Articles by "Travel"
Showing posts with label Travel. Show all posts
hai assalammualaikum

Tawaran Diskaun Istimewa Jelajah Iran

Nad suka tengok mereka kaki travel jalan sana sini. Selalunya orang tengok package yang murah untuk melancong. Waktu tu masih ada masa untuk simpan duit. Nad pun suka travel sebenarnya. Tapi, banyak benda penting lagi nak dibuat dengan duit sekarang. Insyallah akan tercapai jugak nak melancong ke luar negara nanti.

Trip ke Iran 4 Musim Dalam 1

Nad nak bagitau, siapa yang teringin pergi ke Iran, korang boleh pergi dengan package yang murah ni. Harga asal RM 7999 tapi ada diskaun jadi RM 4999. Pergh!!, murah dah tu. Google apa yang menarik di Iran, masyallah, cantiknya tempat-tempat dia. Iran terkenal dengan kekayaan sejarahnya dan menjadi antara tempat tamadun dunia dan Islam.Dengan package yang ditawarkan, korang bolehlah pergi melancong ke Iran dan kongsikan pengalaman korang pergi sana nanti.Teruja pulak nad tengok tempat dan tawaran yang diberi.

Dengan harga RM4999, untuk 8 hari 7 malam, korang akan dibawa melawat di Tehran, Shiraz (Persopolis), Yazd, Isfahan and Kashan. Siapa yang suka melancong tu, mesti ada yang teringin nak melancong ke Iran. Bertolak pada 2 Mac 2017.

pakej jadual

PAKEJ JADUAL

Day 1- Ketibaan dan pemindahan ke hotel dan rehat (di Tehran Hotel).
Day 2- Melawat Istana Golestan, havieng makan tengah hari di 13.00 dan pergi Bazaar tradisional Tehran dan shoping sehingga 17.00. Berdoa tentang 18.00 di Masjid bazar, dan makan malam di Tehran Hotel.
Day 3- Selepas sarapan pagi pada jam 9.00 akan Tochal, salah satu perlindungan gunung dan Valey yang paling indah dengan salji. Bermain dan mendaki salji dan bermain kereta kabel. Makan tengah hari di 14.00 dan kembali ke gunung dan mendaki di atas salji pada 16.00. Kembali ke Tehran dan berdoa dengan Imam Zadah Saleh mengenai 18.00 kemudian melawat Bazaar Tajrish dan makan malam di Theran Hotel pada 19.00.
Day 4- Bangun tidur pada jam 6.00 dan bergerak ke lapangan terbang dan terbang di sekitar jam 8.30 sehingga 10.00 untuk Shinaz. memindahkan hotel, melawat Shahcheragh Saint.

Untuk hari seterusnya boleh tengok dalam gambar. Memang macam-macam aktiviti yang korang akan jalankan. Nak pergi sini berkumpulan. Untuk package RM4999 ni, group akan bertolak pada 2 Mac 2017. Tempat adalah terhad korang..cepat-cepat..4 musim dalam 1 tu..siapa taknak kan.


PAKEJ TERMASUK
Penerbangan Antarabangsa dan Domestik
Full Board Menu
7 malam menginap di hotel 4 bintang
Bayaran masuk
VIP Bas -privatedEscorted Bercakap Bahasa Inggeris Guide.

Tempat menarik di Iran

Bestnya Iran, Tengok gambar yang diberi ni. Cantik sangat. Semuanya ni diatur oleh Fahmey vacation Club. En Fahmey ni akan bukan setakat bawa ke Iran, ada tempat lagi yang korang boleh tengok dekat facebook dia Fahmey Vacation Club. Kalau korang nak pergi ke Iran ni, korang boleh contact En Fahmey di no 019- 315 0995.


hai assalammualaikum

#MytravelokaEscapade : Hong Kong Destinasi Percutian Yang Diidamkan

Nad memang suka travel. Nad tak pernah merasa travel ni dengan keluarga, sebab keluarga nad jenis tak suka berjalan. jadi pendamkan jela. Waktu mohon Universiti, nad doa, dapat univeristi jauh. Akhirnya dimakbulkan, dapat dekat UUM Kedah..hahaa. Okla kan, dapat mengembara ke Kedah, sebab tak pernah pergi Kedah pun. sambil belajar, sambil berjalan, sambil tengok tempat orang. Masa belajar, memang dengan kawan-kawan bila ada masa lapang je berjalan. Jalan-jalan Kedah, Perlis dan Penang. Tu jela..Masa kerja pun, dapat la travel pergi Penang dan Genting Highland. Semuanya dalam negara.

Bila kawin ni, tak dapat nak travel, sebab takda bajet. Suami kerja sendiri, nad pulak tak kerja. Biasalah banyak nak guna duit kan. Kita pun pendam jela. honeymoon pun tak pernah pergi..huhuhu. Selalu tengok kawan-kawan pergi melancong, terasa jeles pun ada. Tapi apakan daya, nad tak mampu lagi nak pergi melancong macam diaorang. Lagi best bila dapat melancong ke Luar Negara. Sebab nad tak pernah travel luar negara pun.


Salah satu tempat yang nad nak pergi bersama suami dan anak ialah Hong Kong. Kalau dapat pergi dengan Traveloka, makanya #MytravelokaEscapade memang menjadi impian ni. Memang menangis ooo..sebab tercapai impian..huhuhu..Kenapa nad pilih Hong Kong?? Sebab masa nad tengok rancangan artis pergi melancong iaitu Elfira Loy, dia pergi bercuti ke Hong Kong dengan adik beradik dia..bestt oo tempat tu.

Hong Kong dikenali sebagai pusat kewangan dan bandar pilihan untuk shopping barang-barang mewah. Selain itu negara ini juga telah menjadi bahagian penting dalam budaya dan sejarah dunia, sehingga menjadikan Hong Kong sebagai salah satu destinasi pelancongan kegemaran para pelancong dari pelbagai negara. Di setiap sudut Hong Kong selalu terdapat sesuatu yang baru dan unik. Hong Kong mempunyai pemandangan yang cantik serta seni bina bangunan menakjubkan, dan juga pemandangan pantai yang indah. banyak tempat yang menarik nad untuk lawati di Hong Kong, antaranya



Ni lah salah satu sebabnya..ehhee. Taman permainan Disneyland. Bila ada anak ni, ni la tempat yang menarik sekali. Tengok dalam tv, tempat ni besar dan ada macam-macam permaianan. Disneyland adalah tempat pelancongan di Hong Kong yang paling menggembirakan untuk pelancong dari pagi hingga malam. Disneyland mempunyai tujuh tema permainan, antara lain Main Street, U.S.A., Fantasyland, Grizzly Gulch, Mystic Mata, Adventureland, Tomorrowland, dan Toy Story Land. Hong Kong Disneyland mempunyai persembahan perarakan pada siang hari dengan tema "Flights of Fantasy", sedangkan pada malam hari anda boleh menikmati parade bertema "Paint the Night" dan juga pertunjukan bunga api ini bernama "Disney in the Stars". Ni bukan anak je suka, mak pun suka.

Bila dekat sini mestilah best bila ada anak. dapat main permainan bersama anak. Mesti ketawa je anak nad nanti sebab enjoy sangat. Main puas-puas.




Satu lagi taman hiburan yang boleh nad nak kunjungi di Hong Kong, ialah Ocean Park. Ocean Park Hong Kong, tempat akuarium, yang ada pelbagai binatang yang boleh dilihat. Bukan sekadar akuarium malah ada taman hiburan. Nampak tak roller Coster tu..hah!!..dasyat kann..dapat naik bestt oo..hahaa. Grand Aquarium, melihat hidupan yang jarang kita tengok, yang eksotik. Aquarium di Ocean Park merupakan aquarium yang mempunyai kubah yang paling besar di dunia dengan diameter 5.5 meter dan terdiri daripada 400 spesies ikan. Di taman ini pula anda berkesempatan untuk melihat panda gergasi, panda merah, dan juga Chinese Giant Salamander.

Kat sini boleh nad tengok macam-macam haiwan yang tak pernah jumpa kan. Fariza memang suka tengok binatang-binatang ni.



Yang ni pun best. Nad tengok Elfira pergi sini juga. Avenue of Stars yang terletak di Tsim Sha Tsui adalah sebuah tempat untuk penghargaan bagi para bintang besar Hong Kong, seperti Bruce Lee. Jika dilihat, Avenue of Stars sama dengan Walk of Fame di Hollywood. Tempat yang luas ni, bukan sahaja untuk melihat tapak tangan artis atau patung artis malah tempat pelancongan di Hong Kong ini juga popular untuk pelbagai aktiviti seperti jalan-jalan santai, jogging, dan juga melepak. Balkoni Avenue of Stars juga merupakan spot yang sempurna untuk menonton Symphony of Light, sebuah pertunjukan lampu dan muzik khas Hong Kong yang telah dinobatkan sebagai the world 's largest permanent light oleh Guinness World Records. Ya allah..bestnya lahaii..Dah bayangkan tengok lampu bersama keluarga.

Dekat sini nad boleh luangkan masa berjalan, ambil angin dengan keluarga. Sambil melihat gelagat orang Hong Kong, aktiviti diaorang buat.


Salah satu tempat yang menarik untuk nad kunjung iaitu Victoria Park. Kat sini boleh tengok keindahan bangunan pencakar langit dan pulau-pulau di tempat yang tinggi dengan menaiki trem. Pada masa siang hari, anda boleh menikmati pemandangan bangunan pencakar langit yang berkilau dan Victoria Harbour. Bila waktu senja bole melihat sunset.Bila waktu malam, boleh tengok lampu-lampu dan bintang. Kalau dekat Luar Negara lihat pemandangan memang cantik sangat. 

Kalau nak diikutkan, banyak lagila tempat dekat Hong Kong ni yang and nak pergi. Tempat shoping dia, makan dia, dan banyak lagi..haishh kalau nak disenaraikan memang banyak tempat menarik dekat Hong Kong tu yang nad tengok dalam tv..teruja sangat..Kalau dapat pergi nad akan manfaatkan percutian tu seeloknya. Selalu gembira..huhu..


Dah lama impian nak jejakan kaki ke Luar Negara. Kalau bertuah dan dapat pergi, memang saat yang takkan dilupakan. Moga moga Traveloka pilih kami sebagai pemenang. Korang pun kalau teringin nak pergi bercuti secara percuma bolehlah join contest Traveloka ni. Jangan tangguh tangguh, janganla lepaskan peluang. Jom kita reramai memeriahkan contest YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest.  Klik dan ikut setiap step yang diberikan. Mana tau ada rezeki dapat percutian idaman.
    
Traveloka merupakan satu laman web yang menyediakan kemudahan menempah hotel dan tiket penerbangan ke destinasi pilihan anda dalam satu masa. Tak perlu bersusah payah mencari hotel dan tiket penerbangan secara berasingan.Di samping itu Traveloka sentiasa menawarkan harga promosi yang menarik untuk kita nikmati. Cuma pilih mana-mana destinasi dan Traveloka akan sediakan dengan mudah dan cepat. Jom bercuti!!!...
hai assalammualaikum


Majlis Pelancaran Laman Web Touristguide.com.my - Jom bercuti!!..Yeahh..Tapi mesti akan ada masalah, iaitu bajet tak cukup. Masalah yang selalu dihadapi kalau nak travel. Tapi jangan risau,lepas ni, korang boleh bercuti ke mana sahaja dengan bajet yang murah. Silap-silap dapat bercuti secara PERCUMA lagi..wihuuu!!!..Nak tau dekat mana nak dapatkan package percutian yang murah?? Semestinya di www.touristguide.com.my. Daftar sekarang!!! Percuma je!!

Majlis Pelancaran Laman Web Touristguide.com.my



Pada 24 November 2016 , Khamis, di The Westin Hotel Kuala Lumpur, telah berlangsungnya majlis pelancaran touristguide.com.my. Majlis dihadiri dengan beberapa orang media dan blogger serta tetamu VIP.



Majlis telah dilancarkan oleh Mr Mohd Akbal Setia (Director of Tourism Malaysia) Mr Devan Kumar (Managing Director Touristguide.com.my) , Mr Azlan Hussain (Presiden of Kuala Lumpur Tourism Association KLTA) dan Akim ( selebriti Artis penyanyi Popular Malaysia).

Meh nad kenalkan apa itu touristguide.com.my. Touristguide.com.my telah ditubuhkan selama hampir 5 tahun dalam perkhidmatan pelancongan dalam talian dan misinya 'Build The World’s Largest Travel Network''  mampu memberi travellers di luar sana  tawaran perkhidmatan pelancongan dengan harga yang berbaloi. Sasaran untuk mendapatkan 100,000 orang pengembara berdaftar dengan mereka di Malaysia sebelum melebarkan sayap ke negara lain...Sekarang ni dah ada hampir 3,000 orang yang mendaftar!

Daftar Segera Di Laman Web Touristguide.com.my

Touristguide telah mewujudkan hubungan yang kukuh dengan syarikat penerbangan utama, hotel dan pengusaha pelancongan tempatan di seluruh Malaysia dan luar negara dan pelbagai jenis tawaran pelancongan direka dengan baik pada harga yang tiada tandingan. Setiap ahli berdaftar akan diletakkan dalam rangkaian pelancongan Touristguide.com.my secara automatik. Dan korang boleh mengumpul mata TANPA HAD. Dengan mata yang dikumpulkan korang boleh redeem untuk travel secara PERCUMA..

Tiada yuran dikenakan semasa pendaftaran. Daftar secara percuma!! Hah!! apa tunggu lagi, daftar cepat di www.touristguide.com.my. Nad dah daftar..

Kelebihan Tourist Guide

Touristguide.com.my sebagai salah satu website travel yang menawarkan pelbagai pakej travel termurah bahkan PERCUMA bagi membantu para travelers membuat pilihan terbaik sebelum rancang perjalanan percutian.

Kini, korang tidak perlu risau lagi mengenai bajet untuk pergi melancong ke mana sahaja, tidak kira dalam negara atau luar negara kerana Touristguide menyediakan tiket penerbangan, tempahan hotel dan macam-macam lagi pakej dengan harga yang berpatutan.

Dengan bantuan Tourist Guide, korang boleh dapatkan percutian impian dengan harga yang berbaloi...dan menjadikan budget bukan salah satu kekangan untuk kita pergi melancong! SEMUANYA JIMAT DENGAN TOURISTGUIDE.COM.MY

Travel dengan Percuma..suka kann..jangan lupa lepas daftar, buat pembelian, kumpul point korang, bila dah cukup boleh redeem untuk Hotel Booking, Tiket Penerbangan dan travel package. Hanya dengan point yang korang kumpul, redeem, percutian jadi PERCUMA..jadi kumpul mata banyak-banyak..


Promosi Percutian Diskaun Sehingga 75%

Berita baik untuk semua orang,TouristGuide.com.my mempunyai promo pakej percutian yang menakjubkan..Woww!!! teruja sangat.. Nampak tak gambar dekat bawah, tu adalah antara pakej yang ditawarkan oleh Tourist Guide. Seronok gilerr tengok tempat-tempat dia!!.. Untuk menikmati tawaran, semua yang anda perlu tahu adalah untuk mendaftar PERCUMA sebagai ahli di TouristGuide.com.my. Sertai sekarang!!!

Bestnya dapat melancong ke Luar Negara. Tak pernah lagi jejak negara orang..huhuhu..moga ada rezeki ku datang sini..

Ambil Perhatian : 

Promotion Period : 
bermula dari sekarang sehingga 30 November 2016

Travel Priod : 
1st April 2017 - 31 March 2018 ( except public holiday )







Untuk keterangan lanjut boleh layari:

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)
Suite A25-3A,
Sentral Business Park,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Toll Free: 1800 38 3338
Office Hours::  9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri)

Website: http://www.touristguide.com.my/
Facebook: http://www.facebook.com/myTouristGuide
Instagram: http://www.instagram.com/touristguide.com.my


hai assalammualaikum

Melihat Haiwan Di KL Tower Mini Zoo - Hari Ahad lepas, nad bawak Fariza pergi melihat haiwan. Bila ada anak, anak pulak dah pandai berjalan, pulak tu umur dah setahun, memang seronok bagi dia kenal haiwan. Selalunya, kalau nak tengok haiwan ni, kita fikir Zoo negara je, tapi korang jangan terkejut yang dekat KL Tower pun ada zoo dia tersendiri.


KL Tower bukan sekadar bangunan tinggi melihat view Kuala Lumpur di atas dengan restoran berputar tu, ataupun skydeck, tapi rupanya, banyak benda yang menarik dekat sekitar KL Tower ni. Salah satunya ialah KL Tower Mini Zoo ni. Ni kali pertama nad datang ke Mini Zoo ni. Tempat ni bukan sahaja sesuai untuk yang ada anak, datang berpasangan dan bersama kawan pun boleh. Siapa tak teruja nak tengok haiwan kan. Kat sini bukan sahaja dapat lihat haiwan, kenal haiwan, malah boleh beramah mesra dengan haiwan.


Mini Zoo?? Mesti korang fikir mini tu kan kecik, mesti tak besar dan sikit je haiwan. Lepas tu jalan-jalan tak sampai 5 minit. Hah!! apa kata korang pergi, bukan 5 minit je, lebih sangat. sebab bila korang masuk, keseronokan tu datang dan nak duduk lama dalam tu. Boleh dikatakan besar jugak la tempat dia, sebab ada beberapa bahagian yang kita akan masuk. Bahagian-bahagian tu lain-lain haiwan kita akan jumpa.

Dari mini jungle, hingga ke stable, broadway, bird aviary, terus ke pet village dan banyak lagi pitstop yang ada, 1 jam pun tak cukup nak layan apa aktiviti yang boleh dibuat di sini. Dulu takut binatang, tapi sekarang tak takut dah..ehhehe. Fariza pun enjoy tengok haiwan dekat sini, walaupun reaksi muka dia sama je..hahaa. Dia tak takut pun dengan haiwan dengan sini. Meh nad nak bagitau apa korang boleh buat dekat KL Tower Mini Zoo ni.

Pegang Haiwan Jinak Dan Bergambar


Dekat pintu masuk Mini Zoo ni, disambut dengan burung kakak tua ni. Comel betul. Boleh je pegang, tanpa larangan..ehhee. Cantik kan. Bila masuk je, ada binatang lain yang ada dekat sini.






Dan paling seronok dapat bergambar dengan burung ni. Free sahaja ok..Suka Fariza dapat tengok burung dengan lebih dekat..hehee..




Lepas tu dalam tu juga ada binatang Meerkat yang dikurung. nak amik gambar pun susah, lari sana sini..ahhaa.Comel anak-anak dia tu. Berkumpul macam berpeluk.







Ada juga iguana, binatang bebulu bernama Ferret..hahaa. Hah!! Fariza dapat binatang ni habis di genggam bulu dia..Adoyaiii..Ada juga anak kangaroo..duduk diam molek je dalam beg tu..hahaha. habis muka Fariza diciumnya..






Seterusnya, boleh lihat haiwan seperti Buaya, kura-kura dan ular. Masa tu tengok buaya ni, hidup ke mati, patung ke betul ke tak, tak bergerak, mata tak berkelip, lama juga, sekali tu tiba-tiba dia bergerak, terkejut kita wak, nasib baik dalam cermin..hahhaa. Ular tu pulak tidur je kejenya, taknak makan telur tu. Kalau tak ada pengalaman tengok ular makan.

Semua haiwan ni diletakkan dalam cermin macam ni untuk tujuan keselamatan.

Bagi Haiwan Makan





Keluar je daripada tu, korang akan jumpa pulak haiwan seperti Helmetted Guinea Fowl, spesis ayam kot. Bila turun lagi tangga, korang akan nampak kuda dan Burung Unta dekat sini. Hah kat sini korang boleh bagi makan dekat burung unta tu. Jinak sungguh. Kena hulur sayur dekat burung unta tu, nanti dia datang. Fariza dapat bagi..ahahha..



Seterusnya korang akan pergi ke kawasan burung. Yeahh!!, yang ni suka.Dah tak takut nak dekat dengan burung, nak pegang burung dan bagi makan dekat burung. Macam-macam burung ada. Warna warni sungguh, dengan bunyi kicauan burung yang mengasyikkan. Semua berebut nak bagi makan dekat burung. Macam mana burung-burung dekat sini tak gemuk, kenyang selalu. sampai ada yang dipanggil buat tak tau je..hahaa. Kenyang sangat.



Kalau pertama kali dan rasa takut untuk bagi bagi makan, jangan risau ada ranger yang bertugas bantu korang. Memang masa mula-mula rasa takut dan geli, yela burung bila makan dengan paruh dia tu yang tajam, tapi sebenarnya ok je..hehe.


Burung ni suka dekat mr mafia la..hahaa..sampai dua dia datang..haipp!!.




Selesai dekat kawasan burung, korang akan jumpa haiwan IIlma kot. Lupa pula. Bestnya, nama dia ikut kaler bulu je. Milky dan Browny..hehee. Binatang ni rakus betulnak makan. Fariza relaks je bagi. Sampai dia nak lagi..hahaa. Enjoy sangat tengok Fariza suka buat aktiviti ni.

Tangkap Ikan



Lepas tu korang boleh juga menangkap ikan. Tapi letak balik la ikan ni ye..ehhee. anak-anak mesti suka. Tak dapat pancing ikan, buat kat sini pun boleh..ehehe.

Rehat Dan Membeli Belah


Kalau korang dah rasa penat berjalan, korang boleh rehat dekat cafe dalam ni. Siap ada temoat duduk untuk korang melepaskan  penat tu. Bila dah ada tenaga balik, boleh jalan lagi untuk lakukan aktiviti seterusnya.

Kalau nak beli barang untuk kenangan, bolehla beli sekali. Fariza masuk sini, nak tau apa dia nampak, spek mata..huh!!..cukup-cukup dah ada spek mata, nak beli lagi..heeheh..

Belai haiwan





Lepas tu terus lagi jumpa la kawasan arnab dan kura-kura. Boleh belai haiwan macam kucing..hehee. Tapi kura-kura tak bolehla..Ada tikus yang lari sana sini. Hah!! mainla kejar-kejar ye..





Last sekali, tempat di mana ada binatang seperti kala jengking, iguana besar, Monyet albino dan Raccon.Masa ni yang ada atas pokok boleh pulak di tido. Yang dalam sangkar segar memanjang..huhuhu..Dah selesai jelajah KL Tower Mini Zoo. Last sekali Raccon ni la, lepas tu korang kena patah balik untuk balik.

Pintu keluar dekat Kedai cenderahti tadi.

Belajar Nama Haiwan dan Spesis haiwan




Ada sesetengah binatang kita jarang tengok, pernah nampak pun tak tau nama. Hah!!, korang jangan risau setiap sangkar haiwan yang ada, diletakkan satu papan yang memaparkan info ringkas berkenaan haiwan tersebut. Sekaligus bagi kita info baru mengenai haiwan yang ada ditempatkan di sini. Masa tu la tau apa dia buat, apa nama dia. Banyak yang kita boleh belajar. Dekat diri dengan haiwan memang best..ehhee.

Harga Tiket Masuk KL Tower Mini Zoo


Dewasa: RM32.00
Kanak-kanak dan orang tua : RM27.00
Kanak-kanak bawah 90cm : Percuma

Package
Mini Packege : 1 dewasa + 1 kanak-kanak dengan percuma 1 aiskrim : RM50.00
Pakej 2 dewasa dan 2 kanak-kanak  percuma 2 aiskrim : RM 98.00

 Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 9 malam!

kadang-kadang ada buat promotion, boleh tengok dekat facebook  https://www.facebook.com/KLTowerMiniZooMalaysia/