hai assalammualaikum

Kerja Takkan Habis - Setiap hari ada je kerja yang akan dilakukan. Tak kisah la kerja dekat pejabat atau dekat rumah. Kerja memang takkan habis. Ada je yang baru..huhuhu. Macam nad, surirumah sepenuh masa, setiap pagi sampai ke malam, kerja je. Padahal kerja tu dah buat, tapi akan buat lagi, dan lagi dan lagi. Memang takkan berhenti. Lagi ada anak kecik, lagilah bertambah kerja. Orang cakap " takpe dapat pahala"..syukurlah dapat pahala, tapi pelik kerja tak habis-habis..hahaa..Takyah pelik sangatlah nad, dah benda tu pun kau guna hari-hari..Memang takkan habisla kerja kau..


Pagi-pagi akan kemas dapur, basuh pinggan mangkuk. lap dapur sampai licin. Bukan tu saja, siap lap meja makan lagi sebab nak makan biar bersih. Sedangkan kejap lagi akan masak balik dan makan. Benda yang dah dicuci tu akan kotor balik. Dan akan berulangla kerja mengemas tu..hahahha.. Apa nak buat sifat perempuan. Kalau tempat tu tak bersih, nak masak dan makan pun tak senang. Kalau la ada dapur yang masa masak tak kotor terus bersih atau meja makan masa makan dah siap hilang nasi yang bersepah tu..hahaa..senang hidup. Kalau taknak kemas, kau makan kat luar je. Kan bersih je dapur dan meja makan..hahaa..


Lagi setiap hari kau akan mengemas rumah, kau mop rumah sampai harum satu rumah kau. Tapi dalam beberapa minit, tengok rumah bersepah balik, gara-gara anak..hahaa..Nad mampu gelak jela. Nak larang tak boleh, sebab anak tengah meneroka. Kadang-kadang senang hati bila tengok lantai dah berkilat bagai, tapi tiba-tiba ada je benda kotor yang datang. Kau rasa!!!

Tapi tak heran pun sebab rumah pun sebelah jalan, memang habuk akan ada selalu la. Taknak buat kerja, kau tidur jela. Mampu ke nak tengok lantai hitam dengan kekotoran. Takkan..jadinya buatla kerja tu..hahaa..


Lagi satu, kerja takkan habis bila baju kotor yang baru dikumpul masuk dalam bakul, dan baru lepas dicuci. Tersenyum kau tengok bakul takda baju kotor. Semua baju dah dicuci dan dilipat. Tapi, esoknya kau tengok ada balik baju kotor. Tiba-tiba sekejap je dah penuh. Padahal kau baru habis basuh baju, tetiba datang baju kotor yang baru..hahaha..Macam "like what"..ternganga japla kau. Ajaib bin heran kan.

Takyah ajaib sangatla, sebab pakai baju pun hari-hari. Lainla kau bogel. Eh!! nak ke kau bogel keluar..ahhaha..takkan. Tak pun pakai baju pakai buang, macam lampin baby dah pakai buang. Kaya kau nak buang-buang baju..ahhaa..Jadinya, kau terpaksa juga basuh baju. Ini menandakan kau memastikan dalam rumah tu sentiasa paai baju cantik dan bersih. sebab tu baru kau cuci baju ada baju kotor..hahaa


Macam ni la kerja surirumah. Tambahan lagi kerja sebagai ibu. Siapa kata surirumah duduk melenggang je. Ewah-ewah..sedap mulut kan. Surirumah lagi banyak kerja tau. Memang penat buat benda yang serupa berulang kali, tapi ni la kerja kita. Kadang macam tak sempat je kau nak rehat. Tidur, lagilah macam tak cukup.. Anggap jela sebagai senaman..hehee..Kerja Surirumah walaupun tak dapat gaji yang banyak, tapi dapat pahala yang banyak.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. tabik spring kat suri rumah sepenuh masa..nampak mudah tapi taklah semudah yang disangkakan..tahniah...

    ReplyDelete
  2. Memang kerja umah tak habis. Balik dr ofis, jgn harap laa nak rehat. Sampai rumah je terus start basuh baju, kemas rumah plak. Camni laa nasib tak dak pembantu rumah huhu

    ReplyDelete
  3. Haah, sebab tu tak semua orang boleh jadi surirumah...

    ReplyDelete
  4. hehhehe memang takkan habis..dan sy rasa sy belum bersedia untuk jadi suri rumah hahaha

    ReplyDelete