hai assalammualaikum

Berbuka Puasa Dengan Suasana Romantik Di Menara Kuala Lumpur - Siapa tak teringin nak naik Menara Kuala Lumpur ni oii..memang tipulah..Nad ni hari-hari nampak bangunan KL Tower ni ( mention nak cakap, rumah dekat dengan KL Tower, tapi bukan sebelah )..Tapi perginya tidak. Dan buat pertama kali nad pergi masa cover event Amy Search. Masa tu pertama kali kot. Memang teruja habis sebab akhirnya dapat naik juga Menara Kebanggaan Malaysia ni. Dan rezeki nad sekali lagi bila dapat berbuka puasa dan sambut Hari Bapa sekali di Menara Kuala Lumpur ni semalam. Kali ni bukan setakat berbuka puasa, tapi dapat naik ke skybox. Tu nanti nad cerita ye..tiga entry nad buat..hahaha..


Sebenarnya semua ni khas untuk mr mafia sempena Hari Bapa. Sebenarnya nak buat surprise bawak pergi sini, konon-konon cakapla, " abang harini buka luar, kat tempat special sayang bawak..nanti sayang bagitau dekat mana" (konon-konon nak cakap macam tu..tapi lupakanla..hahhaa..sebab dengan mr mafia ni kau tak boleh cakap last minute..mesti dia akan marah..haha..sebab dia ada agenda dia sendiri. Jadi terpaksalah cakap awal. Pastu mulalah cakap dengan dia " tak dapat nak surprise"..bagi dia takpe tak surprise, dapat pergi sana pun dah ok bagi dia. Ni rezeki dia dapat naik skybox.

Sampai Menara Kuala Lumpur, nak pergi ke skybox dulu, sebab waktu tu tak ramai orang. Lepas waktu berbuka baru ramai orang. Jadi nad fikir dekat Fariza, better nad naik skybox dulu, baru buka puasa. Sebab kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh keluar dekat skybox tu. Pasal Skybox,nad cerita entry lain ok.

Lepas tu nad pergi ke tingkat tiga untuk berbuka puasa di  Megaview Banquet Hall. Mereka yang masuk sini disediakan pelekat, jadi dari pelekat tu diaorang tau kita tempah meja dekat nombor berapa. Ada orang sambut dekat luar dan tunjukkan meja. Jangan risau..hehee..Staff dekat sini memang semua peramah.



Tengok sahaja suasana di Megaview Banquet Hall, penuh dengan orang. Tak sangka ramai juga yang berbuka dekat sini. Mana tak ramai, sebab diaorang pun nak merasa makan di tempat yang tinggi macam nad juga. Sambil melihat keindahan Kuala Lumpur yang penuh dengan bangunan-bangunan..hehee..Tapi dari sini kau nampak lampu-lampu tu seperti pelita.hahaa..Dah macam nak raya pulak.







Memang dah tak sabar nak berbuka puasa. Nak tengok apakah menu yang disediakan. Sebab dikatakan menu yang disediakan adalah dari Chef popular iaitu Chef Ismail. Menu buffet yang dihidangkan bertemakan " Malay Tradisional Cuisine".Bila lihat lauk-pauk yang disediakan nampak menyelerakan. Apa lagi,jom la kita makan ye.. Bila tengok bahagian lemak, satu je nad pandang, rebung..hahaa..Dah lama giler tak makan kot..







Ulam-ulaman dan pelbagai jenis kerabu. Kegemaran mestila kerabu mangga, kerabu paku pakis..mmmmpphh..jilat jari weii..hahaa..



Dessert pun turut disediakan. Macam-macam ada, rojak buah, roti jala, pisang goreng ada..buah-bauahn..bubur, serawa durian..fuh..memang perutku dipenuhi dengan pelbagai menu yang mantap..Teruja perut nad..hahaha..


Ok korang , yang nak berbuka dekat sini,nak makan sambil menikmati pemandangan kota raya Kuala Lumpur dari atas menara ni. Boleh nampak macam-macam bangunan dari sini termasuklah menara KLCC. Seronok kan. KL Tower membawakan Buffet Ramadhan di Megaview Banquet Hall bermula dari 11 Jun - 3 Julai 2016 pada harga RM99++ (Dewasa) dan RM59++ (Kanak-kanak). Berita baiknya adalah dapatkan Harga istimewa ke 'Sky Deck' iaitu RM20 sahaja seorang dengan setiap pembelian Buffet Ramadhan tersebut. Weii rugi tak cuba..diskaun kot daripada harga sebenar RM105 untuk bukan warganegara dan RM75 untuk warganegara. Dan setiap pembelian 10 buffet dewasa, anda akan dapat percuma 1 buffet. Surau juga disediakan

Boleh hubungi talian 03-20205444 dan layari www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl



Untuk yang tersayang, sayang saya pada kamu takkan hilang. Terima kasih selama ni jaga saya dan sabar dengan sikap saya. Yang banyak songeh dan kuat merajuk ni..kihkih. Sejak ada anak, awak tolong jaga, main dan layan dia. Terima kasih mr mafia. Selamat Hari Bapa..Kalau dulu semua barang kamera je, sekarang ada puting anak dah..hahaa..ok bye..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. syoknyaaaaa akak. hehe romantik sangat! :D

    ReplyDelete
  2. Sweet sangat ni Kak Nad. Heheh. Aaaa dapnya macam macam makanan ada :)

    ReplyDelete
  3. wah peluang yang baguss.tahniah

    ReplyDelete
  4. alolo..budakkecik yang cute tu pon berbuka puasa ya?

    ReplyDelete
  5. Alaa tak romantik la bawa anak huhuhu... xpe tunggu baby besar sikit korang g ber dua jer hehehe

    ReplyDelete