hai assalammualaikum

Merana Selama Sebulan - Bukan main seronok, gembira bila dah nampak anak depan mata. Tapi resah bila dia menangis..hahaha..apa yang kita tau, bila nangis je bagi susu, nangis je bagi susu. Ada pikir, entah ada sakit lain ke. Lagi-lagi bila pertama kali jadi ibu. Benda ni terjadi dekat nad, masa tu baru tau bukannya senang nak jadi ibu.

Masa berpantang..ketika sakit

Yup, macam korang tau, baby fariza demam semasa dah discharge, tapi terpaksa di tahan wad lagi sebab dia demam. Entry ade dekat SINI. Bila dah balik rumah, baby fariza kerap menangis dan kurang tidur. Lagi satu, bila diletak dia tak suka dan menangis lagi. Sebagai ibu siapa yang tak resah bila tengok anak menangis sahaja. Cuma dia akan senyap semasa mandi, sebab baby fariza suka mandi. Selainnya nangis sahaja. Kalau sesetengah baby, bila dah kenyang, diletak senyap je,  tak pun tidur lena, tapi bukan baby fariza. Setiap satu atau setengah jam dia akan bangun. Nad ingat sebab kurang susu, tapi rupanya berpunca pasal lain.

Nangis sahaja dan tak tidur lena

Bila kita dah tak tau baby menangis sebab apa, pergilah bawak mengurut. Macam tu la bila dekat kampung, mengurutla boleh tau apa punca baby menangis. Baby fariza diurut 3 kali dengan orang yang berlainan. Pertama tu makcik tu cakap dia demam dan kembung perut. Sebut je kembung perut, allahuakbar, risau bukan kemain. Kesian bila tengok anak kembung ni..mesti tak selesa, tapi dia masih mau menyusu. Bila kata demam, nad bawak pergi klinik. Tapi doktor cakap demam sikit sahaja. Terus bagi susu ibu.

Pastu beberapa hari, fariza tetap nangis. Nangis dia memang nangis dalam kesakitan..sedih tengok anak nangis kuat macam tu..T_T..Kali kedua, makcik nad urut. Bila dia urut dia rasa dekat bahagian tengkuk. Masa diurut dekat situ, baby fariza nangis sekuatnya sampai hilang suara..nad yang tengok nangis jugak..tak tahann..T_T.. makcik kata urat die ada terkehel.diaorang salahkan nad sebab maybe nad tersalah pegang..huaaa..lagi sedih..macam mana nak buat ni..anak rupanya sakit sebab terkehel.

Sihat selepas diurut

Kali ketiga urut pulak. Makcik ni memang tukang urut orang bersalin. Masa tu dia urut sepupu nad baru lepas bersalin jugak. Makcik ni pernah urut baby yang terkehel jugak. Jadi mintak tolong makcik ni urutkan baby fariza. Masa dia urutkan baby fariza, dia pun terkejut..dia dapat rasa urat terkehel tu. Baby fariza nangisnya sekuat hati sampai takde suara..Ya Allah anak mommy..sedih tengok..mommy nangis lagi..T_T.. makcik tu urt seluruh badan fariza. Semua dia buat, semua bunyi " ketek".. tapi nad tak dengar pun. Nenek tu cakap mayb masa lahir, doktor yang sambut tu tak betul..huhuhu..


Malam tu fariza tidur lena..maybe dia dah sedap badannya..cuma bangun nak susu je. Dan kali kedua urut, fariza dah pulih..alhamdulillah.

Ni la dia sekarang

Agaknya sebab tu badan dia tak naik masa checkup sebulan sebab badan dia sakit. Tapi lepas check up 2 bulan..berat badan dia naik sekilo jadi 4 kilo..hehee..alhamdulillah..sekarang fariza dah pandai ngoceh dan senyum..syukur sangat..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. alhamdulillah.. lega sebagai mak dgr anak dah ok kan kak nad.. siann baby fariza..

    ReplyDelete
  2. Memang risau sangat kan kalau bb dah start menangis, meraung. Kadang2 rasa seram sbb org tua kata baby boleh nampak apa yg kita x nampak.. Tp alhamdulillah bb fariza dah ok..

    ReplyDelete
  3. kesiannyeee...nasib baik dah ok..

    ReplyDelete
  4. mesti risau sangat kan, kak.. hee alhamdulillah semua dah okey.. comel baby Fariza :D

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilahhhh dah baik,selalu gak tgk baby2 yg datang ngurut ngan mak angkat macam ni..urmm nak kena check kan bukan sbb susu je

    ReplyDelete
  6. Allah Hu Akhbar sian
    baby fariza..
    alhamdulillah, dpt jumpa tukang urut yg serasi, kan !!
    x dpt bygkan suasana anak nangis tum huhuhu. lama tu sebulan.

    maybe betullah apa yg tkg urut ketiga tu kata. masa doktor sambut tu kan..

    semoga babby fariza membesar dgn sihat, bijak dan ceria.aamiin

    ReplyDelete