hai assalammualaikum

Percutian Keluarga Di Bayu Beach Resort Hotel Port Dickson - Hari sabtu minggu lepas nad bersama keluarga dan saudara mara bercuti di Port Dickson. Hanya sesetengah keluarga je menginap di Bayu Beach Resort, yang lain pulang ke rumah. Yela, kami sekeluarga memang suka menginap dari terus balik..tak puas kan pergi sehari je. Cuma dua keluarga yang menginap di Bayu Beach Resort,keluarga nad dengan satu keluarga saudara. Pagi tu sampai Port Dickson je kami semua terus ke pantai sebab kami ada permainan untuk keluarga.Yela family gathering kan..jadi bermain dulu la..hehe..tapi tu nad cerita kemudian..yang ni nad nak cerita berkenaan Bayu Beach Resort.

Pertama kali menginap dekat Bayu Beach Resort ni, takdelah susah sangat nak cari, guna waze jela..hahaha..dekat jugakla takde sampai pendalaman. Bestnya Bayu Beach Resort ni ia berdekatan dengan pantai..seriuss..dekat sangatt..tu yang syok tu..dan paling utama tempat menginap perlu ada kolam renang..hahaha..senang nak pergi mandi dekat kolam renang boleh, nak pergi mandi pantai pun boleh..pastu nak masuk kolam renang balik pun boleh...kihkih..Dah lama tak bermandi manda pantai ni..so buatla banyak kali..kahkahkah..

Sepupu yang tempah dekat Bayu Beach Resort ni. Satu bilik dapat RM430..pikir-pikir balik memang nampak mahal, tapi not bad.. tempat suasana yang cantik.


Kaunter urusan. Layanan yang bagus daripada mereka, siap ada orang tolong hantarkan beg kau..Selalunya kita yang angkat sendiri..Pukul 3 kami check in masuk bilik.

Time untuk masuk bilikkk...Dalam ni ada dua bilik. Satu master room, satu lagi single room..yeke..haaha..tapi yang Single room pun ade dua katil..Nad sekeluarga amik dua rumah, yela,tak cukup satu rumah kau. Jadi nad satu rumah dengan keluarga abang kandung ku. Abang nad amik bilik master room. Maafla bersepah..anak-anak dia dah kerjakan dulu..

 Nad amik single room..kasi rapat katil..sekarang bukan single..berdua kau..haaha..aircond dia bukan main sejuk lagi..sambil menyelam minum air..hahaa..konon-konon honeymoon la..hahaha


Dalam ni juga ada dua bilik air, tapi satu je bilik air yang ada tandas..hahaha

Ruang tamu, ade tv..Siaran astro.

Ruang dapur.. Disediakan pemanas air dan coffee.


Pemandangan balkoni. Nad amik bilik bawah sekali..kolam renang dekat sangat..keluar je terus ade kolam renang..Sebelah tu turun nak ke pantai. Best kan..





Facilities di Bayu Beach Resort .. Dekat sini pun ade tempat karaoke..tapi nad tak pergi..hehe

Kalau sesiapa nak tempah boleh ke

Bayu Beach Resort
4½ Miles, Jalan Pantai
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel:(6) 06-6473 703
Fax: (6) 06-6472 507





Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

12 comments so far,Add yours

  1. tengah usha2 hotel or resort kat PD utk next vacation, terbaca pulak entri sis pasal hotel nie...macam best je!nice sharing sis...
    jom singgah sini

    ReplyDelete
  2. adeh... seronok nye la tgk org g bercuti.. teringin sngt.. mybe next time turn sy plak update entry g bercuti.. hehehe
    salam kenal dari saya
    -Yana-

    ReplyDelete
  3. *tetiba kira dgn jari dah berapa tahun tak pergi PD hahahaaa.. :P

    Seronok nyer tgk di bercuti bersama keluarga.. btw thanks for sharing info hotel ni :D

    ReplyDelete
  4. Cantiknya.. thanks for sharing Nad....

    ReplyDelete
  5. Cantik tempat ni. Rasanya ada lalu kat resort ni masa pergi PD tempoh hari.. wahh tak sabar nak pergi holiday bulan satu

    ReplyDelete
  6. tak tak pernah lagi g pd ni . huhuu

    ReplyDelete
  7. mahalnya bilik dia tapi kalau pi ramai2 berbaloi sebab bilik besar.boleh kongsi2 duit jugak..hehehe..

    ReplyDelete
  8. Wahhh.. cantiknya tempat ni.. pernah bercuti di Port Dickson jugak, tp sambil team building..

    http://miaqaisarah.com/2015/04/20/team-building-supermom-di-port-dickson-day-1/

    ReplyDelete
  9. nmpak tk tmpat bbq kat belah mna

    ReplyDelete
  10. azrisani..bbq tak perasan pulak..kitaorang buat dekat pantai je

    ReplyDelete
  11. Just try to specify ones substance can be as mind blowing. This clarity with your post is radiant and that i may believe you're a master for this issue. High caliber alongside your agree grant me to grab your present provide for keep changed by utilizing drawing nearer blog entry. You rock several alongside you ought to go on the pleasurable take care of business. penginapan di kuala lumpur

    ReplyDelete