hai assalammualaikum

Bila Sel-Sel Otak Berhubung - Semalam nad, mr mafia dan Fariza berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Ni kali kedua nad berbuka puasa di sini. Tahun lepas ada masalah sedikit, tapi nasib baik tahun ni tiada problem. Dapat makan dekat dalam, berhadapan dengan pentas.



Menu haritu semuanya sedap-sedap. Korang boleh baca Buffet Ramadan Bangi Golf Resort ni. Ramai jugak yang makan dekat situ, nampak tak dapat sambutan dia macam mana..fuh..Baby Fariza pun enjoy habis dekat situ. Dia pun kenyang makan tembikai..hahaha..Nad suapkan dia nasi jugak. Macam nad cakap dia suka benda manis. Jadi nak bagi makan nasi kena campur benda manis.


Lepas dah kenyang, memang muka banyak senyumla..hati riang...hahahamtak tau berapa kali take nad amik ni untuk buat dia senyum..


Time berbuka tu ada Yanty dan Razi. Sama time pulak makan masa tu. Dan semestinya bergambar itu mesti. Dan waktu tu, yanty pegang fariza sambil pegang aiskrim.Tengah sibuk si yanty panggil razi nak bergambar boleh pulak Fariza pergi makan aiskrim yanty..hahaha..tanpa disedari ok. Begitu bila sel-sel otak dia berhubung. Fokus dekat makanan, bila orang tengah lalali, dia boleh makan..huh!!!.. bertuahnya anak..hahha..


Dan lagi, kitaorang bergambar, dia boleh bantai makan aiskrim tu lagi..ayoyo..malu mommy..


Budak ni kann..kann..nasib awok comel, gebus gebas, geram mommy dibuatnya..nak marah kita pulak tergelak tengok muka dia yang takde perasaan tu..ishhh..lepas ni kena ajar, mintak barang orang. Jangan dikebasnya terus..haish..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Adeh, bijak betul.. Mommy sibuk bergambar, dia ngap eskrem.. ^_^
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  2. hehe dia terliurlah tu tgk eskrem..

    ReplyDelete
  3. Pandai budak bertuah ni...amik peluang mkn aiskrim orang hahahhaha bijak tau anak buah auntie juju ni.......auntie ni asyik masak je...ntah bila ada mood nak berbuka kt luar...asik2 tolak undangan berbuka je hahaha...yelah auntie malas nak berkejar2 jem sana sini...ehhh byk ye auntie bebel haha

    ReplyDelete
  4. Hahahha, pandai eh Fariza makan aiskrim orang. Dah lah comel sangat ni :)

    ReplyDelete