-ubah buat mommy penin..huhu. Nak tengok pelbagai gelagat fariza, bolehla tengok dekat youtube nad..


hai assalammualaikum

Bila Anak Buat Perkara Di Luar Jangkaan

Tak cukup, sebelum ni dia naik tangga seorang diri, dan semalam dia buat lagi perkara yang membuatkan jantung kita laju..Ada saje je budak ni nak buat bila dia seorang diri.


Fariza ni memang suka kutip makanan, benda, tapi Kejadian semalam, memang nad risau, sebab dia bukan makan benda biasa ni makan sambal tempoyak weiii..kau rasa!!! itu pun semalam nad cepat-cepat dapatkan dia, kalau tak, tak tau berapa banyak dia nak telan.

Fariza Makan Sambal Tempoyak

Ceritanya, malam tu nad nak cuci muka. Jadi tinggalkan la dia dengan anak buah dengan kakak. Waktu tu memang ada kakak dengan anaknya tengah buka peti ais. Jadi nad tak kisahla tinggalkan dia bila ada kakak. Waktu tu nad tengah gosok gigi, tiba-tiba dengar anak buah cakap.

" Ma..ma..Fariza makan.." nada biasa..lepas tu dengar lagi " maaaaa...maaaaa..Fariza makan ni!! "..nada macam betul-betul lain macam..tak tau masa tu kakak dekat mana. Boleh biarkan budak-budak ni dekat peti ais. Nad dalam bilik mandi terus kaluar.

Ni la sambal tempoyak yang Fariza makan

Waktu tu kakak dah dekat situ, dia cakap, "Fariza makan apa??"..Anaknya tunjuk " ni.."..hamik kau..nad nampak sambal tempoyak..tapi tak rupa tempoyak pun..sambal tempoyak tu mak bawak balik dari kenduri saudara. Masa tu kat tangan dia penuh sambal, tak tau banyak ke tak dia makan. Tengok muka Fariza relaks je, tak nangis , tak jelir lidah, tak meragam ke..tapi kita ni mestilah risau. Terus amik basuh tangan dia, sabun tangan.

Esoknya, tanya mak, sambal tu pedas ke tak. Mak kata pedas, ade cili padi, tapi entahla, macam tak pedas..erkkk!! . Waktu Fariza makan tanpa ada perasaan, tak tau nak gelak ke ape. Kalau tengok muka dia memang macam tak ada apa-apa. Lagi dia jilat jari dia adalah..adehh..anak..

Bahaya budak makan pedas-pedas ni, takut usus dia tak boleh terima. Tapi harap dia tak makan banyak. Lepas dia makan, terus nad bagi dia minuk air..fuhhh..Lepas tu bagi susu, terus tidur..

Adoiila Fariza. Mommy dah terlebih bagi makanan dekat awak, nak makan benda lain gak. Nak ikut perangai daddy suka makan pedas ye. Lepas ni jangan buat macam nI lagi ye..mommy boleh terkeluar jantung.
hai assalammualaikum

Bawak Anak Pergi Event


Selalunya kalau pergi event, nad memang takut nak bawak Fariza sekali. Pertama, takut dia buat bising dan meragam. Kedua, takut tempat yang nak pergi event tu, tak boleh bawak budak, yela takut menganggu. Selalunya memang nad suruh mr mafia yang jaga. Tapi, haritu, dua event nad bawak Fariza pergi event. Sebab mr mafia kerja. Nak taknak kena bawak juga Fariza.

Walaupun nad tau perangai Fariza ni ok, bila dekat event, ( waktu tu ada daddy dia ) nad tak berapa risaula. Sebab mr mafia boleh tengokkan. Tapi ni nad sendiri. Nad nak kena jaga dia, nak kene jaga perangai dia bagi diam. Waktu yang sama, nad kena buat kerja nad sebagai blogger. Yup, memang bukan mudah. Kalau anak dah besar, boleh berfikir takpela gak. Ni baru setahun, apa dia tau, ada benda kat depan mata yang best, atau dia pegang sesuatu yang melalaikan dia, barulah dia diam.


Memang mencabar. Masa nad bawak Fariza pergi event, dalam hati harap-harap dia baik. Tak meragam, atau menangis. Tak menjerit kebosanan. Alhamdulillah..waktu event tu dia baik. Semua terkejut sebab dia tak bising..hahah..event fashion show kot..hahaha..setakat orang lalu lalang atas pentas, budak mana suka..nasib dia tak kisah..hahaha. Ada nad selitkan dia dalam video masa ambil fashion shaw..tapi mana ntah video tu..hahaha



Satu lagi event, sebab santai..ok lagi. Lagipun ada kawan, dia suka bila ada kawan. Pastu lepas, jalan sana sini. Alhamdulillah, dua-dua event dia tak ganggu. Tak ganggu kerja nad juga.

Kalau orang lain boleh, takkan nad tak boleh kan..banyak mommy blogger yang nad jadikan inspirasi bila bawak anak pergi event. Tapi ada yang bertuahla, ada pembantu untuk jaga anak diaorang. Lepas tu anak diaorang ada yang susu botol. Fariza sebab dia masih susu badan. Dan tak suka dengan susu botol. Kadi terpaksa la nad bawka dia ke hulur hilir.

Saya mommy blogger..maaf kalau terpaksa bawak anak ke event.
hai assalammualaikum

Fariza Anak Yang Baik, Buat Mommy Bangga


Nampak tak nad buat status dekat facebook. Siapa kawan dengan nad, perasanla status ni. Ye!!..Anak dara sorang ni, usianya dah setahun sebulan, dan masa ni la dia nak buat perkara extreme. Selalunya, dia akan naik tangga ni bila ada mommy dan daddy dia, tapi entah macam mana, kali ni, dia boleh naik sorang-sorang. mau tak berdesup jantung kitaorang bila tau dia dah masuk bilik kerja daddy dia.

Tangga ni berdekatan dengan dapur. Selalunya, kalau orang naik tangga, nad memang dengar. Entah macam mana, kali ni bila si anak naik, nad tak dengar pun. nak kata masa masak, kuat sangat bunyinya takdela pulak. Macam biasa je. Macam ni la bila sel otak dah berkembang. Tau dah nak buat macam-macam, tau dah nak buat sendiri-sendiri.

Nasib baik air yang ditumpahkan dah sejuk. Sebab sebelum tu ada tetamu datang. Kawan daddy dia. lepak la bilik kerja, nad buatkan air. sebab tu ada air kat situ. Nasib tak panas.Kenapa nad cakap dia anak yang baik?? Kenapa nad berterima kasih dekat dia?? hahahha..Kan dia buat selereak dekat bilik daddy dia. Jadinya, daddy dia kena la kemas dan mop lantai sampai bersih..hahahaha.

Sebab sebelum ni, nad suruh kemas bilik, Allahuakbar susahnya laki nad ni. Nad lagila tak berapa rajin nak kemas, sebab dah banyak kali kemas, beberapa minit dah kotor balik. Mana taknya, hisap rokok. Habuk rokok jatuh lantai. Stress kita tau!!..Nah jadinya macam ni la..Anak tolong mommy dia..hahaha. Daddynya memnag marah giler..hahaa. Nad kat bawah bersihkan dia sambil ketawa..kihkihkih..


Marah kat anak sekejap je. lepas tu baik balik..Ramai komen suruh pasang pagar. Memang kitaorang nak pasang. dah usha-usha pagar dah. Bahaya oiii.. Kita tak tau apa jadi nanti..Jadi langkah keselamatan, kena cepat-cepat beli pagar..huhuhu..
hai assalammualaikum

Rumah Bersepah Anak Bijak - Hah!!..sebelum ni selalu nampak quote ni dekat facebook. para ibu semua kongsi quote ni..hahaa..Maka para ibu mesti bangga rumah bersepah sebab anak bijak..hahaha. Tapi sememangnya anak kita dah bijak sejak dalam perut lagi. Sebab masa mengandung, kita dah buat yang terbaik untuk anak kita.

Budak-budak biasa, suka menyepahkan rumah bukan sebab apa, sebab diaorang tengah berfikir apa nak dibuatnya dengan benda tu. Diaorang tengah berimaginasi bahawa benda tu ada dengan mereka, bermain dengan mereka. Cuba korang ibu bapa main sekali dengan anak-anak, mesti korang pun boleh berimaginasi..hahaaa.


Tengokla rumah ni, apa yan difikirkan Fariza pun tak tau la. Habis berterabur kertas dalam box Lazada tu. Dia meneliti kertas tu satu-satu. lepas keluar sikit, dia keluarkan lagi danlagi. Jadinya berselerak la macam ni. Nad akan biarkan dia main sampai puas. Bila dia dah tak suka, dia biarkan la macam ni dan main permaianan lain.

Bab ni pun satu hal, kadang para ibu malas kemas sebab penat. Yela, para ibu ni banyak keja lain nak dibuatnya. Tapi takdelah dibiarkan sampai berlarutan. Lepas anak tidur, mesti para ibu akan kemas juga. Walaupun dia tau, esoknya akan bersepah lagi. Biarkan jela..kita yang beli mainan untuk diaorang bermain, jadi jangan merungut bila bersepah. Nak lagi bagus, ajar anak sama-sama kemas. Kita pun turut sama kemas. kan budak ikut cara perbuatan ibu bapa.

Bila bermain kena kemas. Dah jadi satu amalan mendidik dan bijak..kann..Tak kira la mainan besar atau kecik boleh mengundang bahaya. Maunya tersepak, tersadung, terpijak, jadi lain pulak nanti. Hah!!..Kalau nak selamat, buat satu ruang untuk anak bermain. Kat situ jelah nak bersepah. Takdelah pening kan..hehehe..


hai assalammualaikum

Muka Fariza Bila Kenyang - Anak nad sorang ni, memang jenis kuat makan, almaklumla, masa nad pregnant, kerjanya makan je..hahaha..dah turun ke anak. Apa kita makan, dia pun nak makan. Sekarang dah kena berkongsi dengan anak. Kadang dah bagi bubur pun nak makan lagi..Dasyat perut Fariza ni..hahaha. Tapi lepas dia susu badan, semestinya dia akan berak. Jadi nad tak berapa risau la.



Bila nad buka Box Of Joy yang nad dapat, ada pulak Nestle Cerelac Bijirin ni..Perisa Pisang dan Strawberry. Fariza nampak terus amik..hahaaa. Budak ni memnag pantang nampak makanan dia. macam tau-tau je. Tak sabar suruh nad buka. Menangis-nangis nak suruh buka..hahaha.



Lepas makan satu, makan lagi dan lagi. paham-paham jela, kalau snack macam ni, memang takkan berhenti. Habis satu plastik dia makan..hahaha. Sambil layan tv sambil makan. Memang dia ni, semua nak sumbat dalam mulut.




lagi satu air Nestle Creamy Milk. Pertama kali rasa air susu ni. Sedap manis pulak tu. Fariza pun nak minum juga..Tengok je muka dia tu. Tak boleh blah betul...hahaha. Susu kan, siapa yang tak suka..hahaa. Boleh tengok link ni Nestle Milk : http://www.lazada.com.my/nestle/


Produk ni korang boleh beli dekat Lazada. lazada Memang ada macam-macam. Dari kelengkapan rumah, dapur, bilik mandi, makanan dan minuman. Kira semua adalah..Mudah beli dekat online kan. Korang boleh tekan link ni http://www.lazada.com.my/online-revolution/

#LZDMYRevolution
hai assalammualaikum

Fariza Tumbuh Gigi - Perkembangan Fariza nad tengok dengan mata sendiri, alhamdulillah, syukur sangat. Memang nad impikan dari dulu, sebelum kawin lagi, kalau ada anak, nak jaga anak sendiri. Taknak bagi orang lain jaga, sebab ibu bapa jaga lain, orang lain jaga anak kita lain. alhamdulillah, Fariza dapat kasih sayang sepenuhnya daripada mommy dan daddy. Dari merangkak, memanjat, berjalan, makan, dan sekarang  lagi perkembangan Fariza ialah tumbuh gigi..hehee.


Nad tak pernah risau pasal perkembangan dia. Sebab nad tau, budak ni lain-lain. Ada yang cepat, ada yang lambat. Macam Fariza umur setahun dua minggu baru gigi dia nak muncul..hehee..Sebelum ni memang nad perasan kat gusi ada putih, tapi masa tu ingat gusi, sebab rasa takda tajam pun. Jadi tunggu jela, kalau betul gigi, nah dah keluar. Bila rasa, ada tajam dah..hehehe. Tu dia..

Selalunya kalau anak nak tumbuh gigi ni, mak-mak mesti risau, yela takut dia demam, sakit, tapi bagi nad, alhamdulillah, Fariza takda demam atau gigit puting masa susu. Baik budak ni..hahaha. Fariza setakat ni memang elok walaupun kena cucuk. Syukur sangat..

Takde pulak dia tunjukkan tanda-tanda nak tumbuh gigi..hahaa. Sebab dia main macam baisa je. Cuma dia suka mengutip jela..tu jela kerja dia. Menggigit barang pun ye. Oh tu mungkin salah satu tanda dia, tapi nad ingat tu perkara baisa budak buat..huhuhu..

Pertumbuhan Gigi bayi

Kalau dilihat carta perkembangan tumbesaran bayi atau ditanya secara general pada doktor kanak-kanak, secara umumnya, bayi mula tumbuh gigi pada usia 6-12 bulan dan akan keluar sepenuhnya ketika berumur 24 bulan. Kemunculan gigi pertama adalah petanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sedang membesar. Pertumbuhan gigi bayi juga terjadi dalam bermacam-macam keadaan dan sangat bervariasi. Gigi pertama yang keluar dipanggil gigi susu.

Gigi susu ni biasanya akan tumbuh seawal usia 3bulan & ade yang lambat sikit sampai umur 12bulan baru nak tumbuh pun ada. Tapi  normally gigi baby akan tumbuh antara 6-9bulan.Gigi baby ni akan tumbuh berpasangan. Sifat pertumbuhan gigi itu sendiri sudah sangat bervariasi di mana mungkin ada gigi yang tumbuh secara rapat dan ada juga yang jarang-jarang.

Kalau nak tau leboh info lagi apsal gigi, boleh baca SINI

Nad tak tau la gigi Fariza ni tumbuh macam mana..hehe..tunggu jela ye..sekarang dah dua gigi ada..jangan mimpi ngeri sudahla..
hai assalammualaikum

Biskut Homemade Baby Untuk Fariza - Sebelum ni, nad ada belikan Fariza biskut kudapan dekat Tesco, entry ada dekat SINI. Fariza memang suka biskut tu, dia boleh makan dua ketul sekali, tak pun tiga ketul. Tak tau sedapnya dekat mana, hahaa..sebab nad rasa pun tawar je. Tulis dekat kotak takde perasa, garam semua tu, tapi susah nak caya kan. Tapi disebabkan Fariza cepat lapar dan nak makan sahaja, nad belikan jela dia. Kalau nak nad buat memang tak sempatla.

Sebenarnya, kalau boleh nak bagi makanan yang terbaik untuk anak kan. Makanan yang takda perasa, makanan yang berkhasiat untuk anak. Fariza ni apa sahaja yang disuap dekat mulut, mesti dia nganga dan makan. Budak ni disuap apa pun tak kisah. Dah macam maknya la kan, nak makan je..hehee. Jadi, haritu ternampak kawan buat biskut baby buatan sendiri. Bahan yang digunakan pun bagus, tanpa perasa, dan paling penting berkhasiat. Ada tiga perisa biskut ni, iaitu mangga, kurma dan kismis.

Biskut Homemade Baby By Mommylin


Jadi nad pun orderla dengan kawan nad. Ingat nak order tiga-tiga, tapi dia kata kismis dah habis. Ok takpela, dapatla kurma dan manggo. Ni la biskut dia, tanpa pengawet. Botol pun comel je, bukan kaca, so selamat untuk anak-anak kita pegang. Yela Fariza ni pantang tengok makanan dia, semau nak diambilnya.


Nad beli biskut ni pun, sebagai kudapan Fariza, waktu pagi, atau petang atau malam. Kadang nad tak sempat nak buat bubur dia, nad bagi makan ni. Makan empat ketul pun boleh kenyang. Lagipun Fariza ni susu badan nad juga, jadi lepas makan biskut, dia akan susu. Kenyang la kan. Kau tengokla gaya dia tu, sambil layan Didi and Friends, sambil makan biskut. Lagak macam "mem besar" pulak ye.



Fariza suka dua-dua perasa, Kurma dan Manggo..Kan dah cakap dia makan apa sahaja..hahaha. Bentuk Kurma bulat, bentuk manggo sangat comel, bentuk beruang..hehee..nak makan pun sayang.



Biskut ni jangan bagi budak pegang, sebab dia cepat hancur. Takut bertaburan di lantai..fuh banyak kerja pulak nak bersihkan. Lagi bahaya tu makan dekat tilam. Sebab tu nad yang suapkan dia. mak-mak ni aklau tak berhati-hati pegang pun boleh pecah. Jadi pelan-pelan angkat masa bagi amkan dekat anak ye. Cara nad buat, biskut ni kan dah dibalut, supaya cantik je bentuk dia dan untuk elakkan pecah, angkat perlahan-lahan, buka plastik tu perlahan-lahan, Takdela dia pecah

Biskut ni padat, jadi kalau makan, dia macam penuh dekat mulut. ala nak cakap pun susah..ahhaa.


Hah!!, biskut ni pun boleh bawak pergi travel, jalan-jalan tasik ke. Yela budak kan nak makan je kejenya..hehee. Lagi satu biskut ni boleh dilembikkan untuk bayi yang yang belum tumbuh gigi dan tak pandai kunyah. macam Fariza, dia dah pandai kunyah, jadi nad terus suap je dekat dia. Biskut ni bagus untuk budak-budak besar juga sebagai snek harian, yela bahan dia pun terbaik. Dari kita bagi makanan ringan tu kan. Biskut ni bukan budak-budak je suka, mak-mak pun suka..hahaa..

Korang yang nak order boleh wassap 019-252 3932 (Allene). Biskut ni pun boleh dipos. Nyum-nyum..
hai assalammualaikum


Baru Setahun Dah Pandai Bergaya - Selalu tengok anak orang digayakan, sekarang bila ada anak, memang nad gayakan cukup-cukup..Tak kisah anak artis atau anak orang biasa, kalau digayakan memang budak nampak comel dan lawa je. Lagi-lagi macam anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana. Suka tengok dia, dipakaikan apa pun terima je, dengan senyuman dia. Memang ikut jejak che ta, suka bergaya. Dari anak che ta la nad jadikan inspirasi..ehehe..Inspirasi untuk mengayakan anak sahaja bukan memilih barang mahal..huhuhu.




Macam nad, dari kecik lagi memang nad suka gayakan Fariza dengan pakaian yang cantik dan comel. Sebab nad suka tengok budak-budak dengan pakaian yang macam ala-ala  model baby gitu. Lagi-lagi kalau dipakaikan masa kecil dia elok je pakai, bila dah besar, lagi suka dia nak pakai benda-benda hiasan ni. Yela budak-budak kalau tak dibiasakan dari kecik, dah besar dia taknak, tapi nasib Fariza suka pakai apa yang nad nak pakaikan dekat dia..ehehe.

Setakat ni semua barang-barag Fariza murah je. Biar murah asal nampak cantik dan mahal di mata orang..ehhee. Masih kecil ni dia memnag tak reti meminta la, mommy dia yang tukang pilih. Bagi nad, tak kira anak perempuan atau anak lelaki ( insyallah )..nad tetap gayakan dia bila berjalan keluar.





Dari kecil, suka pakaikan dia headband ni. Dia pun tak tarik headband ni, diam elok je dekat kepala. Dia memahami, nak nampak anaknya comel selalu..hahah..


Bila dah besar sikit, belikan topi pulak. Tu daddy dia yang nak.

Lepas tu dah setahun, nad belikan cermin mata pulak. Kalau korang nak tau, dia suka sangat pakai cermin mata ni. Pernah dia tau mana nad simpan cermin mata ni, dia amik dan suruh nad pakaikan. Perghh!!..terkejut juga. Lepas tu kalau nad tak bagi atau maik cermin mata tu, dia marah. Haritu masuk kedai pun, cermin mata yang dinampaknya..fuhh..


Harap dah besar, takdala mintak macam-macam, macam handbag mahal ke..haaha..mampus nad. Dah besar boleh pakai tudung pulak lepas ni. Jangan ketat- ketat ye nak..dosa..hahahaa..
hai assalammualaikum

Percutian Pertama Fariza Usia 11 Bulan - Dalam entry ni banyak gambar Fariza semasa bercuti di Legoland. Saje nad letak dalam ni sebagai kenangan. Ni la kali pertama Fariza jalan bercuti. Memang seronok bila ada anak, nak berjalan tu lebih semangat. Lagi-lagi Legoland ni memang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun masa tu dia tak tau apa-apa, tapi dia enjoy dengan tengok orang sekeliling, dan permainan yang ada dekat situ.

Masa pergi sini, bukan pergi bercuti keluarga suka-suka, tapi pergi atas nama blogger yang perlu bekerja. Nad memang suka bercuti, tapi kewangan tidak mengizinkan untuk travel. Mr mafia, kerja sendiri, kewangan kadang tak berapa nak masyuk. Kalau ada pun, duit tu untuk keperluan kami makan, minum. Kerja sendiri bukan dapat duit bulan-bulan, kena berusaha untuk dapatkan duit. Duit hasil blogging pun nad simpan untuk kecemasan. Kalau nak beli sesuatu, kenafikir dulu kenapa nak beli. Tak boleh suka-suka beli. Bila dapat peluang macam ni, nad teruja sangat, lagi boleh bawak Fariza. Ni la salah satu cara untuk nad travel walaupun dalam Malaysia.

Usia dia 11 Bulan, dia dapat bercuti ke Legoland Johor. Waktu ni ada event Halloween di Legoland. Tengok gelagat anak, kita pun gembira. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Nusajaya Johor ambil masa beberapa jam jugakal, dengan kereta kitaorang yang tak berapa laju..huhu. Tapi kami sekeluarga sampai dengan selamat. Waktu tu la amik gambar Fariza setiap saat, apa dia buat tu.

Kaunter Tiket Theme Park Legoland


Seronoknya tengok muka dia tu..senyum je..hehee. Dah lena tidur dalam kereta, bila sampai gembirala.







Masa ni dekat Lobby Hotel Legoland untuk check in. Dalam ni ada tempat khas untuk anak-anak bermain. Takda la diaorang boring menunggu. Entry boleh baca http://miszrockers.blogspot.my/2015/01/bercuti-di-legoland-malaysia-bersama.html dan http://miszrockers.blogspot.my/2016/10/promotion-hotel-legoland-khas-halloween.html

Theme Park Legoland 





Dalam Theme Park.

Hotel Legoland




Boleh baca http://miszrockers.blogspot.my/2015/01/review-hotel-legoland-hotel-yang-sangat.html
dan http://miszrockers.blogspot.my/2016/10/promotion-hotel-legoland-khas-halloween.html

Water Park Legoland



Masa dia nampak air, dia cuak juga,lama-lama dia ok, dan berenang sendiri..Panas pun panas la, yang penting enjoy..hehehee..

Theme Park Legoland Hari Kedua


Lepas mandi Waterpark, dia tidur. Lepas tu terjaga, dan terus ajak masuk Theme Park. Terus mengamuk, sebab tak puas tidur


Tak suka naik troli





Masuk sini ok sikit, sebab ada Lego





Dah habis...hehee. Bila la dapat bercuti lagi.