hai assalammualaikum

Mcflurry Party Mcdonalds

Mcflurry Party Mcdonalds

Mcflurry Party Dikongsi Bersama - Malam tahun baru tu, tekak nak makan burger macam tu. Lepas tu ajakla mr mafia pergi ke Mcdonalds. Pergi tengah malam, sebab takut jem, yela orang baru balik dari sambut tahun baru. Lagi satu mesti ada roadblock akan dibuat. Nad tak kisah pun, asalkan dapat makan..hehehe. Lagipun teringin nak makan double spicy chicken Mcdeluxe dengan Mcflurry Party aiskrim tu.

Masa gerak tu, memang lenggang juga, takda kereta sangat dekat jalan raya, mungkin diaorang belum balik dari sambut tahun baru. Tapi, bila dah sampai Mcdonalds, mak aih, penuh kau..hahaha. Cadangnya nak makan dalam Mcd, tapi dah penuh kita drive thru jela. Drive thru pun beratur kereta, tapi masih boleh beratur lagi..haha.

Lepas tengok menu, double spicy dah takde..aduh sedihh..sebelum ni makan spicy chicken je, dah malam tu lapar, nak double. Tapi dah takde. Tapi Mcdonalds ada keluarkan prosperity pulak. Jadi kitaorang order prosperity beef double punya dengan Mcflurry Party. Harga Mcflurry Party dalam RM9.90 kot tak silap. Besar juga. Sebab tu dia cakap kongsi dengan orang tersayang..hehehe..

MCFLURRY PARTY DENGAN OREO BITS DAN STRAWBERRY MIX

Tadaa..nampak tak besar portion dia. Dapat je terus makan. Mcflurry Party ni aiskrim perisa vanila kot campuran oreo dan strwaberry. Bila ada oreo memang sedap, sebab sebelum ni lun, kalau pilih aiskrim Mcdonalds, nad pilih Mcflurry Oreo. Yang ni dia tambah lagi dengan strawberry. Lepas tu macam ada buah, tak tau buah ape. Bila ada strawberry memang kurang sikit la..tapi bila dicampur gaul, sedap juga..hehehe.

Ni dia dalamnya. Aiskrim dicampur serbuk oreo dan strawberry. Makan ramai-ramai dengan suami dan anak. Dalam perjalanan pulang habis terus aiskrim ni..hahaha. Dah lama nak makan aiskrim ni..Nad dengan Fariza la yang habiskan..heehe..

Sebelum ni ada Mcflurry Durian, nad tak dapat rasa pun..hahaa. Tekak kita tetap suka Mcflurry Oreo. Sebab Mcflurry Party ni ada oreo, jadi nad belilah..hahaa. Korang cubalah rasa..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

17 comments so far,Add yours

  1. memang sedap ni.Hehehe..tapi nad makan kena berpada tau..hujung trimester ni lah.. berat boleh mendadak naik. take care ya

    ReplyDelete

  2. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa! Sini musim hujan, nak makan mcflurry pun tak syok. Rasa beku sampai ke otak. Hahahahahaaa

    ReplyDelete
  4. sedapnya..best jadi orang kurus ni..masa ngandung pun boleh makan macam2..tak payah risau berat naik lepas bersalin.hahah

    ReplyDelete
  5. Wahhh sedapnya aihhh. Dahlah pantang lagi makanan sejuk² ni.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya, lama tak makan McDonald . Kalau teringin dapat makan memang puas

    ReplyDelete
  7. dah makan yang ni,beli untuk makan dua orang boleh...tapi kalau sorang,memang tak habis nad

    ReplyDelete
  8. yg party tak try lagi.. tp yg kitkat dah try.. boleh lah nk try party nnti..

    ReplyDelete
  9. Tak pernah try rasa mflurry ni.. Hihi

    ReplyDelete
  10. Belum try lg yg party ni sbb kedekut..hahaha...beli cone je..muahahaha

    ReplyDelete
  11. sedap kan... kak lily suker betull

    ReplyDelete
  12. weyh kejamnya tayang mcflurry kat sini haha kita dh byk hari duk teringin 😂

    ReplyDelete
  13. Confirm nak try lepak ni. Saya pun suka oreo antara semua Flavours

    ReplyDelete
  14. Puas makan yg ni..ritu beli ingt sikit.. tp byk rupenye

    ReplyDelete
  15. Baru-baru ni encik suami belanja. Sedap sangat!

    ReplyDelete
  16. Tengahari ble la p beli..sorg2 ni bleh la layan..kang bawak anak jenuh haha

    ReplyDelete
  17. Sama Nad..akak pun suka giler mc flurry oreo..hat yang ni tak pernah try lagi..tapi ramai komen kata sedap..nk cuba la nnti bebila gi Mc D...

    ReplyDelete