hai assalammualaikum

Gelagat Fariza 9 Bulan Mencuit Hati - Makin besar makin banyak akal dah budak ni. Sifat manjanya, mengada-ngadanya dengan mommy lagila bertambah. Kalau boleh kena ada dekat sisi dia 24 jam. Temankan dia bermain sampai dia puas. Nad nak pergi dapur, nak mandi pun kena macam askar. senyap-senyap bila dia leka..hahaa. Bila nak marah, boleh dia buat muka senyum, jadi nya nad pun tersenyum, marah pun hilang..eee geram pulak kita..hahhaaa..


Kalau diletak bawah, meniarap, laju je dia jalan sana sini. Baru beberapa minit letak dah pergi merayau tempat lain..aduh..penat nad mengejar. Letak balik tempat dekat toto, merayau lagi bawah meja pulak..hah main keretapi la dekat situ..Baju kotor jangan cakapla. Kalau ade baju jenis macam mop tu memnag bagus..hahaha..senang hidup mommy tak payah nak mop lantai ni..hehehe..



Lagi pening dia pandai buka almari ni. Habis segala barang, dia amik. Tak boleh dah kemas dah. Macam tu la bila sel otak dah berhubung. Tau je cara nak buka almari tu.


Bijak sangat Fariza ni. Sampai almari baju ikea dia pun, dia dah pandai tarik. Ya Allah anak..macam mana kau boleh buka..haishh..Habis baju dia semua diambilnya..Penat mommy kemas oiii!!! Dia berusaha amik sampai tertonggek-tonggek hah..macam tu dia punya nak sangat buat.


Video dia buka almari pakaian dia. 


Disebabkan mr mafia suka main bola, suka tengok bola, dia pun suka sangatla dengan bola. Dah pandai main bola sekarang. Kita bagi, dia buang, kita bagi dia buang..terkekek-kekek ketawa.

Sampai temankan daddy dia pergi main bola futsal. Dia pun terkinja-kinja tengok bola..hahaha..


Video dia main bola

Satu-satu perkara yang dia buat mencuit hati kita.Usia 9 bulan, banyak benda dah dia buat. Dari mengiring, ke meniarap, lepas tu dah maju ke depan. sekarang dah nak duduk. La dah makin besar anak mommy ni ha..Cepatnya lahaii..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Comeyyy... dah tak reti duk diam eh hehee... :D

    ReplyDelete
  2. habislah kak bila dia dah pandai jalan,lagi letih nak kejar.. hehehe..
    tapi masa kecil2 ni lagi molek luangkan masa tgk dia membesar kan? mcm best ja baca pengalaman orang dgn anak sendiri

    ReplyDelete
  3. haha ala comel sgt. anak sy bru 53 hari

    ReplyDelete