hai assalammualaikum


Taknak Dah Beli Baju PreOrder - Ni pertama kali nad beli baju preorder. Selalu beli barang, siap bank in, esoknya dah dapat tracking number, esoknya barang sampai dekat rumah. Rupanya yang tu ready stock. Berbeza dengan preorder. Bila ada pengalaman beli baju preorder ni, rasa cuak dah lepas ni nak beli baju preorder.

Sebenarnya sebelum ni tak tau preorder tu apa..ingat order macam biasa je..rupanya..preorder tu pesan atau booking barang tu, dengan membayar wang samada sebahagian atau penuh dan menunggu barang tu sampai dalam beberapa minggu mengikut barang tu. Lama juga barang preorder nad sampai dekat rumah dari sebelum puasa nad booking, akhirnya baju sampai dekat rumah minggu lepas..huhuhu..

Kisahnya, nad beli baju raya untuk Fariza. Masa tu nampak dekat instagram. Survey sebelum puasa lagi. Biasalah, baju budak ni bila dah nampak baik grab awal-awal, kang terus takda. Lagi-lagi tahun ni nak sedondon. Bila dah nampak warna sama, apa lagi terus beli tanpa banyak tanya.

Lepas tu whatsup la si peniaga ni. Macam biasalah tanya ukuran, harga. Bila dah setel, peniaga ni cakap ni baju preorder. Nad pun tak banyak tanya baju preorder tu macam mana. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Lepas tu, whatsup peniaga tanya baju. Dia kata belum sampai lagi baju. Masa tu bersabar lagi la.Nad sentiasa follow up peniaga. Mana taknya baju raya anak kot, dah bayar full. Risau tak sampai masa dah nak raya. Minggu Lepas follow up, nasib baik dia cakap dah ada dekat tangan dia baju tu..fuh legaa..Biasa paling lewat nad terima barang seminggu lebih je.

Minggu lepas pos laju sampai depan rumah hantar baju Fariza. Lega, alhamdulillah..Pengalaman macam ni, buat nad berjaga-jaga nak beli baju preorder.

Kan ada kes, baju preorder dari pakaian jenama, tak dapat tunaikan permintaan pelanggan. Haru dibuatnya. Sila amik tanggungjawab, pelanggan dah bayar..jadi lepas ni, cari baju ready stock je. Tak pun baju dekat kedai, nampak depan mata.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. Huhuhu isu panas nih... mujur baju anak. Kalo baju mak nya ?

    ReplyDelete
  2. Ena kalau baju preorder memang menyampah nak beli. Pernah kena, dia tulis baju bukan preorder, dah sedia ada. Ena beli la, dah bayar apa semua. Mahal pula tu. Dia dah bgi no tracking. Sekali nak dekat 2 minggu tak dapat2. Cek no tracking tak ada dalam sistem. Huishhh mana tak bengang. Tanya punya tnya rupanya preorder. Kepala hotak dia. Lain kali bagi tahu awal2. Refund terus, kita nak pakai cepat

    ReplyDelete
  3. tak baper suka pilih barang yang kena pre-order..tahap kesabaran kurang..hihi

    ReplyDelete
  4. biase preorder dia akan bagi estimate biler akan sampai

    ReplyDelete
  5. beli jer baju siap lepas ini...tapi lemahnya beli baju siap ni, bawa balik rumah terus nak pakai..hahaha mana tahan tengok jer

    ReplyDelete
  6. Kalau nak pakai cepat, memang tak sesuai amik pre-order..saya pun dah ada pengalaman dan dah serik nk preorder. Tak tenang jiwa dibuatnye menunggu brg yg tak kunjung tiba. Huhu..

    ReplyDelete