Hai assalammualaikum

Perkahwinan Shaheizy Sam Dan Shatilla - Lama tak dengar pasal gosip artis ni..almaklumla kalau dekat kampung line macam siput..selalu nampak dekat facebook..tapi kadang jarang buka facebook, scroll pun sekejap je..lagila tak tau apa. Melodi pun jarang nengok sekarang. Tau pasal artis ni pun dari group whatsup atau dekat berita.

Tentang perkahwinan Shaheizy Sam dan Shatilla ni nad tau dekat berita. Tak sangka Sam dengan Shatilla..huhu..jodoh kan..baru tau yang Shatilla dah bertudung. Ingat saje-saje je pakai untuk cerita Sha&Sha tu..alhamdulillah..nampak lawa..nad penah nampak Shatilla ni dekat ikea damansara, lawa sangat. Masa tu tak bertudung, memang sepadan la dengan Shaheizy Sam ni.


Alhamdulillah diaorang bakal berkahwin february ni. Majlis resepsi belah Shatilla pada 9 februari di bukit Jawi Golf Club manakala resepsi belah Shaheizy Sam pada 14 februari di Hotel Mandarin Oriental. Untuk peminat pula lada 20 februari.

Bila dilihat nilai tajaan 25 juta tu merupakan jumlah yang banyak dan ia adalah wedding of the year untuk tahun 2016..wowww..

“Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Apapun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami. Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami,” 

Tahniah buat kedua-dua pasngan. Semoga kekal hingga akhir hayat.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Rezeki dan jodoh mereka. Alhamdulillah smg kekal hingga ke jannah. Tp syatilla mmg cantik . Huhu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2