hai assalammualaikum

Fariza Boleh Duduk Dan Berdiri Dalam Satu Masa - Nad 24 jam dengan Fariza. Jadi apa dia buat, apa perubahan yang berlaku dekat dia nak tau. Nad perasan, masa dia dah pandai meniarap, dalam masa beberapa hari je dia dah pandai maju ke depan terus. Sekarang dia dah pandai duduk sendiri, dan dalam beberapa hari juga dia boleh berdiri. Kira orang cakap lengkap dan berpasangan la gitu..hahaa..Advance Fariza ni. Tak macam anak dara nad tengok..ahhaa..Lasak bukan main. Bila dah dapat berdiri, sana sini nak berdiri.



Sebelum ni dia cuba duduk dengan bantuan tilam tu. Tilam tu sebagai penahan tangan dia nak lepas..hehee. Lama-lama lepas tu dia dah boleh lepas tangan untuk duduk.


Sebelum-sebelum ni susah betul nak ambil video dia tengah duduk, sebab setiap kali dia nampak lampu kamera, dia akan pergi dekat nad..hehhee..Jadi ambil gambar jela. Tapi nasib baik masa ada anak-anak jiran sebelah datang, dia tak perasan nad amik video. fariza memang suka ada kawan ni. Yela kat rumah ni dia dengan mommy dan daddy jela. Sepupu dia semua dekat kampung. Kitaorang pula balik kampung sekali sekala sebab urusan kerja suami. Bila ada kawan suka betul dia.


Anak dara ni, bila dapat buat sesuatu yang baru, bukan main senyum lebar dia. Semua yang dilakukan, semua baru bagi dia. Macam maknya jugakla, bila dapat pergi sesuatu tempat, suka memanjang..hahaha..EE..geram mommy tengok awak Fariza. Hari-hari kene cium dengan mommy. Sebelum ni bila nak berdiri, dengan bantuan mommy dia atau daddy dia. nad akan sandar dekat sofa tu, dia akan pegang badan nad dan berdiri. Lepas tu dia dah selalu buat, dah pandai berdiri sendiri.



Yang ni dia dah start nak memanjat. Huh!! awak ni macam hebat sangat kan.

Selama besarkan anak ni, Nad biarkan dia buat sendiri. Bila dia dah boleh buat baru kami sebagai ibu bapa bantu bagi mempercepatkan lagi proses perkembangan dia tu. Semua bayi melalui perkembangan yang berbeza. Tak semestinya bayi yang cepat mencapai 'milestone' perkembangan bayi tu lebih cerdik daripada bayi yang lambat sikit. Biarkan bayi 'explore' dan membesar mengikut masanya sendiri. Apa yang penting, pastikan bayi kita mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya di samping memberikan makanan yang berkhasiat dan memastikan persekitaran selamat untuk bayi bergerak.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours