Safi, Safishayla, Shampoo Safi Shayla

hai assalamuulaikum

Penjagaan Rambut Dengan Shampoo Safi Shayla - Bila dah dewasa ni masalah rambut makin menjadi disebabkan persekitaran, stress dan fashion. Kalau dulu kecik-kecik cantik je kan..hahaha..Bila dah besar, dengan bermacam gaya kita nak buat, habis rambut kita ni. Lagipun rambut setiap orang berbeza, ada yang kerinting, ada yang lurus dan ada yang ikal mayang.

Lagi-lagi bagi kita yang bertudung ni. Rambut akan sentiasa tertutup dan terperap di sebalik anak tudung. Kalau tak di jaga pasti masalah-masalah rambut akan ada. Bukan senang nak jaga rambut bagi wanita bertudung ni. Wanita bertudung ni sebenarnya susah nak tentukan shampoo apa yang terbaik untuk rambut mereka. Namun jangan dijadikan alasan sebab masalah rambut korang takmau bertudung. Salah tu, bertudung ke tak bertudung ke tetap ada masalah rambut.

Selalunya bila nad pakai tudung mesti rasa gatal-gatal, tak selesa bila berpeluh. Balik buka tudung terus ada bau, rambut gugur. Itu dulu, sekarang tak lagi..hehee..nad dah jumpa shampoo yang sesuai dengan rambut nad. Sejak shampoo ni keluar dekat tv, nad terus tertarik sebab botolnya yang warna warni..hehhee..bukan setakat botol je yang menarik, malah bila pakai alhamdulillah..masalah tu dah kurang..makin lama rambut sangat selesa bila pakai tudung. Shampoo yang nad pakai keluaran Safi. Nad beli masa ade event dekat PWTC (SINI).. lama dah..hahaha..sekarang baru cerita..Sejak nad guna shampoo ni, dah takde kelemumur, rambut gugur pun sehelai dua helai je..perghh best sangatt..bau dia pun wangi...

Safi menampilkan Safi Shayla iaitu sejenis shampoo berasaskan Habbatus Sauda . Semua orang tau kan Habbatus sauda banyak kebaikannya. Habbatussauda merupakan herba alternatif perubatan
Biji hitam (Habbatussauda) adalah salah satu daripada tumbuh-tumbuhan perubatan yang merangkumi rawatan Nabi Muhammad (SAW).  Habbatus Sauda dikenali beribu-ribu tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh orang-orang India, Pakistan, Mesir dan negara-negara Timur Tengah yang lain untuk merawat pelbagai penyakit. Tidak kurang daripada 150 kajian telah diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik mengukuhkan bukti manfaat yang luar biasa Habbatus Sauda.


4 produk shampoo :

Safi Shayla - LICIN TERURUS dengan Multivitamin
- Bertudung bukanlah alasan untuk rambut menjadi kusut dan tidak terurus.
Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Licin Terurus. Diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Multivitamin yang berfungsi untuk melembap dan melicinkan rambut serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam

Safi Shayla -  SEGAR BERMAYA diperkuat dengan Nano Lipid Enhancer
- Cuaca panas dan lembap boleh membuatkan rambut menjadi kusam setelah seharian bertudung. Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Segar Bermaya. Dirumus khusus dengan Habbatus Sauda serta gabungan Nano Lipid Enhancer dan ZPT, untuk 10X* keberkesanan mengurangkan kulit kepala berminyak agar rambut sentiasa segar serta kekal bermaya disamping haruman yang mampu bertahan sehingga 24 jam

Safi Shayla - ANTI KELEMUMUR dengan ZPT
- Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya berminyak lalu menyumbang kepada masalah kelemumur.
Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur. Mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Menthol yang mencegah kelemumur bermula dari cucian pertama serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam

Safi Shayla - KAWALAN RAMBUT GUGUR dengan protein
- Keguguran rambut seringkali dikaitkan dengan wanita bertudung disebabkan keadaan tertutup dan tiada aliran udara.
Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur. Dirumus dengan Habbatus Sauda serta Protein Hidrolisis untuk menguatkan struktur rambut sambil mengurangkan keguguran sehingga 80%*, serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam*.

 Safi Shayla juga ada mengeluarkan Penyegar Kulit Kepala dan Perapi Rambut iaitu:

Penyegar Kulit Kepala (Scalp Refresher)  
- Terdedah kepada cuaca panas & lembap mudah membuatkan rambut terasa berkuap terutamanya kepada yang bertudung. Baharu, Penyegar Kulit Kepala SAFI Shayla diperkaya dengan 5X Habbatus Sauda & Mentol untuk menghilangkan ketidakselesaan kulit kepala dengan efektif disamping menyegar dan menyamankannya dengan serta merta. Harumannya juga mampu kekal selama 48 jam** pada rambut anda.

Perapi Rambut (Hair Conditioner)
Selepas bersyampu rambut akan kelihata lebih bersinar & sihat sekiranya menggunakan perapi. Perapi Rambut Safi Shayla diperkaya 2X Habbatus Sauda* menjadikan rambut lembut dan terurus. Kandungan multivitamin menyubur, melembab, mengelakkan rambut dari kering dan terputus. Harumannya juga mampu kekal selama 48 jam** pada rambut anda.

ketahui lanjut tentang safi, boleh layari:
Instagram:@safimalaysia 


Pilihan nad ialah Safi Shayla anti kelemumur dan kawalan rambut gugur. Selain itu nad juga menggunakan penyegar kulit kepala. Sebab apa nad pilih dua shampoo ni sebab masalah besar nad ialah kelemumur dan keguguran rambut. Penyegar tu sebagai tambahan.

Selalu nad shampoo rambut dua kali seminggu. Jadi nad tukar-tukar guna shampoo la. Macam hari rabu nad guna anti kelemumur, lepastu hari ahad pakai kawalan rambut gugur. Penyegar tu nad pakai hari-hari..hehhee.. Tiada lagi masalah lepas gunakan shampoo safi shayla ni. Kekal terus dengan shampoo ni. Takde dah rambut banyak dekat atas lantai..tiada dah tergaru-garu dekat kepala..semua aktiviti nad lakukan dengan  gembira dan yakin walaupun dalam cuaca yang panas.

Kalau jalan jauh tak lupa nak bawak shampoo ni..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Assalamu'alaikum.
    best tips yang Nad share ni.

    Jemput nad join Mini GA saya kat sini

    http://providenetwork.com/giveaway-mudah-di-providenetwork-com_tonton-video-menang-wang-tunai/

    ReplyDelete
  2. kakak ena guna syampoo ni.. yang warna biru tu.. ena pernah try, best! berangin je kulit kepala.. selesa

    ReplyDelete
  3. Kak Eyza pun pakai syampu ni.. best kan Nad...

    Jemput join 1st GA kak eyza.. :)

    ReplyDelete
  4. hr ni nk beli lg sbb da hbis. ada ofer RM8 sebotol

    ReplyDelete
  5. Tq for ur sharing, nk try jgk laa..

    ReplyDelete
  6. Owh baru tahu lengkap rupanya safi shayla ni... Lepas ni boleh carilah selain syampu. Thanks Nad info ni ye.

    ReplyDelete